Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
inti (kata nama)
Bersinonim dengan isi, ramuan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada dinyatakan tentang peraturan penggunaan Inti KN + Inti KN. Jadi, adakah salah jika ada yang memanggil "Saya, Faizah Munsyi". Alasannya, ada frasa yang menyatakan "Encik Ali Pengetua SMK Jelatek". Mohon penjelasan. 2. Apakah jawatan yang sesuai untuk merujuk kepada seseorang yang ditugaskan untuk menyediakan Sepanduk atau Gegantung? Mungkinkah Pereka bentuk dan grafik? 3. Perkataan 'tertentu' dan 'boros' merujuk kepada golongan kata apa? 4. Istilah BM untuk merujuk kepada 'portable hard disc', apa? Terima kasih.1. Jika tuan maksudkan FN (Subjek) + FN (Predikat), struktur ayat tersebut memang betul. Cntoh lain, Ali seorang guru - Ali (Subjek - FN) dan seorang guru (Predikat - Frasa Nama).
2. Nama jawatan yang sesuai ialah Pereka Bentuk. 
3. Tertentu ialah kata keterangan dan boros ialah kata kerja. 
4. Padanan portable hard disc dalam bahasa Melayu ialah "cakera keras mudah alih".
Tatabahasa09.05.2012
Tuan, Salam Sejahtera, Saya anak Malaysia yang kini belajar di Beijing pada peringkat falsafah kedoktoran mengenai Bahasa & Linguistik. Tajuk thesis PhD saya ialah"Perbandingan struktur 'Inti-Penerang' dlm BM & BC". Soalan saya: 1 Adakah buku tatabahasa Melayu mrngenai struktur 'Inti-Penerang' dijual di DBP? 2. Bagaimanakah saya akses sumber karya Melayu kuno dan klasik di DBP? 3. Bagaimanakah saya dapatkan bantuan Munsyi bahasa DBP sekiranya saya mempunyai pertanyaan?Apakah prosedurnya? Ribuan terima kasih! Salam dari Beijing Ng Chwee Fang chweefang@yahoo.com

Kami tidak menemukan sebarang maklumat tentang terbitan atau kajian tajuk Perbandingan Struktur Inti Penerang dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin sama ada dalam sumber rujukan kami, juga melalui carian di Internet. Beberapa kertas kerja seminar pula menghasilkan kajian tatabahasa bahasa Mandarin secara am, tidak ada yang memberikan tumpuan khusus kepada tajuk Inti Penerang. Kami mencadangkan tuan menghubungi Puan Aminah Awang Besar, Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP melalui talian 03-21479676 atau e-mel aminah1@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tatabahasa12.12.2015
1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" 2. "intisari" atau "inti sari" 3. Tolong huraikan perbedaannya. Terima kasih.

1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" - kedua-duanya betul, lazimnya frasa yang kedua digunakan dalam ayat perintah.

2. Ejaan yang betul ialah inti sari, kedua-dua perkataan dalam kata majmuk tersebut boleh memberi makna dan tidak digolongkan dalam kumpulan kata majmuk yang telah mantap.

Tatabahasa10.05.2011
fungsi kata sifat sebagai penerang dalam bahasa melayu

1.    1.    Kata sifat berfungsi sebagai penerang kata nama atau penerang kepada kata kerja. Kata sifat yang berfungsi sebagai penerang sama ada sebagai penerang nama atau penerang kerja lazimnya hadir selepas kata nama inti atau selepas kata kerja inti, kecuali kata sifat dalam subgolongan kecepatan atau kuantiti (contohnya, cepat menangis, kuat beribadah) yang hanya boleh hadir sebelum kata kerja inti apabila berfungsi sebagai penerang.

2.   Seterusnya, kata sifat juga berfungsi sebagai penerang kerja dengan kata sifat yang berfungsi sebagai predikat. Contohnya, 

Ayat 1-Beliau/cepat menangis apabila tinggi sahaja suara bapanya.

Ayat 2-Beliau/kuat beribadah dan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam dengan penuh keyakinan.

Berdasarkan kepada ayat (1) dan (2) di atas, kata sifat cepat dan kuat hadir dalam predikat. Walau bagaimanapun dalam ayat ini, kata sifat berfungsi sebagai penerang dan tidak sebagai predikat kerana kata sifat tersebut boleh digugurkan, manakala kata kerja yang bertindak sebagai kata inti tidak boleh digugurkan.

Terdapat beberapa lagi maklumat berkenaan fungsi kata sifat sebagai penerang. Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan atau  rujukan kajian linguistik lain yang lebih terperinci berkenaan persoalan ini.

 

Tatabahasa12.12.2020
Selamat pagi: 1.Sebagai guru, adakah ayat berikut boleh diberi markah: a.Saya sedang menyiram. b.Bapa saya sedang memasak. 2.Apakah yang dimaksudkan dengan ayat inti? 3.Pada pendapat tuan , untuk murid-murid tahun 1 dan 2 jika mereka menulis ayat seperti (a) dan (b ) , wajarkah markah diberikan kepada mereka? terima kasih atas bantuan daripada tuan.Ayat inti atau ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Ayat yang lebih gramatis adalah : saya sedang menyiram bunga; Bapa saya sedang memasak nasi. Oleh sebab ayat yang diberikan tidak lengkap maka mereka tidak boleh diberi markah penuh.Tatabahasa07.08.2007
Berdasarkan petikan 1 seperti mana lampiran, saya ingin mengetahui perkataan atau ayat: 1. kata nama : 2. kata kerja: 3. ayat majmuk gabungan: 4. ayat majmuk pancangan: 5. ayat majmuk campuran: Sekian, Terima kasih.Kata nama ialah unsur perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama dan lazimnya perkataan demikian menamai orang, haiwan,tempat,benda atau konsep. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan,atau,tetapi dan sebagainya. Ayat majmuk pancangan mempunyai satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni tersiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Sila rujuk buku Tatbahasa Dewan Edisi Ketiga dan berdasarkan maklumat di atas kami percaya saudara dapat membuat analisis teks tersebut. Tatabahasa17.09.2008
Salam sejahtera, Berikut merupakan rekod pertanyaan saya . FN + FSN 1.(Mereka) (ke Hutan Lipur Ulu Bendul.) *Pola ayat pertama di atas pasti betul kerana di depan kata sendi nama 'ke' tiada kata kerja. *Sekiranya di depan kata sendi nama terdapat kata inti yang merupakan kata kerja y , maka pola ayat menjadi FK?

Betul, pola ayat menjadi FN + FK sekiranya di depan kata sendi nama terdapat kata inti yang merupakan kata kerja. Contoh: Mereka melawat ke Hutan Lipur Ulu Bendul.

Tatabahasa06.10.2021
1)apakah itu hukum D-m? 2)huraian lanjut tentang akronim 3)apakah itu sebenarnya petikan langsung?Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Cth. guru bahasa, orang lelaki. Akronim ialah singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.Cth. ADUN, cerpen, kugiran, Mara. Petikan langsung melibatkan cakap ajuk.Tatabahasa06.03.2008
1. Yang mana satu betul : mini telekung atau telekung mini? 2. Dalam Kamus Dewan, miniskrit tetapi bas mini = mengapakah terdapat perbezaan?Hal ini berkaitan dengan Hukum D-M iaitu diterangkan dan menerangkan. Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang perlu hadir pada kedudukan kedua. dalam hal ini jawapan yang betul ialah telekung mini. Namun kecualian peraturan D-M seperti Perdana Menteri, ibu pejabat dan lain-lain lagiTatabahasa09.07.2007
Penggunaan bahasa yang betul bagi ayat di bawah:- Ekor Lembu Asam Pedas atau Asam Pedas Ekor Lembu Ikan Asam Pedas atau Asam Pedas IkanPenggunaan bahasa yang betul ialah:

1) Asam Pedas Ekor Lembu
   Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ekor lembu).

2) Asam Pedas Ikan
Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ikan.
Lain-lain08.05.2018
123

Kembali ke atas