Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
irama (kata nama)
Bersinonim dengan tempo, rentak, nada, melodi.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lagu1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjuk­kan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulang­ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb; berlagu berirama: suaranya berlagu-lagu; melagu bernyanyi, menyanyi: kedua-dua anak itu kemudiannya menari dan ~; melagui memberi berlagu (pantun, sajak, syair, dll); melagukan menyampaikan lagu, menya­nyikan, membaca dgn lagu (Quran, sajak, dll): mereka bersalung dan bernyanyi ~ pantun dagang dgn sedih; laguan ark nyanyian; pelagu ark orang yg menyampaikan lagu (nyanyian dll), penyanyi.Kamus Dewan Edisi Keempat
irama1. ukuran masa atau tempo (pd muzik): ~ perlahan digantikan dgn yg rancak; 2. panjang pendek bunyi yg teratur, turun naik bunyi yg teratur (pd lagu dll), rentak: penari-penari sedang rancak menari mengikut ~; 3. ki gaya, tingkah, ragam, rentak: cara pelaksanaan oleh budi daya manusia berubah-ubah, se~ dgn perubahan suasana dan keadaan. berirama dgn (memakai) irama, berentak; gerak badan ~ gerak badan mengikut irama; mengiramakan memberikan irama (pd lagu dll): kanak-kanak boleh bertepuk ~ lagu, kalau irama lagu itu senang diikuti.Kamus Dewan Edisi Keempat
dangdut1. irama lagu pop Melayu (yg mele­bihkan bunyi gendang); 2. orkes atau kum­pulan muzik Melayu; berdangdut berjoget (menari) mengikut rentak dangdut: di kota itu, kamu boleh ber­disko atau ~, semuanya ada.Kamus Dewan Edisi Keempat
melodi/mélodi/ 1 lagu; irama lagu. 2 susunan kata yg berirama. bermelodi berirama. memelodikan menggubah, menyampaikan atau mempersembahkan lirik, puisi dsb dlm bentuk melodi: Dia ~ puisi karya penyair-penyair tanah air.Kamus Pelajar Edisi Kedua
langgamMn 1. cara, kaedah, laku, adat ke­biasaan: menurut ~ dan pandangan orang-orang kampung, abang masih dipandang hina; 2. irama lagu yg digemari ramai (lwn irama asli): lagu-lagu ~ dan asli.Kamus Dewan Edisi Keempat
trio1. gubahan lagu atau irama utk tiga suara atau tiga alat muzik; 2. kumpulan drpd tiga orang penyanyi atau pemain muzik; 3. kum­pulan drpd tiga orang atau benda.Kamus Dewan Edisi Keempat
langgam1 cara; ragam; gaya: ~ bahasanya spt loghat orang Kedah. ~ baju Melayu. 2 adat kebiasaan: Di sini ~nya berbeza drpd ~ di tempat saudara. 3 sj irama lagu yg moden dan popular (bukan irama Melayu asli).Kamus Pelajar Edisi Kedua
rancak I1. Mn bagus, baik, cantik, elok, molek; ~ di lebuh suka berpakaian yg bagus-bagus (cantik), pesolek; 2. cepat dan riang (irama muzik, rentak tarian, dll): Masri suka menyanyikan lagu-lagu ~; murai melagukan irama ria dan ~ memanggil petani bekerja; 3. aktif, bersungguh-sungguh, giat, tangkas: dia berjalan dgn ~ menghala ke kampung­nya; persatuan itu sekarang sedang ~ dan bersungguh-sungguh menjalankan projek membantu pelajar-pelajar miskin; degup jantungnya bertambah ~; kedengaran suara tembakan yg ~ dr suatu arah; perjuangan begitu ~, begitu tangkas; merancak menjadi rancak: perlumbaan senjata yg semakin ~; merancakkan menjadikan rancak: banyak rancangan yg diatur utk ~ kerjasama antara kedua-dua buah negara; kerancakan perihal rancak; kerancak-rancakan sombong kerana cantik­­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
langgam1. cara; ragam; gaya:~ bahasanya spt loghat orang Kedah. ~ baju Melayu. 2. adat kebiasaan: Di sini ~nya berbeza drpd ~ di tempat saudara. 3. sj irama lagu yg moden dan popular (bukan irama Melayu asli).Kamus Pelajar
rancak1 cepat dan riang (bkn irama muzik, rentak tarian dll). 2 sungguh-sungguh; giat; aktif: Projek pembinaan jalan raya itu sedang ~ diusahakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456

Kembali ke atas