Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ra.dat] | ارادة

Definisi : Ar kehendak, kemahuan (Tuhan): Tuhan yg amat berkuasa melakukan kudrat dan ~-Nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ra.dat] | ارادة

Definisi : sesuatu yg ditentukan oleh Tuhan; kehendak: Semuanya itu ialah kudrat dan ~ Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata iradat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya adalah penulis buku : 1. Iradat DBP 2008 Dan 2.Epilog Cinta Asrar 2012, telah membuat permohonan ulang cetak untuk kedua buku tersebu , memandangkan keduaya sudah tidak terdapat di dalam pasaran DBP. Bagaimanapun saya masih belum mendapat sebarang jawapan dari unit penerbitan DBP. Oleh itu saya bercadang untuk menerbitkannya kembali secara persendirian dan tidak melalui penerbitan DBP. Pertanyaan saya, apakah saya boleh berbuat demikian dan tidak terikat dengan perjanjian dengan DBP ?.Untuk makluman tuan, judul-judul yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang terdapat dalam Perjanjian Lesen  Penerbitan (PLP) antara penulis dengan DBP. Pihak tuan boleh memohon secara rasmi pengembalian hak cipta untuk menerbitkan judul tersebut secara swaterbit kepada hakcipta@dbp.gov.my. Walau bagaimanapun, keputusan pengembalian hak cipta bergantung pada terma dan kelulusan pihak Pengurusan DBP.Karya20.06.2023

Kembali ke atas