Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.ti] | اينتي

Definisi : 1. isi (drpd gula, kelapa, dll) yg terdapat dlm kuih (spt karipap dll); ~ udang isi kuih yg dibuat drpd udang; 2. benda yg menyerupai inti; ~ sanggul isi sanggul (supaya nampak besar); 3. isi yg terpenting (dr sesuatu perkara), pati, sari: ~ perselisihan; soal kerjasama merupakan ~ perbincangan dlm mesyuarat itu; berinti berisi inti: lepat ubi yg tidak ~; kuih pau ~ kacang merah; berintikan mempunyai sesuatu sbg inti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.ti] | اينتي

Definisi : 1 isi yg terdapat dlm kuih yg dibuat drpd gula, kelapa dll. 2 ki bahagian yg terpenting drpd sesuatu; isi yg penting atau terutama: Apakah ~ perbincangan kita ini? ayat ~ salah satu drpd empat bentuk ayat yg paling sederhana sbg dasar terbentuknya ayat-ayat lain yg tidak terhitung jumlahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
inti (kata nama)
Bersinonim dengan isi, ramuan.,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud inti frasaMaksud inti dalam konteks binaan frasa nama mengikut Kamus Tatabahasa Dewan ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Misalnya dalam frasa nama 'bapa budak itu', intinya ialah bapa, sementara 'budak' dan 'itu' ialah penerang-penerang yang menerangkan 'bapa'. Sila rujuk Kamus Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut. Harap maklum.Makna04.10.2007
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada dinyatakan tentang peraturan penggunaan Inti KN + Inti KN. Jadi, adakah salah jika ada yang memanggil "Saya, Faizah Munsyi". Alasannya, ada frasa yang menyatakan "Encik Ali Pengetua SMK Jelatek". Mohon penjelasan. 2. Apakah jawatan yang sesuai untuk merujuk kepada seseorang yang ditugaskan untuk menyediakan Sepanduk atau Gegantung? Mungkinkah Pereka bentuk dan grafik? 3. Perkataan 'tertentu' dan 'boros' merujuk kepada golongan kata apa? 4. Istilah BM untuk merujuk kepada 'portable hard disc', apa? Terima kasih.1. Jika tuan maksudkan FN (Subjek) + FN (Predikat), struktur ayat tersebut memang betul. Cntoh lain, Ali seorang guru - Ali (Subjek - FN) dan seorang guru (Predikat - Frasa Nama).
2. Nama jawatan yang sesuai ialah Pereka Bentuk. 
3. Tertentu ialah kata keterangan dan boros ialah kata kerja. 
4. Padanan portable hard disc dalam bahasa Melayu ialah "cakera keras mudah alih".
Tatabahasa09.05.2012
Perkataan manakah yang betul antara "intipati" atau "inti pati"? Dan apakah sebabnya?Ejaan yang betul ialah inti pati, dieja dua patah perkataan. Inti pati merupakan kata majmuk yang dieja terpisah. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah.Tatabahasa21.08.2018
Kuih spera atau kuih karipap inti kelapa atau kuih karipap inti serunding kelapa. Mana sebutan sebenar untuk produk ini. Terima kasih

Sebutan yang betul ialah “kuih sepera”, “kuih karipap berintikan kelapa” dan “kuih karipap berintikan serunding kelapa”.

Lain-lain17.08.2023
apakah yang dimaksudkan dengan inti frasaFrasa bermaksud kumpulan kata yg membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. Oleh itu, inti frasa bermaksud frasa tunggal yang boleh memberi makna.Tatabahasa06.09.2007
Tuan, Salam Sejahtera, Saya anak Malaysia yang kini belajar di Beijing pada peringkat falsafah kedoktoran mengenai Bahasa & Linguistik. Tajuk thesis PhD saya ialah"Perbandingan struktur 'Inti-Penerang' dlm BM & BC". Soalan saya: 1 Adakah buku tatabahasa Melayu mrngenai struktur 'Inti-Penerang' dijual di DBP? 2. Bagaimanakah saya akses sumber karya Melayu kuno dan klasik di DBP? 3. Bagaimanakah saya dapatkan bantuan Munsyi bahasa DBP sekiranya saya mempunyai pertanyaan?Apakah prosedurnya? Ribuan terima kasih! Salam dari Beijing Ng Chwee Fang chweefang@yahoo.com

Kami tidak menemukan sebarang maklumat tentang terbitan atau kajian tajuk Perbandingan Struktur Inti Penerang dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin sama ada dalam sumber rujukan kami, juga melalui carian di Internet. Beberapa kertas kerja seminar pula menghasilkan kajian tatabahasa bahasa Mandarin secara am, tidak ada yang memberikan tumpuan khusus kepada tajuk Inti Penerang. Kami mencadangkan tuan menghubungi Puan Aminah Awang Besar, Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP melalui talian 03-21479676 atau e-mel aminah1@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tatabahasa12.12.2015
Ayat " Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" Ayat tersebut mengalami proses pengguguran FN sbg subjek atau FN yang berfungsi sebagai inti dalam FN.ApakahTQVM

Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. 

Tatabahasa29.05.2011
-kata nama -kata kerja -kata adjektif -kata tugas

Kata nama merankumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama, dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konnsep (lihat Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 83).

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konsruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Dua kumpulan utama golongan kata ialah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. (rujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 385).

Kata adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat (sila rujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 225).

Kata tugasialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa,atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat, dan sebagainya. Berdasarkan tugas-tugas yang disebutkan di atas, maka kata tugas dapat dijeniskan kepada jenis-jenis yang berikut, antaranya: kata hubung, kata seru, kata tanya, kata perintah, kata bantu, kata penguat, kata nafi, kata pemeri, kata bilangan dan kata adverba. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 149.

Tatabahasa12.02.2010
Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan dan sebagainya dianggap sebagai kelewahan yang dibenarkan. Berdasarkan ungkapan ini, mungkinkah ungkapan inti sari, isi kandungan, mara ke hadapan dan yang seumpamanya dikategorikan sebagai kelewahan yang dibenarkan? Terima kasih.Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan, inti sari dan sebagainya telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada penerangan tentang kelewahan yang dibenarkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Secara prinsipnya kelewahan bukanlah suatu kesalahan tetapi unsur yang berlebih-lebihan. Contohnya kata terbitan diperbuat  yang dianggap lewah bagi dibuat.Tatabahasa29.05.2012
1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" 2. "intisari" atau "inti sari" 3. Tolong huraikan perbedaannya. Terima kasih.

1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" - kedua-duanya betul, lazimnya frasa yang kedua digunakan dalam ayat perintah.

2. Ejaan yang betul ialah inti sari, kedua-dua perkataan dalam kata majmuk tersebut boleh memberi makna dan tidak digolongkan dalam kumpulan kata majmuk yang telah mantap.

Tatabahasa10.05.2011
12345678910

Kembali ke atas