Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.puh] | ايڤوه

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg getahnya beracun), Antiaris toxicaria; 2. = getah ~ racun drpd getah pokok ipuh, upas; ~ akar = akar ~ = ~ akar besar sj tumbuhan (pokok), Strychnos ovalifolia; ~ akar putih sj tumbuhan (pokok memanjat), akar serawan, Roucheria griffithiana; beripuh beracun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ipuh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan ini berkaitan dengan ejaan nama tempat di Malaysia. Timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung laporan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bunga Pulau Pinang. Kenapa semua akhbar dan semua stesen TV menggunakan ejaan dan sebutan sebagai `Tanjung Bungah' yang sememangnya popular digunakan sejak era awal dulu. Bukankah mulai 1972 kita telah menguatkuasakan pengunaan ejaan baharu. Apa ketetapan DBP tentang hal ini. Elok juga dimaklumkan kepada semua akhbar dan stesen Radio/TV bagi mewujudkan keselearasan agar tidak berulang kesilapan. Untuk makluman, nama beberapa tempat lain juga perlu diselaraskan seperti `Simpang Ampat' di Pulau Pinang, `Simpang Anam' di Johor. Begitu juga dengan Ayer Hitam, Air Hitam dan Air Itam.Untuk makluman tuan, penentuan tatanama geografi tidak mudah kerana nama-nama khas ini dikaitkan dengan berbagai jenis konteks dan semuanya ini diselubungi emosi dan masing-masing mempertahankan tradisi tempatan. Sejak tahun 1970-an lagi, selepas Ejaan Rumi Baru Melayu diperkenalkan, kami telah menerima permintaan daripada pelbagai pihak untuk mengekalkan tradisi ejaan masing-masing. Misalnya, pengekalkan grafem yang menggunakan ejaan <ch> seperti <Cheras>, <Puchong>, dan <Kuching> yang terpaksa dikekalkan. Begitu juga dengan ejaan "Ipoh"  (sepatutnya Ipuh) yang diminta oleh Kerajaan Negeri Perak supanya dikekalkan. Kami juga mencadangkan nama-nama yang dieja menurut ejaan Inggeris seperti <Klang> dan <Trengganu> diubah menjadi Kelang dan Terengganu. Walau bagaimanapun, hanya Terengganu sahaja yang menunjukkan hasil positif. Klang tetap Klang, dan demikian juga nama-nama tempat yang serupa itu.

Berikutan hal tersebut, tatanama geografi yang telah wujud sebelum tahun 1972 dikekalkan ejaan asalnya. Penamaan nama tempat sekarang perlu mengikut ejaan bahasa Melayu yang telah diselaraskan. 
Lain-lain26.10.2017

Kembali ke atas