Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.ti] | اينتي

Definisi : 1. isi (drpd gula, kelapa, dll) yg terdapat dlm kuih (spt karipap dll); ~ udang isi kuih yg dibuat drpd udang; 2. benda yg menyerupai inti; ~ sanggul isi sanggul (supaya nampak besar); 3. isi yg terpenting (dr sesuatu perkara), pati, sari: ~ perselisihan; soal kerjasama merupakan ~ perbincangan dlm mesyuarat itu; berinti berisi inti: lepat ubi yg tidak ~; kuih pau ~ kacang merah; berintikan mempunyai sesuatu sbg inti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.ti] | اينتي

Definisi : 1 isi yg terdapat dlm kuih yg dibuat drpd gula, kelapa dll. 2 ki bahagian yg terpenting drpd sesuatu; isi yg penting atau terutama: Apakah ~ perbincangan kita ini? ayat ~ salah satu drpd empat bentuk ayat yg paling sederhana sbg dasar terbentuknya ayat-ayat lain yg tidak terhitung jumlahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
inti (kata nama)
Bersinonim dengan isi, ramuan.,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
forcemeat stuffingdaging inti pedas; ikan inti pedasPentadbiran PerniagaanTiada1. Daging inti pedas: Cincangan daripada daging yang dicampur bahan perasa terutamanya pedas untuk inti.,2. Ikan Inti Pedas: Cincangan daripada ikan yang dicampur bahan perasa terutamanya pedas untuk inti.
core binderpengikat terasKejuruteraanTiadaBahan yang digunakan untuk mengandun pasir inti, misalnya minyak inti.
vol-au-ventvol-au-ventPentadbiran PerniagaanTiadaPastri lapis yang berlubang di tengah bergaris pusat 16cm diisi inti ayam atau inti manis.
kernelintiTeknologi MaklumatPerisianModul utama suatu sistem pengendalian. Modul ini akan dimuatkan dahulu dalam proses pengebutan dan seterusnya kekal dalam ingatan utama selagi komputer dihidupkan. Oleh sebab inti perlu kekal dalam ingatan utama, saiz inti perlu kecil tetapi masih boleh menyediakan fungsi yang diperlukan oleh sistem pengendalian dan aplikasi yang lain. Contoh fungsi adalah untuk mengurus ingatan, proses, tugas dan peranti.
boucheespastri buciPentadbiran PerniagaanTiadaPastri lapis yang berlubang di tengah berukuran 4 1/2 cm yang boleh diisi dengan inti ayam atau inti manis.
core-blade techniqueteknik bilah-intiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTeknik yang dilakukan menggunakan batu inti. Permukaan atas batu perlu dipukul untuk mendapatkan permukaan yang rata. Kemudian bahagian tepi di repih dengan cara memukul sehingga menjadi bentuk memanjang dan tajam pada hujungnya. Repihan dilakukan pada sekeliling batuan untuk menghasilkan bilah berbentuk cekung. Contohnya, batu inti yang beratnya kira-kira 0.9 kilogram boleh menghasilkan bilah yang panjang kira-kira 23 meter.
displacement kernelinti sesaranKejuruteraanTiadaInti yang ruangnya hanya bergantung pada jarak dan bukan pada arah.
security kernelinti keselamatanTeknologi MaklumatTiadaInti sistem pengendalian yang dilindungi daripada pengguna tanpa izin.
core box (foundry)peti intiKejuruteraanTiadaBekas tempat membentuk inti pasir, untuk penuangan.
kernelinti; isirungPerubatanTiada1. Isirung: Bahagian dalam biji yang mengandungi embrio.,Inti: Bahagian atom yang tinggal, selepas pembuangan elektron valens.
12345678910...

Kembali ke atas