Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Bukan padi sebarang padi,
     Padi ditabur menjadi lalang;
Buah hati sekeping hati,
     Hati rindu denganmu abang.


Lihat selanjutnya...(845)
Peribahasa

Bagai kuku dengan isi (= daging).

Bermaksud :

Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyelami2 ki menduga perasaan atau isi hati seseorang; mencuba utk mengetahui apa-apa yg difikirkan oleh seseorang: Dia tidak dpt ~ isi hati sahabatnya itu.Kamus Pelajar
selam; menyelam2 ki menduga perasaan atau isi hati seseorang; mencuba utk mengetahui apa-apa yg difikirkan oleh seseorang: Dia tidak dpt ~ isi hati sahabatnya itu.Kamus Pelajar
kandungan hatiapa-apa yg tersimpan (tersirat) dlm hati; isi hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
isi peruta) kandungan perut (segala­gala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati);Kamus Dewan Edisi Keempat
menyelami1 me­­­nye­lam di sesuatu tempat dgn tujuan tertentu: Dia ~ kolam itu utk mencari cincinnya yg terjatuh. 2 ki menduga perasaan atau isi hati se­seorang; mencuba utk menge­tahui apa-apa yg difikirkan oleh seseorang: Dia tidak dpt ~ isi hati sahabatnya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kandungan1 apa-apa yg termuat di dlm sesuatu; isi: ~ buku itu sangat baik. ~ hati apa-apa yg tersimpan (tersirat) dlm hati; isi hati. 2 anak atau bayi yg masih dlm rahim ibu. 3 kantung tempat anak dlm perut ibu; rahim.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ajuk II; mengajuk 1. menduga (dalamnya laut dll): dalam laut boleh diajuk, dalam hati siapa tahu; 2. menguji utk mengetahui isi hati (perasaan, fikiran): dlm mengkaji ini­lah terkeluar kata-kata ~, duga-menduga; ajukan dugaan, ujian, terkaan; keajukan diketahui dalam (isi hati, perasaan); dalam sudah ~, dangkal sudah keseberang­an prb telah diketahui benar isi hatinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kandungan1. apa-apa yg termuat di dlm sesuatu;isi: ~ buku itu sangat baik. ~ hati apa-apa yg tersimpan (tersirat) dlm hati; isi hati. 2. anak atau bayi yg masih dlm rahim ibu. 3. kantung tempat anak dlm perut ibu; rahim.Kamus Pelajar
bercerita panjangki menyatakan isi hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
perut I1. bahagian depan tubuh di bawah dada: ~nya buncit; isi ~ a) kandungan perut (segala­gala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati); membawa ~ berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu apa pun); 2. organ dlm tubuh tempat penghadaman ma­kanan (perut besar dan usus dll): makanan yg ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ utk dicerna; 3. ki tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan: apabila sampai ketikanya anak itu lahir dr ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pd masa kecil; 4. bk makanan, rezeki: jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yg diharapkan? 5. sesuatu (bahagian sesuatu) yg rupanya (bentuknya, letaknya, dll) spt perut manusia; ~ daun bahagian daun (rokok) yg mengan­dungi tembakau; ~ kapal bahagian dalam kapal sebelah bawah; ~ kereta bahagian sebelah bawah kereta; 6. ark bahagian drpd suku atau bangsa; buah ~ Mn orang-orang dlm sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ besar a) alat dlm tubuh yg menyerupai kan­tung tempat penghadaman makanan; b) bp bunting, mengandung; ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam (lwn permukaan bumi); ~ buta = ~ buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum; ~ kaki a) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki); ~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yg di tengah-tengah; ~ laut bahagian yg dalam di bawah permukaan laut; ~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pen­cernaan makanan yg berupa saluran yg pan­jang berlingkar-lingkar); ~ padi bahagian batang padi yg besar; ~ besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu milik­nya sendiri atau tidak; ~ buncit lama-lama menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya; ~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan); ~ panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah); mencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke negeri lain utk mencari peng­hidupan; tak berkelipat ~ prb orang yg tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri; tiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat dilepaskan drpd hukuman); seperut 1. sama-sama dr satu perut; 2. Mn berkeluarga kerana mempunyai nenek perem­puan yg sama; berperut 1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut (besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya sedang muda, sedang mulai ~; memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dll): ~ ikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas