Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ro.nis] | ايرونيس

Definisi : menunjukkan atau bersifat ironi: Abdullah Hussain cuba menghidupkan situasi yg ~ dan menarik tentang sikap manusia yg berubah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ironis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tonenadaKesusasteraanTiadaPerasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan.
antiphraseantifrasaKesusasteraanTiadaPerkataan atau rangkaian kata yang berunsurkan ironis, satira atau humor untuk menyampaikan sesuatu maksud yang bertentangan dengan yang dituturkan.
antiphrasisantifrasisKesusasteraanTiadaPenggunaan perkataan atau frasa yang berunsur ironis, sindiran, satira atau humor untuk menyampaikan sesuatu maksud yang bertentangan.
anti-utopiaantiutopiaKesusasteraanTiadaNaratif yang mengkritik dunia utopia secara satira dan ironis. Ramai pengkritik menganggap bahawa antiutopia adalah sama dengan distopia yang memaparkan masyarakat bobrok. Karya distopia hanya mengkritik aspek yang negatif dalam masyarakat. Namun karya antiutopia mempersoalkan kedua-dua aspek sifat manusia, sama ada yang negatif atau positif (sempurna atau bobrok) dalam masyarakat. Lihat juga distopia.
coloured narrativenaratif sendengKesusasteraanTiadaNaratif yang menunjukkan pertuturan watak dalam cerita tanpa menggunakan percakapan langsung atau percakapan tidak langsung. Naratif ini diwarnai oleh penyusunan rangkai kata watak dalam cerita. Naratif sendeng diekploitasikan untuk tujuan ironis. Namun, adalah sukar untuk membezakan antara suara watak dengan suara pencerita sekiranya loghat mereka sama. Naratif sendeng terdapat dalam novel Pride and Prejudice dan Emma oleh Jane Austen.

Kembali ke atas