Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.tén.si.ti] | اينتينسيتي

Definisi : (inténsiti) keadaan yg amat sangat (hebat, sungguh-sungguh, mendalam, dsb), keamatan: reka bentuk latar ini pula turut melibatkan elemen-elemen lain spt ~ pencahayaan bagi sesuatu adegan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata intensiti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cropping intensityintensiti penanamanPertanianAgronomi

 Kekerapan penggunaan sebidang tanah dengan aktiviti penanaman. Intensiti penanaman yang tinggi digambarkan dengan penggunaan tanah secara berterusan sepanjang tahun tanpa memberi ruang masa untuk tanah direhatkan daripada tanaman. Contohnya, kawasan jelapang padi di Kuala Selangor, intensiti penanamannya tinggi dengan padi ditanam lima kali dalam dua tahun. Tanaman baru dimulakan lebih kurang 20 hari selepas tanaman lama dituai. Sebaliknya, intensiti penanaman rendah terdapat di kawasan yang tidak menerima pengairan di Negeri Sembilan. Tanaman padi diusahakan hanya sekali setahun dan tanah dibiarkan sebagai kawasan ragutan ternakan selama 7 bulan. Intensiti penanaman tinggi memerlukan input baja yang tinggi dan lebih terdedah kepada risiko perosak dan penyakit.

intensityintensitiKesusasteraanPuisiLihat keamatan.
icing intensityintensiti pengaisanGeologiTiadaTiada
intensity of cutintensiti penebanganPerhutananPengurusan HutanBilangan penebangan dan isi padu kayu yang dihasilkan dalam sesuatu jangka masa.
veillancesamarKesenianDrama dan TeaterKeadaan intensiti cahaya yang tidak begitu terang yang diolah untuk memperlihatkan ruang dan fizikal pelakon dalam keadaan tertentu.
beamlightsinar cahayaKesenianDrama dan TeaterIntensiti pancaran pencahayaan yang bertujuan untuk membangkitkan suasana seperti siang, kebakaran atau sinar matahari terik. Sinar cahaya seperti ini bertujuan untuk difokuskan ke sesuatu kawasan yang agak besar di atas pentas.
dimmerdimerKesenianDrama dan TeaterAlat pengawal intensiti sinaran cahaya dengan cara menambah atau mengurangkan kuasa watt atau kilowatt asal. Dimer merupakan alat kawalan tatacahaya yang perlu ada dalam seni persembahan teater untuk membantu pertukaran suasana dan waktu bagi meningkatkan taraf dramatik sesebuah persembahan.
focusfokusKesenianDrama dan TeaterDarjah atau intensiti sinar cahaya yang membentuk pancaran untuk menerangi ruang lakon. Dalam seni teater, pancaran cahaya begini boleh diolah untuk menerangi lingkungan cahaya secara lembut atau tajam.
aerobic exercise traininglatihan senaman aerobikGerontologiTiadaSenaman yang melibatkan intensiti, tempoh dan kekerapan untuk meningkatkan kegunaan oksigen semasa bekerja.
chromakromaTeknologi MaklumatTiadaMenunjukkan paras kekuatan atau darjah penepuan atau intensiti sesuatu warna. Lihat rona.
123

Kembali ke atas