Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.so.bar] | ايسوبر

Definisi : (Geo) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama tekanan atmosferanya pd waktu tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata isobar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
isobarisobarPerikananTiadaGarisan pada graf, plot atau peta yang menunjukkan tekanan udara yang sama pada waktu tertentu. Isobar penting dalam ramalan kaji cuaca. Contohnya, isobar menentukan arah angin, ribut atau keadaan laut. Pemancing biasanya akan merujuk isobar pada peta ramalan cuaca untuk mengetahui keadaan cuaca sebelum keluar memancing.
isobarisobarSainsHidrometeorologiGaris yang menunjukkan tekanan sama atau malar, atau suatu isoplet tekanan. Isobar digambarkan sebagai garis yang dilukis melalui semua titik yang mempunyai tekanan atmosfera yang sama di sepanjang permukaan rujukan tertentu, seperti permukaan ketinggian malar (biasanya aras laut min pada permukaan carta) permukaan bumi isentropi, satah menegak suatu keratan rentas sinoptik, dan lain-lain. Pola isobar selalunya menjadi perkara utama dalam analisis carta permukaan, sehingga akhir-akhir ini melukis isobar dengan selang 3-mb merupakan tatacara piawai. Walau bagaimanapun penggunaan carta tekanan malar untuk analisis udara atas kemudiannya telah memperkenalkan selang 4�mb untuk memudahkan pertukaran dari permukaan isobar kepada garis kontur 1000�mb.
isobarisobarMeteorologiMeteorologi PerhubunganGaris yang menunjukkan tekanan sama atau malar, atau suatu isoplet tekanan. Isobar digambarkan sebagai garis yang dilukis melalui semua titik yang mempunyai tekanan atmosfera yang sama di sepanjang permukaan rujukan tertentu, seperti permukaan ketinggian malar (biasanya min aras laut pada carta permukaan), permukaan bumi isentropi, dan satah menegak suatu keratan rentas sinoptik. Pola isobar selalunya menjadi perkara utama dalam analisis carta permukaan, sehingga akhir-akhir ini lakaran isobar dengan selang 3 hpa merupada tatacara piawai. Walau bagaimanapun, penggunaan carta tekanan malar untuk analisis udara atas kemudiannya telah memperkenalkan selang 4 hpa untuk memudahkan pertukaran dari permukaan isobar kepada garis kontur 1000 hPa.
isobarisobarKimiaTiada1. Lengkung yang menghubungkan kuantiti yang diukur pada tekanan yang sama, seperti graf isi padu gas lawan suhunya pada tekanan malar. 2. Atom yang nombor atomnya berbeza, tetapi nombor jisinya sama. Misalnya, Ar dengan Ca. Isobar terdiri daripada unsur yang berlainan, oleh itu ciri-cirinya juga berlainan. (Rujuk MSS. 73)
isobarisobarFizikTiadaTiada
isobarisobarGeografiTiada2. Garisan pada peta yang menandakan kawasan yang mempunyai tekanan atmosfera yang sama.
isobarisobarPerubatanTiada1. Salah satu daripada spesies kimia yang mempunyai berat atom yang sama, tetapi berlainan nombor atom.,2. Garisan pada peta yang menandakan kawasan yang mempunyai tekanan atmosfera yang sama.
isobarisobarKejuruteraanTiadaTiada
isobarisobarKimiaTiadaTiada
isobarisobarUndang-undangTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas