Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.ta.na] | ايستان

Definisi : rumah kediaman raja atau ketua negara; bumi ~ ki tanah air (tempat tumpah darah); beristana tinggal di istana, mempunyai istana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.ta.na] | ايستان

Definisi : rumah tempat kediaman raja atau kepala negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
istana (kata nama)
Bersinonim dengan mahligai, puri, keraton, kedalaman, palis, rumah raja.,

Puisi
 

Hari raya sembahyang raya,
     Raja berangkat dari istana;
Dari daya dan upaya,
     Tiada rotan akar berguna.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a)Adik membina istana daripada pasir. atau b)Adik membina istana pasir. (a) atau (b) yang betul?a) Adik membina istana daripada pasir. atau b)Adik membina istana pasir. Kedua-dua ayat tersebut betul, ayat pertama memberitahu daripada apa istana itu dibina dan ayat kedua memberitahu jenis istana yang dibina.Tatabahasa17.01.2012
Apakah fungsi-fungsi bahasa istana?Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran, dan sebagainya.Lain-lain08.09.2006
Adakah bahasa istana melambangkan budaya penuturnya? Apakah bahan-bahan rujukan yang bersesuaian yang boleh di rujuk berkaitan soalan di atas?Ya, kerana penutur bahasa istana berasimilasi dengan budaya istana. laras dan ungkapan khusus dalam bahasa tersebut. Untuk maklumat lanjut Sdr. bolehlah membaca buku tentang bahasa istana yang ditulis oleh Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBp dan makalah lain tentang perkara ini.Lain-lain19.08.2006
apakah bersalin/melahirkan,terima kasih, dan datang yang digunakan dalam bahasa istana?Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran dan sebagainya yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Saudara boleh merujuk perkara ini di Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, Jabatan Perdana Menteri.   Istilah26.04.2009
Saya ingin mendapatkan rujukan bagi saya menamakan ruangan/bilik-bilik di Istana yang mencerminkan imej Istana Negara sebagai institusi Diraja.Penamaan bilik atau dewan boleh dibuat berdasarkan nama yang berkaitan dengan diraja seperti nama-nama sultan/Yang Dipertuan Agong, nama klasik di istana zaman dahulu, bunga, tumbuhan, bintang, batu permata dan sebagainya bergantung pada konsep yang hendak ditonjolkan. DBP ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan sebagai panduan umum dalam penamaan tempat awam. Walau bagaimanapun jika puan memilih untuk menamakan bilik dengan konsep yang tertentu, silalah rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain27.06.2012
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang maksud "dukacita". Merujuk kepada Kamus Dewan (laman PRPM), dukacita mempunyai definisi susah hati dan sedih. Namun begitu, merujuk kepada laman Istana Negara berkenaan bahasa istana (http://www.istananegara.gov.my/bahasa-istana/) perkataan ke-14 dalam senarai perkataan menunjukkan Dukacita (bahasa Awam) seerti dengan Marah atau Murka dalam bahasa istana. Mohon penjelasan dan pencerahan untuk penggunaan perkataan dukacita. Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan Kamus DBP memberikan maksud perkataan yang lazim digunakan. Walau bagaimanapun, sesuatu perkataan boleh membawa maksud yang berbeza mengikut konteks atau laras penggunaannya. Contohnya, perkataan dukacita bermaksud perasaan sedih atau susah hati dalam konteks umum, namun dalam laras bahasa istana perkataan dukacita hendaklah dibaca dengan maksud yang dinyatakan dalam konteks tersebut.Tatabahasa30.07.2021
Apabila seseorang hamba ingin mengadu/memaklumkan sesuatu peristiwa/perkara kepada raja, apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk “mengadu” (bahasa istana)? Contohnya, bahasa istana bagi “tidur” ialah beradu. Saya telah merujuk beberapa laman web yang memberikan bahasa istana. Namun demikian, saya tidak dapat mencari perkataan yang digunakan untuk merujuk “mengadu”. Bolehkah perkataan “mengadu” digunakan atau apakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan? Mohon beri tunjuk ajar. Terima kasih.Dalam sumber rujukan kami tidak ada padanan untuk perkataan mengadu dalam bahasa diraja, lagipun bahasa diraja terhad perbendaharaan katanya dan tidak semua kata ada padanannya dalam bahasa diraja.  Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Bahasa Diraja yang ditulis oleh Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tatabahasa07.06.2010
Apakah definisi bahasa istana? Apakah ciri-cirinya dan fungsi-fungsinya ?Bahasa istana atau bahasa dalam merupakan bahasa komunikasi keluarga diraja, ketua negeri dan ketua negara yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut saudara bolehlah mendapatkan buku berkaitan bahasa istana yang berada dalam pasaran atau hubungi bahagian Adat Istiadat, Istana Negara.Makna05.09.2006
Salam, sy keliru, titah ydpa semalam yg berbunyi “ydpa dukacita”, adakah dukacita bermaksud marah dlm bahasa istana? Kalau rujuk di portal istana negara, dukacita bahasa awam = murka bahasa istana. Blh jelaskan?Dukacita bermaksud duka, susah (sedih) hati. Manakala murka bermaksud marah. Oleh itu, dukacita juga digunakan sebagai bahasa istanaLain-lain30.07.2021
Bolehkah saya menggunakan nama "RSSTORAN ISTANA AYAM KAMPUNG" sebagai nama restoran saya.Perkataan "istana" tidak sesuai digunakan dalam konteks ini kerana "istana" bermaksud rumah kediaman raja atau ketua negara. Bentuk yang betul ialah RESTORAN AYAM KAMPUNG atau RESTORAN AYAM KAMPUNG ... (diikuti oleh perkataan lain seperti nama orang dan sebagainya). Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain18.11.2014
12345678910...

Kembali ke atas