Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ion] | اييون

Definisi : (Kim) atom atau kumpulan atom yg bercas elektrik; ~ hidrogen ion positif yg terhasil apabila atom hidrogen hilang elektronnya, proton; ~ karbonium ion organik yg mengandungi karbon bercas positif; mengion bertukar menjadi ion: molekul kuprum sulfat akan ~ menjadi ion kuprum dan ion sulfat; mengionkan menukarkan atau menyebab­kan sesuatu menjadi ion: sinaran yg masuk ke dlm kebuk ini akan ~ molekul udara pd jejak laluannya; pengionan proses mengion atau mengionkan: unsur logam mempunyai nilai keupayaan ~ yg rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ion] | اييون

Definisi : ist atom atau sekelompok atom yg mempunyai cas elektrik. mengion bertukar kpd ion: Molekul kuprum sulfat akan ~ menjadi ion kuprum dan ion sulfat. mengionkan menukarkan atau menyebabkan sesuatu bahan, molekul dsb menjadi ion: Sinaran itu akan ~ molekul udara pd jejak laluannya. pengionan proses mengion atau mengionkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ion


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diverse ion effectkesan ion pelbagaiKimiaTiadaKesan yang disebabkan oleh ion-ion ke atas pemendakan akibat daripada kesan ion-ion itu kepada keaktifan ion pemendak.
ion exchangepertukaran ionGeologiTiadaPertukaran berbalik antara ion-ion yang terkandung di dalam hablur dengan ion-ion yang berbeza di dalam larutan tanpa memusnahkan struktur hablur atau keneutralan elektrik.
ion exchangepertukaran ionKejuruteraanTiadaPertukaran berbalik antara ion-ion yang terkandung di dalam hablur dengan ion-ion yang berbeza di dalam larutan tanpa memusnahkan struktur hablur atau keneutralan elektrik.
base exchangepertukaran asas; pertukaran besGeologiTiada1. Pertukaran bes: Penggantian ion-ion tertentu oleh ion-ion yang lain di dalam lempung.
ion injectionsuntikan ionKejuruteraanTiadaProses memasukkan ion-ion ke dalam tiub pecut ion.
ion gunsenapang ionKejuruteraanTiadaPeranti untuk menghasilkan ion-ion gas yang terfokus serta dipecutkan untuk dihasilkan sebagai alur yang sempit.
chloride shiftanjakan kloridaPerubatanTiadaPergerakan ion klorida dan ion hiroksil menerusi membran eritrosit akibat pergerakan ion-ion bikarbonat pada arah yang bertentangan; pertukaran ion ini berlaku pada paras tisu dan paras peparu, tetapi arah relatif pergerakan ion adalah terbalik pada kedua-dua paras tersebut.
ion exclusionpemencilan ionFizikModenSistem resin tukar ganti yang ion-ion lincah dalam fasa resin-gelnya meneutralkan secara elektrik kumpulan fungsian bercas tak lincah yang melekat pada resin, dan dengan itu, elektrolit pelarut terhalang daripada menembusi fasa resinnya.
ion propulsionperejangan ionKejuruteraanTiadaKaedah mendapatkan perejangan untuk kapal angkasa dengan mengeluarkan ion-ion dan elektron daripada kebuk pembakaran.
sequestering agentagen pensekuesteranKejuruteraanTiadaSebatian yang berupaya mengikat ion logam supaya ion-ion tidak dapat bertindak seperti biasa dengan agen mendakan.
12345678910...

Kembali ke atas