Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.tim] | اينتيم

Definisi : sangat mesra dan rapat atau karib (bkn perhubungan, persahabatan, dsb): meskipun kedua-dua belah negara menghadapi masalah dr semasa ke semasa, hubungan Malaysia dan Singapura tetap ~; keintiman perihal (keadaan, perhubungan) intim, keakraban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
intim
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :erat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intimate partner violencekeganasan pasangan intimKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan antara pasangan intim seperti suami isteri, pasangan kekasih dan pasangan bersekedudukan yang melibatkan penderaan fizikal, psikologi dan seksual.
intimate partner homicidebunuh pasangan intimKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan antara pasangan intim seperti suami isteri, pasangan kekasih dan pasangan bersekedudukan yang menyebabkan kematian mangsa.
intimate apparelpakaian intimKesenianTiadaIstilah gedung pakaian untuk pakaian dalam.
intimate spaceruang intimLandskapTiadaBilik atau tempat yang dikhaskan untuk seseorang individu melakukan aktiviti bersendiri seperti bertafakur, bersembahyang dan sebagainya.
Balbrigganfabrik BalbrigganKesenianTiadaFabrik kapas kait bentuk tiub yang lembut dan ringan, biasanya digunakan untuk membuat pakaian dalam, pakaian intim dan lain-lain. Ia berasal dari Ireland.
lingeriepakaian dalamKesenianTiada1. Istilah yang merujuk kepada skirt dalam, gaun tidur, seluar dalam dan coli serta dikenali juga sebagai pakaian intim oleh gedung pakaian.,2. Fabrik yang digunakan untuk pakaian dalam dari Zaman Pertengahan hingga ke abad ke-20.
retreatwacana harmoniPentadbiranTiada1, Di Malaysia, Wacana harmoni merupakan mesyuarat perancangan di luar pejabat (kawasan peranginan) yang turut menyelitkan aktiviti santai (berkaitan perniagaan, perkhidmatan/pentadbiran awam). 2. Peringkat di antara muzakarah dan perancangan strategik. 3. Konsep ukhuwah, intim.
authorial intusioncelahan pengarangKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, bentuk celahan pengarang dapat dilihat pada penggunaan �kalam�, �kertas� dan �dakwat� seperti dalam novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi. Contohnya, �llahu Akbar, di sini lemahlah kalam daripada melata di atas kertas yang bersih ini pada menggoreskan apa-apa yang berlaku di antara kedua asyik dan maksyuk ini di dalam peraduannya. Tetapi oleh sebab bersangatan kalam takutkan kemurkaan sekalian tuan-tuan pembaca yang dikasihi, terpaksalah juga kalam mendayu-dayu dan bergurindam dengan syair yang melipurkan sedikit asyik cinta berahi kalam yang berlamaan akan kertas yang saf ini�. Lihat juga metafiksyen, pengisah ketara.
authorial omniscient voicesuara pengarang serba tahuKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang digunakan dalam novel untuk merujuk kepada suara pengisah yang tahu serba-serbi tentang cerita yang dikisahkan. Oleh sebab kedudukannya yang serba tahu, maka sesuatu yang diperkatakan sama ada ulasannya tentang watak ataupun pandangannya terhadap cerita secara keseluruhannya dianggap sebagai maklumat yang benar dan berwibawa. Suara yang digunakan untuk menyampaikan maklumat biasanya jarang bernada intim tetapi lebih bersifat autoritatif. Istilah ini dicipta oleh John Gardener. Lihat juga pnegisahan bermediasi, pengisah ketara, pengisah saksi, pengisah utama.

Kembali ke atas