Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.te.gra.si] | اينتݢراسي

Definisi : penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan, penyatuan: soal ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Singapura; pencapaian ~ budaya hanya mungkin tercapai dgn mencari ruang-ruang budaya yg membolehkan wujudnya kerjasama dlm erti yg sebenar; berintegrasi bergabung, berpadu; mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan: semua suku harus ~ diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia; peranan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi; terintegrasi disatupadukan: bangsa yg ~ kelompok etniknya; pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, pandangan, dll): akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif pelbagai bidang sains sosial; ini merupakan kesan langsung drpd kegagalan ~ politik negara kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.te.gra.si] | اينتݢراسي

Definisi : gabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Usaha dilakukan utk mewujudkan ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Malaysia. berintegrasi 1 bergabung supaya menjadi kesatuan (yg utuh); berpadu: Penulis membuat andaian bahawa masyarakat tsb suka menyendiri dan tidak suka bantu-membantu dan ~. 2 digabungkan dan menjadi kesatuan (yg utuh): Sistem ini berasaskan konsep pelanggan/pelayan dgn rangkaian ~ di semua pejabat cawangan. mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Semua suku kaum harus ~ diri menjadi satu keluarga besar dlm sesuatu bangsa. Peranan pemasaran hendaklah diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi. terintegrasi digabungkan atau dipadukan: bangsa yg ~ kelompok suku kaumnya. pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, bahagian dll): ~ nilai murni dan nilai agama dlm pendidikan memungkinkan lahirnya model terbaik bakal membentuk generasi yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
integrasi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :satu, penyatuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud integrasi ekonomi dan integrasi sukan Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur,bahagian,dll.) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Ekonomi bermaksud 1.ilmu berkenaan pengeluaran,pengagihan,penggunaan barang 2.istem pengendalian sumber kekayaan. Sukan bermaksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga. Oleh itu kata di atas bermaksud penyatuan /penggabungan ekonomi atau sukan.  Makna28.01.2008
Maksud tajuk ' Integrasi Menurut Pandangan Islam'.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lainl.) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Integrasi menurut Islam pula merujuk kepada penggabungan mengikut pandangan dan lunas-lunas Islam iaitu, Al-Quran, Sunah, Ijmak Ulama dan lain-lain.Makna11.10.2015
selain perkataan integrasi, apakah perkataan lain yang boleh saya gunakan untuk menunjukkan pengeintegrasian antara dua perkaraPerkataan yang paling hampir maknanya ialah gabungan.Makna16.01.2011
apakah maksud integrasi,transformasi,persepsi,stereotiep,survivor....saya perlukan sekarang juga tolong..............

Integrasi bermaksud penggabungan atau pergabungan  dua atau beberapa kaum (unsur,, bahagian,dll)menjadi satu kesatuan.

Transformasi bermaksud perubahan bentuk(sifat,rupa, keadaan dll)

Persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, tanggapan.

Stereotaip bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri yang baru atau asli.

Survivor bermaksud yang terselamat.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Inggeris Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.    

Makna28.01.2008
definisi rukun tetangga dan integrasi nasionalRukun tetangga merujuk kepada jawatankuasa penduduk setempat bagi memastikan keselamatan di kawasan kejiranan terkawal. Integrasi nasional merujuk kepada penggabungan pelbagai kaum di dalam negara.Makna12.10.2011
saya ingin bertanya tentang perkataan intergrasi. adakah perkataan tersebut wujud? yang saya tahu hanya integrasi. terima kasihEjaan yang betul ialah integrasi yang bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lain menjadi satu kesatuan.Ejaan26.11.2014
Assalamualaikum. Soalan saya berkenaan penterjemahan. 'Integrated Annual Report 2016' telah diterjemahkan sebagai 'Laporan Integrasi Tahunan 2016', sedangkan bagi saya ia harus diterjemahkan sebagai 'Laporan Tahunan Bersepadu 2016'. Pada pendapat Munsyi adakah terjemahan 'Laporan Integrasi Tahunan 2016' menepati maknanya dalam bahasa Inggeris? Ia adalah buku laporan berkenaan prestasi sebuah badan korporat sepanjang tahun berkaitan. Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah Laporan Tahunan Bersepadu 2016. Penyemakan dan penterjemahan20.03.2018
Apakah perkataan yang sesuai untuk ayat bahasa Inggeris ini iaitu Manufacturing Design Integration. Adakah boleh ditukarkan kepada Integrasi Pembuatan Reka Bentuk ? Terima kasih

1. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan  Manufacturing Design Integration ialah "Integrasi Reka Bentuk Pembuatan"

2. Bagi mendapatkan padanan yang sesuai  untuk perkataan, sila nyatakan konteks penggunaanya dalam prasa tersebut ayat yang lengkap.

 

Makna30.10.2019
apakah masked tapak integrasiSalam sejahtera,

Tuan,
Sila nyatakan soalan tuan dengan jelas. Apakah yang dimaksudkan dengan "masked"? Adakah bermaksud bertopeng?

Sekian, terima kasih.
Lain-lain22.12.2018
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional berhasrat untuk mencetak semula Buku Panduan Kelab Rukun Negara yang dibuat oleh Jabatan. Di dalamnya ada terkandung Kata Aluan dari Menteri pada masa itu, tetapi sekarang Menteri telahpun bertukar. Persoalan saya, adakah perlu Kata Aluan dari Menteri yang baru atau mengekalkan sahaja Kata Aluan Menteri yang terdahulu. Terima kasih.Bagi naskhah cetak ulang, isi kandungan buku asal perlu dikekalkan termasuk kata alu-aluan menteri terdahulu.Lain-lain16.09.2009
123

Kembali ke atas