Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.te.lék] | اينتليک

Definisi : (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar; mengintelekkan menjadikan seseorang intelek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.te.lék] | اينتليک

Definisi : /intelék/ kuasa utk berfikir; akal budi: kaum (golongan) ~ kaum (golongan) terpelajar; golongan cerdik pandai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
intelek (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan daya berfikir, akal budi.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera. Mohon pengesahan, yang mana betul : "Perlindungan Hak Harta Intelek" atau "Pelindungan Hak Harta Intelek". Terima kasih.Salam Sejahtera. Yang betul ialah Perlindungan Hak Harta Intelek. Sekian. Terima kasih.Tatabahasa10.08.2017
Mana ayat yang betul untuk digunakan 1) Hak milik harta Intelek ATAU 2 Hak milik harta intelektual Mohon bantuan dan alasanya. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Hak milik harta intelek". 

Intelek bermaksud kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya).

Inteléktual pula bermaksud orang (golongan, kaum) terpelajar; golongan cerdik pandai; cendekiawan.



Lain-lain26.05.2023
Untuk melindungi harta intelek, kerajaan sanggup mengambil pelbagai langkah termasuk penubuhan Mahkamah Harta Intelek. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai digantikan penubuhan kerana mengikut buku, jawaban yang salah ialah penubuhan. TKPerkataan menubuhkan sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk mengenal pasti perkataan yang tepat dalam konteks sesuatu ayat.

Tatabahasa04.07.2012
apakah yang dimaksudkan dengan intelek?
  • Sdr. Harnizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.
  • intelek bermakna - (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar;
  • Makna30.04.2009
    Apakah maksud Harta Intelek?Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan hal tersebut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh melalui talian 03-21479523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my Lain-lain18.05.2017
    Apakah terjemahan bahasa melayu bagi Outright Sale dalam bidang hartanah dan harta intelek?Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "Outright Sale" ialah Jualan Hak Harta Intelek.Istilah07.11.2019
    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah definisi harta intelek?Untuk makluman puan, kami hanya dapat membantu puan memberikan maksud setiap perkataan sahaja, contohnya:

    Harta membawa maksud barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas, dsb) yang dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dll).

    Intelek pula bermaksud kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya), akal budi.

    Namun begitu, sekiranya pihak puan memerlukan jawapan yang lebih lengkap, pihak puan bolehlah menghubungi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM), Unit 1-7, Aras Bawah, Tower B, Menara UOA Bangsar, No. 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur.

    Sekian. Terima kasih.
    Makna18.05.2017
    kah saya boleh dapatkan dasar plagiarism yang dibuat oleh pihak DBP?Hal ini berkaitan dengan harta intelek sesuatu produk. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, DBP, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my.Lain-lain20.10.2015
    Asslmwbkth Saya hendak menerbitkan semula sebuah puisi saya yg tersiar dlm Dewan Sastera ke dalam bentuk Antologi Puisi Peribadi...saya difahamkan perlu mendapat keizinan dpd bahagian Harta Intelek...boleh saya dapatkan no talipon dan siapa yang boleh saya hunungi?Sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my.Lain-lain12.05.2015
    Apakah maksud modal insan?Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Lain-lain19.11.2007
    1234567

    Kembali ke atas