Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ipuh 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ipuh1. sj tumbuhan (pokok yg getahnya beracun), Antiaris toxicaria; 2. = getah ~ racun drpd getah pokok ipuh, upas; ~ akar = akar ~ = ~ akar besar sj tumbuhan (pokok), Strychnos ovalifolia; ~ akar putih sj tumbuhan (pokok memanjat), akar serawan, Roucheria griffithiana; beripuh beracun.Kamus Dewan Edisi Keempat
terpaut1. terikat atau tertambat (oleh rasa kasih dll), terpikat kpd: hatinya sudah ~ oleh anak dagang yg hitam manis itu; ~ kasih, tersangkut sayang terlalu amat cinta; 2. ter­ikat dgn, bersebati dgn: anak-anak panah yg ~ ipuh berbisa tersumbat rapi dlm serombong buluh; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ ke awan berarak; 4. bertemu, ter­sua: jika kita mula menyelami perkara itu betul-betul kita akan ~ dgn masalah-masalah yg lebih panjang; semasa dia menyunting karya itu dia ~ dgn beberapa kesalahan ejaan; ~ bertali, tertambang berlantak prb terikat oleh adat kerana adat itu belum dilunasi atau diisi;Kamus Dewan Edisi Keempat
tawar I1. tidak berasa apa-apa (makanan, minuman, dll), hambar, campah, tidak cukup rasa masinnya atau rasa manisnya: beliau menuang air teh ~ dr teko; 2. tidak masin (bkn air di tasik dll): air sungainya itu ~ sampai ke laut; air ~ a) air yg tidak masin; b) air biasa yg tidak dimasak; 3. tidak manjur (ubat, guna-guna, mantera, dll), tidak mujarab, tidak mustajab, hilang kekuatannya (tentang bisa, racun, dll): semua mantera dan jampi-nya ~ belaka; 4. ki hilang minat, tidak girang (gembira), tidak berkemahuan, tidak bernafsu, dingin, hilang keberanian: hatiku ~ benar utk berbual-bual lagi; 5. hilang kemarahan, tidak marah lagi, sudah sejuk hati; 6. tidak sedap (pd pendengaran dll), tidak bersemangat (cerita, pidato, dll): pidatonya ~ dan tidak bersemangat; ~-hambar (-mawar) tawar sekali; ~ hati tidak bersemangat (berkemahuan) lagi; ~ hebiak Kd terlalu tawar (makanan) sehingga tidak terasa masin atau manisnya; ~ ipuh jampi utk menghilangkan bisa ipuh; jika secawan air ~ dibuangkan ke laut, bolehkah air laut itu menjadi ~? prb bolehkah nasihat atau pertolongan yg sedikit itu menghilangkan kejahatan yg banyak (mengayakan orang miskin); tawar-tawar setawar, sitawar; menawar menghilangkan bisa racun dll (dgn jampi dll): digunakan segala jampi mantera dan ilmu hikmat yg dipelajari dahulu itu bagi ~ bisa racun itu; menawari 1. mengubat (dgn jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dll), menjampi, memanterai, menambari: ditawarilah oleh Shahar Pahlawan akan bisa itu, barulah Nahar kembali sembuh; 2. memujuk, memikat, menambat (hati perempuan): dia ~ janda kaya itu supaya berkahwin dengan­nya; 3. meng-hilangkan (menyejukkan) kemarahan dll, meredakan (kemarahan dll): ibunya tahu hati Nibong hati batu, tidak boleh ditawari lagi; menawarkan 1. menyebabkan (menjadikan) tawar; 2. memanterai supaya hilang bisa (penyakit dll), menjampi supaya hilang kekuatan: dihembuskan tangkal hantu pari, tangkal hantu air pun ditawarkan; 3. = ~ hati menjadikan tawar hati; ketawaran perihal tawar; penawaran perbuatan menawar (menawari, menawarkan); penawar 1. ubat dll utk menghilangkan bisa (racun, penyakit, dll): carikan ~ utk meng­ubati penyakitnya itu; 2. mantera, jampi utk menawarkan (penyakit dll); 3. (sesuatu) yg menyenangkan hati (yg duka), (sesuatu) yg menghilangkan atau mengu­rangkan perasaan sedih (dukacita dll): ~ rindu; ~ hati ki orang (suami, isteri, anak, dsb) yg menyenangkan hati; ~ jampi ubat serabut drpd tumbuh-tumbuhan (paku pakis) utk menahan darah keluar.Kamus Dewan Edisi Keempat
paut I; sangkut ~ kaitan antara dua tiga hal (perkara dll); ~ bingkai tangguk Kl cara duduk dgn bercangkung dan tangan memeluk kedua­-dua lutut; berpaut 1. berpegang kuat-kuat (pd), melilit erat-erat (pd sulur-suluran dll), tertambat kuat (pd): tangannya yg ~ pd tiang pintu tadi perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai; anak-anak kelawar ~ pd bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan; 2. ki berpegang teguh-teguh (pd), mengasaskan se­suatu kegiatan dsb: kita ~ erat kpd suatu metodologi yg lemah yg ditolak oleh pengasasnya sendiri; 3. tertutup kembali, ter­katup semula, bertaut: apung terendam di seberang sana, beting ~ dr kuala; 4. ki ber­temu, bertembung; ~ tidak bertali a) terikat tetapi tidak dgn tali; b) ki masih belum selesai (sesuatu perkara); c) ki perempuan yg sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya; ~ sehasta tali prb tidak dapat berbuat sesuatu dgn sesuka hati; berpautan saling berpaut, berpegangan: Mike merapati Darwisah, dan tangan mereka ~; ~ dgn ada hubungannya dgn, berkaitan dgn, bersangkutan dgn, bertalian dgn; memaut 1. memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dgn teguh): tangannya ~ kedua-dua lututnya itu; muka Wan Intan diangkatnya dgn ~ dagu lebah bergantung itu; 2. melilit dgn teguh, meng­ikat, menyangkut: banyak pokok mengeluarkan sulur paut yg ~ pd sokong; 3. ki menyebabkan turut terlibat, melibatkan, menarik (perhatian, pandangan, dll): ia harus melukiskan suasana dan peristiwa yg benar-benar berlaku, yg ~ sebilangan besar masyarakat; 4. ki mengaitkan, menambatkan (perasaan, pandangan, minat, dll): gadis kampung itulah yg telah ~ hatiku pd kampung halamanku; terpaut 1. terikat atau tertambat (oleh rasa kasih dll), terpikat kpd: hatinya sudah ~ oleh anak dagang yg hitam manis itu; ~ kasih, tersangkut sayang terlalu amat cinta; 2. ter­ikat dgn, bersebati dgn: anak-anak panah yg ~ ipuh berbisa tersumbat rapi dlm serombong buluh; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ ke awan berarak; 4. bertemu, ter­sua: jika kita mula menyelami perkara itu betul-betul kita akan ~ dgn masalah-masalah yg lebih panjang; semasa dia menyunting karya itu dia ~ dgn beberapa kesalahan ejaan; ~ bertali, tertambang berlantak prb terikat oleh adat kerana adat itu belum dilunasi atau diisi; pautan 1. hasil memaut (memegang dll), pegangan: mereka pun bersalam-salaman, penuh hormat dan mesra, kemudian ~ tangan mereka terurai; 2. tempat berpaut (berpegang dll), sesuatu yg dipaut: ia masih belum juga berhasil mencari tempat ~ atau tempat tambatannya; 3. hubungannya dgn, kaitannya dgn; 4. tempat menambatkan lembu dll, tempat mengikat ayam; 5. ki tempat asal; ayam pulang ke ~ prb sudah pd tempatnya; perpautan perihal berpaut, perhubungan, pertalian; pemaut 1. sesuatu yg digunakan utk memaut, pemegang (utk menarik): ketika ia membuang batu fatom yg ketiga kalinya, tali ~ pinggang putus; 2. alat yg menghubungkan enjin dgn sesuatu yg hendak digerakkan (gear).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas