Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.tui.si] | اينتويسي

Definisi : daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar, gerak hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.tui.si] | اينتويسي

Definisi : daya utk memahami atau utk mengetahui sesuatu tanpa berfikir atau tanpa belajar; gerak hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
intuisi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan naluri, gerak hati, rasa hati, firasat, rasa-rasa.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kamus Inggeris-Melayu Dewan mendefinisikan "intuition" sebagai 'gerak hati' dan juga 'intuisi'. Ini bermakna kedua-duanya boleh digunakan tanpa ragu? Adakah pihak DBP menyarankan penggunaan salah satu sebagai lebih digalakkan, misalnya 'gerak hati' daripada 'intuisi' atau sebaliknya. Sekiranya ada, mengapa satu lebih digalakkan dari yang lain? Adakah 'intuisi' boleh dikatakan sebagai sinonim kepada 'gerak hati'? Terima kasih.Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan kata intuition diberi padanan sebagai gerak hati atau intuisi. Kedua-dua padanan ini boleh digunakan mengikut konteks masing-masing. Bagi penggunaan yang lebih umum kata gerak hati boleh digunakan. Bagi penggunaan yang lebih teknikal atau ilmiah kata intuisi boleh digunakan.Makna02.09.2007
APAKAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMIKIRAN INTUITIF. TOLONG JELASKAN SEJELAS-JELASNYA DENGAN MEMBERI GEMBARAN YANG MENYELURUH TERMASUK CONTOHNYA SEKALIPemikiran intuitif ditakrifkan sebagai pemikiran yang menurut atau berasaskan intuisi atau kesedaran, (kesedaran yg disebabkan oleh gerak hati (bukan dgn berfikir). bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lengkap berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP) atau melayari laman web DBP bagi mendapatkan tajuk-tajuk buku yang sesuai berkaitan pemikiran intuitif ini, dengan klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan mendapatkan bahan melalui carian.Makna09.10.2007
apakah yang dimaksudkan dengan kalimah-kalimah ini, yang pertama ingat, kedua maklum, ketiga tanggap, keempat hasrat, kelima jangkaan, keenam teka, ketujuh selidik dan yang kelapan faham. kalau boleh tolong bezakan semuanya. satu lagi soalan iaitu berikan saya beberapa contoh yang menunjukkan pemikiran intuitif (intuisi) itu berlaku?Perbezaan boleh dilihat berdasarkan makna setiap perkataan yang berikut; ingat-masih ada dlm fikiran, maklum-faham/mengerti, tanggap-memerhatikan dgn teliti, hasrat-keinginan yg kuat utk memiliki/melakukan sesuatu, jangkaan-apa-apa yg dijangka/sangkaan, teka-menduga-mengagak, selidik-teliti/cermat, faham-pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu/pengertian. Intuitif bermaksud daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar, gerak hati, dan perbincangan/contoh2 tentangnya perlu merujuk buku-buku ilmiah yg dihasilkan mengenainya.Makna29.10.2007

Kembali ke atas