Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[io.no.sfé.ra] | اييونوسفيرا

Definisi : (ionosféra) (Ast) lapisan atmosfera bumi yg paling atas, tempat berlakunya pengionan dan pemantulan gelombang radio ke sekeliling bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ionosfera


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya merupakan pelajar yang sedang menulis tesis dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, saya mempunyai masalah untuk menentukan istilah bahasa melayu bagi tajuk tesis saya. Kajian saya berkaitan dengan gangguan di dalam lapisan ionosfera. Gangguan tersebut disebabkan oleh ketumpatan ionosfera yang rendah berbanding persekitarannya. Dalam bahasa inggeris, ia dikenali sebagai plasma depletion. Manakala bahasa yang lazim digunakan ialah equatorial plasma bubble. Perkataan bubble dalam bahasa melayu ialah gelembung atau buih. Manakala kajian saya tertumpu kepada "plasma depletion". Berikut saya lampirkan gambar rajah simulasi equatorial plasma bubble. Terima Kasih.DBP tidak mempunyai istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "plasma depletion" dan "plasma bubble". , Kesesuaian istilah bahasa Mlayu bergantung pada konsep yang ingin disampaikan. Contohnya perkataan "depletion" mempunyai beberapa padanan seperti pengurangan, susutan, pengosongan, kehabisan dan pengikisan. Oleh itu, terpulang pada puan untuk memilih perkataan  yang sesuai dengan konteks yang ingin dikemukakan.Istilah07.03.2016

Kembali ke atas