Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. having intelligence, cerdas; (to a high degree) cerdik, tajam akal; (of animal) cerdik, pandai: the dolphin is said to be an ~ animal, ikan lumba-lumba dikatakan sbg binatang yg cerdik; are there ~ life forms on Mars?, adakah terdapat makhluk-makhluk yg cerdas di planet Marikh?; an ~ boy, budak yg cerdik; 2. showing, reflecting intelligence, bijak; (of face, expression) cerdik: an ~ answer, jawapan yg bijak; he has an ~ face, dr mukanya, kita tahu dia cerdik. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata intelligent


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BAGAIMANA "INTELLIGENT ACCOUNTABILITY" BOLEH DITULIS DALAM BAHASA MELAYU.Belum ada terjemahan intelligent accountability dalam pangkalan data kami. Accountability diterjemahkan kepada kebertanggungjawapan, manakala inteligent boleh diterjemahkan kepada pintar, cerdas, cerdik atau mampu. Dalam bidang pendidikan, intelligent diterjemahkan kepada cergas seperti intelligent reasoning diterjemahkan kepada taakulan cerdas. Berdasarkan bentuk istilah yang ada, kami mencadangkan intelligent accountability diterjemahkan kepada kebertanggungjawapan cerdas, jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan13.11.2014
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Intelligent Design"? dan apa pula terjemahan sesuai untuk "Unintelligent Design"?Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, istilah berikut boleh digunakan:

1. Intelligent Design: Reka Bentuk Pintar
2. Unintelligent Design: Reka Bentuk Tidak Pintar
Istilah17.04.2021
Mohon semakan penggunaan perkataan yang betul bagi Bahasa Inggeris, sama ada "Computing" atau "Computerization" bagi terjemahan di bawah :- Bahasa Melayu = Jabatan Pengkomputeran Pintar dan Analitik Bahasa Inggeris = Department of Intelligent Computing and Analytics / Department of Intelligent Computerization and AnalyticsDBP menyediakan khidmat semakan penggunaan dan terjemahan hanya dalam bahasa Melayu.  Untuk pengetahuan anda, dalam pangkalan data DBP, perkataan computerization diberikan padanan pengkomputeran.  Namun kami tidak mempunyai autoriti menentukan padanan bahasa Inggeris yang betul mengikut konteks yang anda berikan.Lain-lain29.11.2018
Salam. Apakah terjemahan/padanan yang sesuai bagi 'Artificial Intelligent'?Salam sejahtera,

Padanan artifical intelligence ialah kecerdasan buatan.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan26.11.2019
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa terjemahan berikut: 1. Mobile payment market - pasaran pembayaran bimbit @ mudah alih ? 2. intelligent container terminal - pelabuhan/terminal kontena pintar? 3. State Council – Majlis negeri @ Dewan negeri? 4. real estate bubble – buih hartanah? 5. shadow banking – perbankan bayang? 6. community of shared destiny for mankind “komuniti / masyarakat yang berkongsi nasib/ berkongsi masa depan”? 7. Shenzhen-Hong Kong Stock Connect – Sambungan Saham Shenzhen-Hong Kong? 8. gymnastics rings / hanging rings - gelang gimnastik? 9. Sinicization of Marxism – Marxisme yang dichinakan? 10. high-end forum – Forum Kemuncak @ atasan? 11. Internert of everything - Internet untuk segala-galanya @ internet pelbagai benda? 12. movable cultural relics – relik budaya boleh alih? 13. Kawasan yang paling kering – kutub kering? 14. Kawasan yang paling banyak hujan- kutub hujan? 15. Slave society - masyarakat perhambaan @ masyarakat keabdian? 16. Semi-colonial– separa kolonial @ separuh colonial 17. 10 titik peratusan = 10 %? 18. going global = melangkah ke persada global? Sekian, terima kasih.

A. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah:  

1. Mobile payment market – pasaran pembayaran mudah alih

2. intelligent container terminal - terminal kontena pintar

3. State Council – Majlis Negara

4. real estate bubble – gelembung hartanah

5. shadow banking – perbankan bayangan

6. community of shared destiny for mankind-komuniti yang berkongsi masa depan manusia

7. Shenzhen-Hong Kong Stock Connect – Sambungan Saham Shenzhen-Hong Kong

8. gymnastics rings / hanging rings - gelang gimnastik/gelang tergantung

9. high-end forum – Forum kemuncak atau forum atasan

10. Internert of everything - internet segala-galanya

11. movable cultural relics – relik budaya boleh alih

12. Slave society - masyarakat hamba

13. Semi-colonial– separa koloni

  

B. Mohon berikan istilah sumber dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan tersebut mengikut konteks ayat.

1. Kawasan yang paling kering

2. Kawasan yang paling banyak hujan

3. Sinicization of Marxism

4. going global

 

C. Maksud bagi 10 titik peratusan ialah kenaikan dari 10% ke 11%

Makna22.05.2021
Apakah makna perkataan berikut dalam Inggeris: 1. Ikram 2. Bijaksana Terima Kasih1. Makna, ikram - penghormatan, , honour, reverence.2. bijaksana, wise, intelligent, learned, clever,sagacious.Makna05.03.2007
Tuan / Puan Saya sedang menyiapkan abstrak untuk tesis peringkat PhD di dalam bidang kejuruteraan. 1.Bolehkah saya menggunakan istilah nirsentuh sebagai terjemahan kepada istilah BI : contactless? 2. Bolehkah saya menggunakan istilah Sistem Pintar Terkamil sebagai terjemahan kepada istilah BI : Integrated Intelligent System? Saya mengambil istilah terkamil = integrated dengan merujuk kepada istilah Integrated Circuit = Litar Terkamil yang biasa digunakan di dalam Bidang Kejuruteraan Elektrik. panduan dan pedoman dari pihak tuan/puan amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. -hanif-1. Padanan contact less dalam bahasa Melayu ialah tanpa sentuh.
2. Integrated boleh diterjemahkan kepada kamir dan sepadu. Istilah kamir bagi padanan integrated digunakan dalam bidang kejuruteraan, manakala frasa integrated intelligent system lazimnya digunakan dalam bidang pentadbiran. Kami cadangkan frasa tersebut diterjemahkan kepada sistem cerdas sepadu. Pintar lazimnya digunakan sebagai terjemahan kata smart.
Istilah05.07.2012
Saya ingin mendaftarkan nama tadika saya dengan nama intelligen aulad. Adakah ini bahasa melayu yang dibenarkan? Kerana saya dapati ada tadika lain yang menggunakan perkataan inteligen dan aulad di papan tanda tadika mereka malah di promosi kain rentang yang berlesen. Terima KasihUntuk makluman perkataan "intelligen" dan "aulad" tidak ada dalam bahasa Melayu. Istilah bahasa Melayu untuk intelligent ialah cerdas, pintar dan cerdik. Aulad pula merupakan perkataan bahasa Arab. Oleh itu, kami berharap tuan menggunakan bahasa Melayu untuk papan tanda tadika tersebut.Istilah11.06.2012

Kembali ke atas