Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.su.rans] | اينسورن‌س

Definisi : perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu; masuk ~ dipertanggungkan dlm insurans, mengambil insurans; ~ kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); ~ nyawa insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; ~ nyawa bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal dunia; berinsurans mempunyai insurans: setiap barang berharga di rumahnya ~; menginsuranskan melindungi seseorang atau sesuatu drpd risiko, kerugian, dsb dgn insurans: barang-barang itu sudah diinsuranskan drpd segala risiko; penginsurans (Eko) pihak dlm kontrak insurans yg bertanggungjawab membayar tuntutan, faedah atau memberi perkhidmatan mengikut syarat kontrak insurans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.su.rans] | اينسورن‌س

Definisi : perjanjian utk membayar sebarang ganti rugi dgn bayaran tertentu oleh sesuatu syarikat dll. menginsuranskan membuat sesuatu (harta benda, nyawa dll) mempunyai insurans; mengambil insurans utk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
insurans (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan jaminan, perlindungan, polisi, sandaran, cagaran.,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Insurans lukisan $5.4jAhmad al-HusnaHarian Metro07.06.1991
Glosari insurans ... di laman internet MIITiadaUtusan Malaysia05.03.1998
Buku cara menuntut insurans keretaM. Saleh MahyatMingguan Malaysia01.03.1992
Takaful hapuskan keraguan tentang insuransRasbinaUtusan Malaysia30.06.2000
Filem dipotong LPFM boleh terima insuransWartawan FilemUtusan Malaysia16.10.1993

Kembali ke atas