Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.te.gra.si] | اينتݢراسي

Definisi : penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan, penyatuan: soal ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Singapura; pencapaian ~ budaya hanya mungkin tercapai dgn mencari ruang-ruang budaya yg membolehkan wujudnya kerjasama dlm erti yg sebenar; berintegrasi bergabung, berpadu; mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan: semua suku harus ~ diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia; peranan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi; terintegrasi disatupadukan: bangsa yg ~ kelompok etniknya; pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, pandangan, dll): akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif pelbagai bidang sains sosial; ini merupakan kesan langsung drpd kegagalan ~ politik negara kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.te.gra.si] | اينتݢراسي

Definisi : gabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Usaha dilakukan utk mewujudkan ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Malaysia. berintegrasi 1 bergabung supaya menjadi kesatuan (yg utuh); berpadu: Penulis membuat andaian bahawa masyarakat tsb suka menyendiri dan tidak suka bantu-membantu dan ~. 2 digabungkan dan menjadi kesatuan (yg utuh): Sistem ini berasaskan konsep pelanggan/pelayan dgn rangkaian ~ di semua pejabat cawangan. mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Semua suku kaum harus ~ diri menjadi satu keluarga besar dlm sesuatu bangsa. Peranan pemasaran hendaklah diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi. terintegrasi digabungkan atau dipadukan: bangsa yg ~ kelompok suku kaumnya. pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, bahagian dll): ~ nilai murni dan nilai agama dlm pendidikan memungkinkan lahirnya model terbaik bakal membentuk generasi yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
integrasi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :satu, penyatuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESATUAN EROPAH

Kesatuan Eropah (EU) dahulunya dikenali

sebagai Komuniti Eropah (EC) merupakan satu

kumpulan negara Eropah yang terikat dalam

kesatuan ekonomi dan integrasi politik yang lebih

rapat. Kesatuan ini ditubuhkan pada 1 Januari 1993.

UMUM 
NAWAZ SHARIF

Nawaz Sharif (1949– ), perdana menteri

Pakistan dari tahun 1990 hingga tahun 1993. Dia

dilantik selepas partinya Islamic Democratic

Alliance memperoleh kemenangan yang besar

dalam pilihan raya kebangsaan. Dasar yang

diisytiharkan olehnya adalah untuk menghapuskan

perselisihan lama dan kesetiaan parokial. Dia juga

mempunyai matlamat untuk mewujudkan integrasi

nasional, menggalakkan perindustrian, dan

mengurangkan pergantungan bantuan dari luar

negara.

UMUM 
GERAKAN KEBANGSAAN PATANI

GERAKAN KEBANGSAAN PATANI, gerakan menentang penaklukan dan proses integrasi terhadap komuniti Melayu Islam di Wilayah Patani, Narathiwat, Yala dan Satun, selatan Negara Thai. Kemunculannya berpunca daripada gabungan Kesultanan Patani (yang telah wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat sejak pertengahan abad ke-15)

ke dalam Negara Thai. Gabungan tersebut ditentang oleh pemerintah dan rakyat Patani, tetapi disokong dan diberi pengesahan oleh Britain melalui Perjanjian Bangkok (1909).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DASAR EKONOMI BARU

DASAR EKONOMI BARU, dasar pembangunan ekonomi yang digubal oleh pihak kerajaan Malaysia untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIDasar
GERAKAN PEMBEBASAN PATANI

GERAKAN PEMBEBASAN PATANI, gerakan kaum Melayu Islam Patani berteraskan ikatan etnik dan agama menentang kerajaan Bangkok. Pada awal abad ke-20, tujuh wilayah Melayu bekas Kesultanan Patani ditakluk oleh Negara Thai melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Sejak penaklukan itu, berbagai-bagai dasar integrasi nasional telah dilaksanakan oleh kerajaan Thai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas