Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.si.rung] | ايسيروڠ

Definisi : bahagian isi pd tempurung sesuatu buah spt kelapa dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.si.rung] | ايسيروڠ

Definisi : bahagian isi pd tempurung sesuatu buah (kelapa dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata isirung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya, yang mana satu ejaan sebenar antara "isirong" dan "isirung" (kernel)? Sebab kedua-duanya wujud di dalam kamus dalam talian pihak tuan/puan. Terima kasih terlebih dahulu atas maklum balas pihak tuan/puan.Ejaan yang tepat ialah isirung. Kami memohon maaf atas kesilapan ejaan yang wujud dalam PRPM.Tatabahasa03.06.2013
Assalamualaikum. 1. Dalam Kamus Dewan perkataan REHAT dan RAHAT boleh digunakan. Tetapi kenapa tidak boleh digunakan untuk perkataan ISTIREHAT dan yang disarankan ialah ISTIRAHAT. 2.Perkataan ISI PADU dijarakkan dan kenapa ISIRUNG dieja rapat? 3. Bagaimanakah untuk mengenal sesuatu perkataan itu dieja rapat atau jarak bagi dua kata dasar. Contohnya LALU LINTAS, JURUAZAN,JURUDALAM, TEMU BUAL, TEMU DUGA dan sebagainya.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu.
Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna.  Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Walau bagaimanapun, bagi perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri (yang tidak mempunyai maksud) seperti rung dan juru, kata majmuk dieja rapat.
Tatabahasa08.07.2014

Kembali ke atas