Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. berasa (perasaan) tidak senang dgn kelebihan orang lain dll, cemburu, dengki: ada pula yg ~ melihat kemajuan yg telah dicapainya; 2. berkeinginan utk mencapai, menikmati atau memiliki sesuatu (kejayaan, kebaikan dsb) spt yg dicapai, dinikmati atau dimiliki orang lain: kami juga ~ melihat kejayaan anak-anak Pak Ngah dan ingin mencontohi mereka; Razak Abdullah menyifatkan kejayaannya dlm Sijil Pelajaran Malaysia adalah berkat rasa ~nya terhadap sikap pelajar Cina yg kuat belajar; beriri hati menaruh rasa iri hati, berdengki (hati); keirihatian perihal (perasaan) iri hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (berasa) tidak suka melihat orang lain senang dll; dengki: Jangan mudah ~ melihat kemajuan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Peribahasa

Bangau,
     bangau,
minta aku leher;
     badak,
badak minta aku daging.

Bermaksud :

Iri hati kerana melihat kelebihan seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah antonim untuk iri hati?

Tidak semua perkataan atau istilah mempunyai perkataan berlawanan. 

Istilah09.02.2009
Apakah maksud 'kesekian kali'?

Kesekian kali merujuk kepada perihal melakukan sesuatu atau perkara yang sama sekali lagi atau berulang kali. Contoh dalam ayat, Aina menegaskan buat kesekian kalinya bahawa dia tidak pernah iri hati dengan kecantikan adiknya.

Makna02.06.2021
Saya difahamkan bahawa perkataan 'untuk' dan 'demi' digunakan di hadapan kata nama/frasa nama. Namun dalam banyak situasi, perkataan 'untuk/demi' juga diletakkan di hadapan kata kerja. Contoh: (1) Saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang. (2) Kita perlu mengikis segala perasaan iri hati dan cemburu demi memperkukuh parti. Adakah penggunaan 'untuk' dan 'demi' dalam kedua-dua ayat di atas dibenarkan? Penggunaan sedemikian tidak terdapat dalam Dewan Tatabahasa.Perkataan untuk/demi berfungsi sebagai kata sendi nama dan hadir sebelum kata nama dan juga berfungsi sebagai kata hubung keterangan dan hadir sebelum kata kerja.Tatabahasa25.07.2018
Salam, kenapakah kamus ada istilah "hasad dengki" padahal kedua-dua kata itu menyampaikan maksud yang sama? Apakah ada perbezaan makna antara hasad dan dengki? Harap jangan "copy-paste" definisi kamus dalam jawapan. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, “hasad” bermaksud niat dan keinginan untuk melakukan atau memperoleh sesuatu atau hasrat dan “dengki” bermaksud tidak suka pada seseorang kerana cemburu akan kelebihan yang dimiliki. Manakala “hasad dengki” pula bermaksud sangat iri hati terhadap kelebihan dan kejayaan seseorang, biasanya disertai dengan niat jahat.Makna11.10.2022
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya adakah aman damai itu merupakan kata ganda? Terima kasih

Kata aman damai digolongkan sebagai kata adjektif majmuk. Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.  Antara kata adjektif yang lain ialah  buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Kata Adjektif Majmuk, sila rujuk buku Tatabahasa Bahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 242-247.

Tatabahasa07.08.2020
Apa beza hati dan jantung
Hati dan jantung kedua-duanya merupakan organ dalam tubuh yang menjalankan fungsi yang tertentu. Berdasarkan analisis data korpus, didapati hati juga merujuk kepada jantung, misalnya dalam ayat 'Hatinya berdebar-debar.' Kata hati dan jantung terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan olahannya adalah seperti yang berikut, iaitu:

hati 
n 1 organ yg terletak di bahagian perut dlm badan manusia atau binatang vertebrata yg berfungsi utk merembeskan hempedu ke dlm saluran makanan, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea dan menyimpan glikogen; 2 tempat menyimpan perasaan, keinginan, anggapan dsb dlm diri sso; kalbu: Hatinya bersih drp segala bentuk dendam dan iri hati. 3 jantung: Tidak ada yg menarik perhatiannya selain berita yg mendebarkan hatinya. 4 bahagian tengah yg agak keras pd buah-buahan, pokok dll: Hati nanas diparut dan dibubuhi gula secukupnya sebelum diminum. Hati kayu gaharu dr India dianggap paling
mahal dan mempunyai mutu yg paling baik.


jantung 
n 1 organ berotot yg terletak di dlm rongga dada, yg mengepam darah ke seluruh badan: Otot jantung terpaksa bekerja keras utk memastikan darah beroksigen dapat disalurkan ke seluruh tubuh. 2 benda yg berbentuk spt jantung, berbunyi spt bunyi jantung,
atau bergerak spt gerakan jantung: Hanya detak jantung jam di dinding dan putaran bilah-bilah kipas di siling mencipta gelombang yg menyentuh gegendang telinga. 3 sst yg perlu bagi membolehkan industri, politik dsb terus bergerak atau hidup: Queensland, negeri kedua terbesar di Australia ialah jantung industri pelancongan negara itu.
Makna24.08.2023
Salam sejahtera kepada Tuan/Puan,Saya hendak bertanyakan soalan tentang kesalahan bahasa dalam ayat yang diberikan di bawah.Terima kasih Mereka mampu meninggi diri danmenunjukkan sikap dan sifat yang negatif.Sikap yang positif akan berinteraksi dengan konndusif apabila berkomunikasi dengan orang lain atau orang yang dekati kita.Hal ini secara tidak langsung akanmeninggalkan kesan seorang yang kaya gemar akan menunjukkan kemewahan diri untuk membiarkan mereka menaruh rasa iri hhati.Ketinggian orang tidak sanggup berganding bahu dengan jiran tetangga kita akibat perhubungan mereka menjadi teruk makin kronik.Sikap yang positif akan menunjukkan teladan baik kepada mereka seperti tahu akan mengambil kira orang lain,bersikap perasaan tidak berpuas hati terhadap orang lain.Malahan sikap yang negatif tidak mengambil kisah hidup orang lain walaupun orang itu ialah orang kemiskinan.Mereka tidak mempunyai hati kasih sayang,keprihatinan,bertolak ansur,berakhlak mulia,berhemah tinggi,saling menghormati dan lain-lain.Fikirlah,kalau kita bersikap begitu akan menyedihkan oranhg lain.Orang yang mementingkan diri akan menghadapi seribu dugaan dan kalangan dalam kkehidupan masyarakat.

Ayat yang diberikan tidak begitu jelas maksudnya, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah:

1. Dari segi tatabahasa
2. Tanda baca
3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat
4. Kesalahan ejaan
5. Pemilihan perkataan yang tidak betul
6. Perkataan yang tidak mempunyai jarak 

Berikut merupakan ayat yang telah dibetulkan:

Mereka yang meninggi diri ialah mereka yang mempunyai sikap dan sifat negatif. Mereka gemar menunjuk kemewahan diri sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang lain. Mereka juga tidak mahu berganding bahu dengan jiran tetangga sehingga menyebabkan perhubungan baik tidak dapat dijalin.  Selain itu, orang yang bersikap negatif tidak akan mengambil kisah akan hidup orang lain walaupun orang tersebut memerlukan bantuan. Mereka tidak mempunyai rasa kasih sayang dan hormat, keprihatinan, sikap tolak ansur dan berhemah dan juga akhlak mulia. Hal ini berbeza dengan orang yang bersikap positif kerana orang yang bersikap positif akan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berhemah. Sikap yang positif ini akan memberikan teladan yang baik kepada orang lain. Kesimpulannya, sikap negatif perlu dielakkan kerana boleh menimbulkan ketidakselesaan dalam diri dan dalam kalangan masyaraat.
Tatabahasa08.07.2021

Kembali ke atas