Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ro.ni] | ايروني

Definisi : keadaan atau kejadian yg menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yg dijangkakan dgn yg menjadi hakikatnya: ~nya jika “Dasar Belia Nasional” ini mahu diterima, maka dgn sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ironi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan makna tersembunyi, makna berlapis, sindiran.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ironyironiKesusasteraanTiadaKeadaan (wacana) yang melindugi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Kadang-kadang maksud yang disampaikan berlawanan dengan apa yang diujarkan. Walau bagimanapun, ironi tidak bertujuan memperdaya, malahan untuk mendapat kesan retorika dan artistik. Ironi menonjolkan ketidaksuaian antara harapan dengan kenyataan, dan antara suasana yang dikemukakan dengan kenyataan yang mendasarinya. Ironi berhubungan dengan sarkasme dan sinisme, iaitu gaya ujaran yang penuh dengan kecurigaan, keraguan, atau sikap meremehkan kejujuran dan moral. Antara jenis ironi adalah seperti yang berikut: Pertama, ironi lisan ialah kenyataan yang mengandungi makna tersirat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh pengujar. Contohnya, ayat pertama dalam karya Pride and Prejudice oleh Jane Austen: �It is truth universally acknowledge that a single man in possession of a good fortune must be in want of a wife�. Berdasarkan petikan ayat di atas, ironinya seseorang wanita memerlukan suami yang kaya. Kedua, ironi struktural ialah kenyataan yang menonjolkan ciri-ciri struktural yang berfungsi untuk mengekalkan kependuaan makna. Alat yang biasa untuk jenis ironi ini ialah penciptaan wira yang terlalu lurus atau pengujar yang naif. Kenaifan wira menyebabkan pemahaman tentang persekitaran amat terbatas dan keliru berbanding dengan tanggapan pengarang dan khalayak tentang keadaan yang sebenar. Oleh itu, ironi struktural bergantung pada pengetahuan ironi pengarang yang dikongsi bersama khalayak. Ketiga, ironi dramatik ialah situasi apabila audiens mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak daripada apa yang disedari oleh watak tersebut. Dalam drama tragedi, ironi ini dikenali sebagai ironi tragik. Ironi terdapat dalam semua genre sastera. Lihat juga ironi dramatik, ironi romatik, tragedi.
tragic ironyironi tragediKesusasteraanTiadaBentuk ironi dramatik yang memaparkan satu watak dalam tragedi menggunakan kata-kata yang memberikan makna tersendiri, tetapi berlainan maknanya pada orang lain, yang lebih mengetahui situasi yang bakal dihadapi watak berkenaan. Terutama apabila menjadi mangsa kepada nasib dan takdir.
tragic ironyironi tragikKesusasteraanTiadaLihat ironi.
dramatic ironyironi gandaKesusasteraanPuisiLihat ironi dramatik.
dramatic ironyironi dramatikKesusasteraanPuisiBaris atau rangkap sesebuah puisi yang diucapkan atau dideklamasikan oleh seseorang pembaca itu lebih memberi makna kepada khalayak tetapi tidak kepada dirinya sendiri. Sinonim ironi ganda.
tragic ironyironi tragikKesenianDrama dan TeaterKata-kata yang memberikan makna tertentu kepada diri seseorang watak, tetapi berlawanan dengan watak lain yang lebih mengetahui situasi yang akan dihadapi oleh watak berkenaan terutamanya apabila watak itu menjadi mangsa kepada nasib atau takdir. Ironi tragik biasanya dikaitkan dengan drama tragedi
dramatic ironyironi dramatikKesusasteraanTiadaKeadaan atau situasi dalam persembahan (drama, teater) yang diketahui oleh penulis atau penonton, tetapi watak-watak yang menjayakan persembahan itu mungkin tidak mengetahuinya. Persembahan menggunakan kaedah plot yang membolehkan penonton mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak berbanding apa yang disedari oleh watak itu sendiri. Watak bertindak bertentangan dengan apa yang sewajarnya, aksinya memberikan makna yang berlainan kepada penonton. Ramalan boleh meningkatkan kesan ironi dramatik. Contohnya, dalam drama Oedipus Rex, Oedipus mendesak agar mencari pembunuh Creon, tetapi sebenarnya dialah pembunuhnya. Oedipus dapat melihat dengan jelas ketika buta, tetapi semasa celik, dia sebenarnya buta. Lihat juga ironi.
romantic ironyironi romantikKesusasteraanTiadaKeadaan atau situasi dalam penulisan (drama, kisah) yang melibatkan kemunculan pengarang dalam cerita untuk membina ilusi dan memusnahkan kesan ilusi lain dalam cerita itu. Pengarang menyatakan bahawa dirinya pencipta yang bebas menentukan watak serta aksi watak dalam cerita. Penulis (karya) yang memperihalkan suara sedar kendiri hampir dengan perasaan simpati diri. Puisi berjudul Don Juan oleh Lord Byron dianggap puisi terunggul yang menggunakan suara ironi romantik. Ramai penulis puisi moden pada masa ini menghasilkan karya yang memberikan tumpuan kepada suara kendiri dan mempunyai kualiti bunyi (ton) seperti ini. Contoh ironi juga ditemui dalam novel Tristram Shandy oleh Lawrence Sterne.
tropetropKesusasteraanTiadaIstilah umum untuk bahasa kiasan. Trop melencongkan makna perkataan daripada maknanya yang harfiah. Contohnya metafora, simile, ironi dan personifikasi yang biasa ditemui dalam puisi. Trop dalam bahasa Yunani bermaksud belok. Lihat juga ironi, metafora, simile.
ironyironiKesusasteraanTiada1. Mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya.,2. Sindiran, cemuhan atau ejekan.
1234

Kembali ke atas