Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata interaktif 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam apakah perbezaan antara interaksi dan interaktif? Apakah contoh ayat yang bersesuaian dengan perkataan itu?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) hlmn. 835, interaksi dan interaktif bermaksud:

Interaksi
Tindak balas antara dua atau beberapa pihak dalam bentuk komunikasi, perbuatan, tingkah laku dan sebagainya.

Contoh ayat: Kemajuan dalam bidang pengangkutan telah merapatkan lagi hubungan dan interaksi Kuala Lumpur dengan bandar-bandar yang lain.

 

Interaktif
1. (Kata Adjektif) Saling bertindak, berhubung dan sebagainya antara satu sama lain.
    
Contoh ayat: Bengkel kerja itu dapat mewujudkan suasana interaktif bagi menjalin hubungan 
    antara penggubal dasar, badan pengawalan dan industri.


2. (Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi) (Berkenaan perisian) membolehkan pengaliran
    maklumat dua hala secara berterusan antara komputer dengan pengguna.
    
Contoh istilah: permainan komputer interaktif



Makna09.01.2024
apakah perkataan lain bagi ikon dalam bahasa malaysia?Ikon bermaksud 1. gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dlm konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yg seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yg primitif; 2. lukisan atau gambar yg dianggap sbg keramat (orang yg mulia); 3. (Komp) simbol grafik pd skrin digunakan dlm sistem komputer interaktif bagi menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat.Lain-lain17.06.2010
Assalamualaikum, Ejaan mertabat dan matrabat ( perbezaan pada huruf 'a' dan 'e'). Perkataan manakah yang betul bagi ayat berikut: Oleh itu, bagi memertabatkan SK Sultan Yahya Petra 1 sebagai sebuah sekolah yang terbaik dan seterusnya mengekalkan prestasi ini di daerah Kuala Krai, maka satu transformasi yang dirancang dan telah dilaksanakan ialah Program Pemelajaran Interaktif Melalui Internet ( Zoom-A) Ianya bersesuaian dengan Standard KPI Bidang Peningkatan Akademik. PETRA 1 BITARA.Ejaan yang betul ialah martabat (bukan mertabat), maka kata terbitan yang betul ialah memartabatkan.Ejaan22.04.2012
Cahaya Petunjuk SAT 20:14 Cahaya Petunjuk Cahaya Assalamualaikum dan salam sejahtera, Admin. Saya mahu bertanya. Apakah sumbangan DBP dalam perkamusan ? terima kasih.Waalaikumussalam, Puan, sumbangan DBP dalam perkamusan ialah menghasilkan kamus dalam bentuk bercetak dan digital. Kamus yang telah dihasilkan dalam bentuk bercetak terdiri daripada kamus ekabahsa dan kamus dwibahasa. KAMUS YANG DIUSAHAKAN OLEH BAHAGIAN PERKAMUSAN Kamus Ekabahasa 1. Kamus Dewan 2. Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar 3. Kamus Dewan (Ejaan Baru) 4. Kamus Rendah Dewan Bergambar 5. Kamus Dewan Edisi Baru 6. Kamus Kebalikan Dewan 7. Kamus Dewan Edisi Ketiga 8. Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua 9. Kamus Dewan Edisi Keempat 10.Kamus Pelajar Edisi Pertama 11.Kamus Pelajar Edisi Kedua 12.Kamus Saku Bahasa Melayu Dewan 13.Kamus Dewan Edisi Keempat 14.Kamus Pelajar Edisi Kedua Kamus Dwibahasa 1. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu 2. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas 4. Kamus Perancis-Melayu 5. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Edisi Kedua 6. Kamus Thai-Melayu Dewan 7. Kamus Melayu-Inggeris Dewan 8. Kamus Tamil-Melayu Dewan 9. Kamus Cina-Melayu Dewan Kamus Istilah 1. Kamus Istilah Sains Am 2. Kamus Perhutanan 3. Kamus Biologi KBSM 4. Kamus Perakaunan 5. Kamus Hidrometeorologi 6. Kamus Mekanik Gunaan 7. Kamus Perubatan 8. Kamus Kimia KBSM 9. Kamus Ekologi 10.Kamus Fizik KBSM 11.Kamus Ekonomi 12.Kamus Komputer 13.Kamus Kewangan 14.Kamus Kejuruteraan Kimia 15.Kamus Pelaburan 16.Kamus Linguistik 17.Kamus Meteorologi Perhubungan 18.Kamus Matematik KBSM 19.Kamus Perbankan 20.Kamus Teknik Elektrik 21.Kamus Kejuruteraan Kimia Edisi Kedua 22.Kamus Kejuruteraan Polimer Hasil Berbentuk Elektronik yang diusahakan oleh pihak luar dengan menggunakan data kamus DBP 1. Dewan-Eja (Perisian komputer untuk menyemak ejaan Bahasa Melayu 2. E-Kamus (Cakera padat yang mengandungi Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Komputer 3. CD Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (Kamus Interaktif, ilustrasi, animasi, dan audio permainan) 4. Dewan Eja Pro - Kamus-kamus yang terdapat dalam PRPM (digital: 1. Kamus Dewan Edisi Keempat 2. Kamus Pelajar Edisi Kedua 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 4. Kamus-kamus lain.Lain-lain05.11.2016

Kembali ke atas