Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ro.ni] | ايروني

Definisi : keadaan atau kejadian yg menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yg dijangkakan dgn yg menjadi hakikatnya: ~nya jika “Dasar Belia Nasional” ini mahu diterima, maka dgn sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ironi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan makna tersembunyi, makna berlapis, sindiran.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya perbezaan ayat-ayat sindiran & ironi dalam bahasa melayu. Saya sedang melakukan penyelidikan dalam bidang ini dan perlukan pengesahan. Untuk makluman, saya sudah ada dataset ayat-ayat sindiran dan ironi, ini saya collect dari social media data seperti facebook comment & twitter comment. Cuma, saya perlukan pengesahan dan nasihat dari pakar bahasa di DBPi untuk menentukan aya-ayat dari dataset saya ini sama ada berbentuk sinidiran atau ironi. Sebagai contoh, secara manual, saya menganalisa 2 ayat ini yang diambil pada komen di Facebook pada posting mengenai Bajet 2024 adalah seperti dibawah; 1. Perkukuh ekonomi negara je, ekonomi rakyat hampeh, duit melayang, habis kami semua dikerjakan (SINDIRAN). 2. Bajet dari kerajaan paling BAGUS di dunia. (IRONI) Saya diberitahu daripada team kajian saya bahawa saya boleh menghubungi pihak DBP untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pakar bahasa mengenai kajian saya ini. Jadi, saya memerlukan khidmat nasihat & pengesahan sekiranya ada Pakar Bahasa Melayu dari DBP yang dapat membantu kajian saya, mungkin kita boleh berjumpa dan berbincang secara terperinci. Terima kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, sindiran bermaksud kata-kata sinis atau tajam yang disampaikan secara berkias atau secara tidak terus terang, biasanya untuk bergurau, menegur kesalahan seseorang, meluahkan perasaan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Ironi pula bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya.

Untuk data penyelidikan seperti yang dimaklumkan, puan perlulah menjalankan penyelidikan dan analisis berdasarkan kajian puan. Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan perkhidmatan analisis data atau kajian bagi penyelidikan. Bagi membantu puan menyelesaikan tugasan ini, puan boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan seperti Kamus Dewan Perdana dan Tatabahasa Dewan Edisi Keempat.

Lain-lain20.12.2023
Salam 1Bahasa, 1. Apakah maksud perkataan homosapisas? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ironi? Terima kasih.1. Untuk makluman tuan, perkataan homosapisas tiada dalam rujukan kami.

2. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Contoh penggunaan: Ironinya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. Dalam bidang kesusasteraan, ironi didefinisikan sebagai: Mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya.
Tatabahasa12.11.2013
1)Apakah maksud Modus Operandi dan ironi ? 2)Betulkah,k.penguat + k.adjektif + k.penguat?Cth:sangat/amat panjang sekali. 3)di kalangan atau dalam kalangan??Setahu saya,dalam kalangan. 4)Kali 2 atau Kali-2 DAN Ke 2 atau Ke-2 ATAUPUN Kali ke-2?1. Modus operandi adalah cara untuk melakukan sesuatu, ironi adalah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. 2. Kata penguat paling dan ter- sahaja tidak dibenarkan. 3. Dalam kalangan. 4. Kali ke-2 atau kali kedua.Makna05.09.2006
Saya ingin bertanya makna personfikasi, bombastic ,ironi dan sebagainya berkitan dengan linguistikPersonifikasi ialah pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak sebagai mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yang tidak bernyawa (atau abstrak) sebagai manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dengan kata-kata yang terpilih.


Bombastik ialah banyak menggunakan kata yang indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yang bernas atau jelas: Arena Wati menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, pemilihan kata-katanya dibuat begitu teliti dan tidak ~.


Ironi ialah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya: ~nya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.
Makna15.07.2013
Apakah maksud perkataan ironinya? Boleh jelaskan dengan terperinci.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Contoh penggunaan: Ironinya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. Dalam bidang kesusasteraan, ironi didefinisikan sebagai: Mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya.Makna03.04.2012
Salam sejahtera, Sekiranya saya ingin bermula ayat saya dengan perkataan, "ironiny", Perlukah saya masukkan perkataan "namun" di hadapan "ironinya". Penggunaan yang betul ialah "Ironinya" atau "Namun ironinya,...."? Mohon beri tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Kata ironi lazimnya hadir pada permulaan ayat dan tidak perlu didahului dengan namun, seperti contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.Tatabahasa29.01.2011
Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih.

1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun.

2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.

3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia.

4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya.

Tatabahasa12.08.2009
Apa khabar. Adakah kata 'sarkastik' seerti dengan 'bersarkasme'? Contoh ayat: Semua seringkali sarkastik/bersarkasme apabila menulis hantaran (posting) di media sosial. kata 'sarkastik' dan 'sarkasme' mempunyai maksud yang sama,  kiasan atau ironi yg mengandungi unsur-unsur kata yg pedas yg bertujuan utk menyakitkan hati seseorang, sindiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Sastera25.01.2018

Kembali ke atas