Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ring] | ايريڠ

Definisi : ikut, turut; darah ~ Id darah yg keluar kemudian; ~ gemiring Mn berlinang-linang (air mata); seiring 1. bersama-sama berjalan (bergerak, terbang, dll): kapal terbang jet yg terbang meluru dua ~; 2. = seiringan bersama-sama, sekali, serentak: ~ dgn pemberontakan itu, ahli-ahli parlimen menuntut diadakan perubahan besar perundangan; pemikiran estetik dlm kritikan sastera Melayu boleh dikatakan bermula dlm tahun 50-an juga, iaitu ~ dgn konsep “seni utk seni”; ~ bertukar jalan, seia bertukar sebut prb perihal beberapa orang yg berbeza dlm cakap (bicara) tetapi sama dlm maksud; menohok kawan ~ prb perihal orang yg mencelakakan kawan sendiri; beriring, beriringan berjalan dll bersama-sama, berturut-turut: mereka berjalan ~; beriring-iring, beriring-iringan berjalan dll berturut-turut, berjalan berjajar-jajar: itik ~ menuju ke air; mereka berjalan beriring-iringan; mengiring, mengiringi 1. menemani utk mengawal dll, menyertai, mengikuti: hulubalang yg ~ Bendahara itu ialah Sang Setia, Sang Naya dan Sang Guna; 2. berlaku (terdapat) berserta atau berikutan dgn, menyertai, mengikuti: letupan yg dahsyat itu diiringi oleh dua letupan lagi; catatan yg mengiringi karya-karya mereka; mengiringkan 1. mengiringi: dua laksa orang berkuda ~ dia; segala hulubalang dititahkan baginda ~ Bendahara; 2. menyertakan, memasukkan (bersama-sama): beberapa alasan diiringkan bersama-sama bantahannya; diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk prb perihal sesuatu yg serba menyusahkan; iringan 1. yg mengiringi (mengikuti, menyertai): lagu Melayu asli dgn ~ Orkes Rindu Malam; ~ kata = kata ~ kata aluan (pendahuluan, pengantar) pd buku dll; 2. = iring-iringan arak-arakan, perarakan; pengiringan perihal mengiringi; pengiring orang dll yg mengiring(i), pengikut, peneman: barang-barang yg tidak berkenaan diberikan baginda pd orang muda-muda ~ baginda; lagu ~ dimainkan semula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ring] | ايريڠ

Definisi : lambung, samping, sisi: sedang mereka berpelukan itu diambillah gambar dr sebelah ~ mereka oleh jurugambar; mengiring 1. dgn lambung (sisi) dihadapkan kpd sesuatu (orang dll): duduknya tidak berhadapan lagi dgn aku, tetapi ~; 2. di atas sisi (samping): letakkan botol itu ~; 3. berbaring di atas sisi (lambung): puas menelentang ia ~, puas ~ ia meniarap; mengiringkan menghadapkan sisi (lambung) kpd sesuatu, membaringkan di atas sisi (lambung): ia ~ badannya mengadap ke sebelah kanan; iringan sisi, lambung, samping: anak itu terlena di ~nya; dia tertimpuh di sebelah ~ datuknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ring] | ايريڠ

Definisi : ; beriring, beriring-iringan bersama-sama (semasa berjalan dll); berturut-turut: Mereka berjalan ~. mengiring berjalan dsb bersama-sama: Dia ~ saya ke sana. mengiringi 1 berjalan dsb beramai-ramai bersama seseorang utk mengawal dll; menyertai beramai-ramai utk menghormati: Beribu-ribu orang ~ jenazah beliau ke tanah perkuburan. 2 memainkan lagu dgn alat bunyi-bunyian ketika orang bernyanyi dll: Orkestra RTM telah ~ penyanyi itu. iringan sesuatu yg mengiringi (mengikuti dsb): Juara itu menyampaikan sebuah lagu dgn ~ Orkestra RTM. pengiring orang yg mengiring atau mengiringi; pengikut: Hang Tuahlah yg menjadi ketua ~ kpd angkatan diraja itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[i.ring] | ايريڠ

Definisi : bahagian yg di kiri atau yg di kanan sesuatu; sisi. mengiring 1 menghalakan sisinya ke depan: Ketika bergambar tadi, dia duduk ~. 2 berbaring di atas sisi atau lambungnya: Puas meniarap, dia ~, puas ~, dia menelentang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iring
Kata Terbitan : seiring, beriringan, mengiringi, iringan, iring-iringan, pengiring,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
entrainmentiring arusMeteorologiMeteorologi PerhubunganPercampuran udara persekitan ke dalam arus udara yang sedia terbentuk, seperti dalam arus menaik pada awan bentuk kumulus, sehingga udara sekitaran menjadi sebahagian daripada arus tersebut.
convective entrainmentiring arus perolakanGeografiTiadaTiada
gas entrainmentiring arus gasKejuruteraanTiadaPemerangkapan gas dalam bahan dingin cecair-logam dan boleh menyebabkan perubahan kereaktifan yang besar dalam reaktor nuklear.
tandem connectionpenyambungan iringKomputerTiadaTiada
tandem systemsistem iringKomputerTiadaTiada
tandem wingsayap iringKejuruteraanTiadaTiada
tandem rotorpemutar iringKejuruteraanTiadaTiada
tandem rollerpenggelek iringKejuruteraanTiadaTiada
tandem engineenjin iringKejuruteraanTiadaTiada
entrainment processproses iring-arusGeologiTiadaTiada
123

Kembali ke atas