Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.tran.si.tif] | اينترنسيتيف

Definisi : (Lin) tidak diikuti oleh objek (penyambut) langsung (bkn kata kerja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.tran.si.tif] | اينترنسيتيف

Definisi : tidak mengambil atau tidak menerima objek (ttg kata kerja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata intransitif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perbezaan antara kata kerja intransitif dan kata kerja tak transitif

Kata kerja intransitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek, tetapi boleh diikuti pelengkap. Kata kerja tak transitif pula merupakan kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun, terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 387-388.

Tatabahasa20.08.2022
betul atau salah? pertandingan bercerita pertandingan mewarna sudut bacaan pertandingan mengarang1. Pertandingan Bercerita . Bercerita sebagai kata kerja intransitif. Sekiranya menggunakan imbuhan meN, hendaklah menjadi menceritakan sesuatu. Oleh itu, untuk dua lagi pertandingan perlu ditukar menjadi pertandingan mewarnakan lukisan dan pertandingan mengarang esei. Tatabahasa08.03.2010
Saya meminta maaf kerana keliru akan keterangan yang encik berikan. Keterangan encik seolah-olah tiada wujud perbezaan antara perkataan 'bertanyakan' & "menanyakan'. Setakat yang saya maklum, 'bertanyakan' ialah kata kerja intransitif yang diikuti oleh sesuatu yang ditanya. Contohnya, Saya bertanyakan keadaan kesihatan ibunya. Kata 'bertanya' perlu diikuti oleh kata sendi. Contohnya, Saya bertanya tentang keadaan kesihatan ibunya. Manakala kata 'menanyakan' ialah kata kerja transitif yang diikuti oleh kata ganti nama atau kata nama orang yang ditanya. Contohnya, Saya menanyakan dia tentang keadaan kesihatan ibunya. Kata 'menanya' perlu diikuti oleh kata sendi. Contohnya, Saya menanya kepada dia tentang keadaan kesihatan ibunya. Adakah pemahaman saya di atas betul dari segi rumus bahasa Malaysia? Harap pihak encik dapat memberikan jawapan yang konkrit tentang soalan ini. Terima kasih.Pendapat saudara memang benar. Dalam halaman 194 dan 200, buku Tatabahasa Dewan menjelaskan bahawa kata kerja yang terhasil dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif dan kata kerja yang terbentuk melalui beR-...-an ialah kata kerja tak transitif. Jawapan kami sebelum ini merujuk data daripada kamus.Tatabahasa25.06.2012
Yang mana betul sebenarnya? (i)pertandingan bercerita atau (ii)pertandingan cerita. Jika (i) yang betul, mengapakah imbuhan ber- digunakan, bukan imbuhan me- seperti (iii)pertandingan menyanyi ?1. Pertandingan Bercerita . Bercerita sebagai kata kerja intransitif. Sekiranya menggunakan imbuhan meN, hendaklah menjadi menceritakan sesuatu. 2. Pertandingan cerita digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. 3. Pertandingan Menyanyi atau Bernyanyi. Dalam konteks ini kata menyanyi lebih biasa digunakan.    Tatabahasa11.05.2008
Boleh tak berikan kepastian( yang bermaksud kepada pertandingan murid menyampaikan cerita yang biasanya dipertandingkan di sekolah-sekolah), pertandingan cerita atau pertandingan bercerita. Dalam kamus dewan bahasa yang terbaru ( merah )menyatakan pertandingan cerita tetapi dalam jawapan yang diberikan oleh khidmat bahasa dewan bahasa ialah pertandingan bercerita. Pening kepala saya???

Yang paling tepat ialah pertandingan bercerita. Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita dan berfungsi sebagai kata kerja intransitif, manakala pertandingan cerita lazimnya digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. 

Tatabahasa24.04.2009
Yang manakah betul? Minta penjelasan lanjut. A1. Pertandingan bercerita. A2. Pertandingan cerita. A3. Pertandingan penceritaan. B1. Pertandingan melukis. B2. Pertandingan lukisan. B3. Pertandingan pelukisan. C1. Pertandingan memasak. C2. Pertandingan masakan. C3. Pertandingan pemasakan. D1. Pertandingan menyanyi. D2. Pertandingan nyanyian. D3. Pertandingan bernyanyi. D4. Pertandingan penyanyian. E1. Pertandingan mengarang. E2. Pertandingan karangan. E3. Pertandingan pengarangan. F1. Pertandingan mendeklamasi sajak. F2. Pertandingan deklamasi sajak. F3. Pertandingan pendeklamasian sajak. G1. Pusat membeli-belah. G2. Pusat beli-belah.A1. Pertandingan bercerita. 

Yang paling tepat ialah pertandingan bercerita. Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita dan berfungsi sebagai kata kerja intransitif, manakala pertandingan cerita lazimnya digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. 

B1. Pertandingan melukis. B2. Pertandingan lukisan.

C1. Pertandingan memasak. C2. Pertandingan masakan.

D1. Pertandingan menyanyi.

E1. Pertandingan mengarang. 

F1. Pertandingan mendeklamasi sajak. 

G.  Pusat beli-belah.

Tuan boleh merujuk Kamus Dewan untuk makna perkataan bagi frasa di atas.
Tatabahasa27.09.2013
Yang manakah yang betul? 1 Nama pelajar-pelajar yang mengambil bahagian telah disenarikan. 2 Nama-nama pelajar yang mengambil bahagian telah disenaraikan? 3 Jangan bising di dalam kelas. 4 Jangan buat bising di dalam kelas. 5 Jangan berbising di dalam kelas. (Kalau bukan 345, tolong berikan ayat yang betul bersamaan dengan don't make noise in class.) 6 Adakah meningkah dan menyampuk kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif?Yang betul ialah 'Nama-nama pelajar' dan 'Jangan bising'.  Perkataan meningkah intransitif dan perkataan   menyampuk ialah kata kerja transitif.  Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Tatabahasa28.04.2009

Kembali ke atas