Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ion] | اييون

Definisi : (Kim) atom atau kumpulan atom yg bercas elektrik; ~ hidrogen ion positif yg terhasil apabila atom hidrogen hilang elektronnya, proton; ~ karbonium ion organik yg mengandungi karbon bercas positif; mengion bertukar menjadi ion: molekul kuprum sulfat akan ~ menjadi ion kuprum dan ion sulfat; mengionkan menukarkan atau menyebab­kan sesuatu menjadi ion: sinaran yg masuk ke dlm kebuk ini akan ~ molekul udara pd jejak laluannya; pengionan proses mengion atau mengionkan: unsur logam mempunyai nilai keupayaan ~ yg rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ion] | اييون

Definisi : ist atom atau sekelompok atom yg mempunyai cas elektrik. mengion bertukar kpd ion: Molekul kuprum sulfat akan ~ menjadi ion kuprum dan ion sulfat. mengionkan menukarkan atau menyebabkan sesuatu bahan, molekul dsb menjadi ion: Sinaran itu akan ~ molekul udara pd jejak laluannya. pengionan proses mengion atau mengionkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ion


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara 'kekisi dan tetupai? Tolong berikan contoh ayat.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kekisi" bermaksud 1. jeruji, terli, kisi-kisi 2. (kim) susunan atom, ion atau molekul dalam tiga dimensi yang tetap, seperti yang terdapat dalam hablur. Sementara "tetupai" pula bermaksud "tupai-tupai" iaitu kepingan kayu, logam dan lain-lain  untuk menyokong, menyambung atau mengukuhkan sambungan, biasanya digunakan dalam pembinaan rumah dll.Makna05.08.2014

Kembali ke atas