Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
menoramenoraKesusasteraanTiadaPersembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Pada suatu ketika dahulu, menora merupakan teater popular di selatan Thailand. Menora mempersembahkan cerita-cerita Buddhist Jataka, cerita dongeng dan mitos. Antara cerita tempatan yang dipersembahkan ialah Peak Prod � Pahlawan Kedah, Lakanawong �Pahlawan Thai, Chau tha Kirruk � isteri curang, Sinrad � tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah dilarikan oleh raksasa, Chaychid � putera remaja, perkelahian dan pembunuhan di antara isteri-isterinya, Darawong � cerita cinta, Chaukrey � cerita seorang Puteri Manora, dan Khrubuk � cerita Pahlawan Thai. Persembahan menora hampir sama seperti makyung, iaitu mengabungkan unsur-unsur dialog, muzik dan tari. Kumpulan muziknya mengandungi alat-alat pi (serunai), klong (sebiji geduk), tharp (sepasang gedombak), mong, cing dan cerek. Gerak tari merangkumi 12 peringkat abjad tari yang ditunjukkan dalam persembahan pembukaan Sembah Guru � Wai kru. Antara lain gerak tari mengiringi nyanyian pada akhir setiap adegan atau pada permulaan adegan apabila watak memperkenalkan dirinya. Watak utama dalam menora ialah: (a) Watak kayangan seperti dewa, gergawi, raksasa, kinaree. (b) Watak kaum kerabat diraja seperti raja, permaisuri, putera dan puteri. (c) Peran atau pelawak. (d) Orang biasa seperti dayang dan orang kampung. Struktur persembahan menora merangkumi empat bahagian, iaitu: (a) Wai kru � sembah guru. (b) Wrai na tret � tarian dan nyanyian. (c) Leukamprat pleng ton � watak utama menyembah gendang. (d) Cabbot � cerita. Asal usul menora masih lagi kabur dalam mitos dan dongeng. Menora dibawa masuk dari selatan Thailand ke Kelantan yang dahulunya merupakan jajahan Negara Thai. Pada tahun 1950, menora dipentaskan di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk meraikan perayaan hari Wesak (hari kelahiran Buddha), Hari Thambun (upacara berhala), upacara menandakan kesyukuran dan sebagai persembahan komersial. Menora dikenali sebagai nora. Lihat juga makyung.
makyungmakyungKesusasteraanTiadaTeater tradisional yang menggunakan unsur-unsur ritual, tarian, muzik, lagu, lakonan, cerita dan dialog yang bersifat formal dan improvisasi. Makyung dipercayai berasal daripada istana Patani dan dibawa masuk ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu. Makyung merupakan sebuah teater yang menggabungkan struktur persembahan dengan gaya yang dilebih-lebihkan. Makyung tidak mempunyai prop atau set realistik tetapi hanya menggunakan beberapa peralatan seperti pemiat (ikatan rotan tujuh batang) dan selendang yang boleh mewakili pelbagai benda fizikal. Tempat dan lokasi digambarkan melalui dialog. Pertukaran tempat pula dilambangkan melalui pergerakan pelakon dalam sebuah bulatan dengan iringan lagu barat anjur. Antara cerita yang dipersembahkan oleh makyung ialah Raja Sakti, bongsu sakti, Dewa Muda, Raja Tangkai Hati dan Puteri Timun Muda. /watak utama dalam makyung ialah Pakyung, Makyung, Puteri Peran Tua, Peran Muda, Tok Wok, Jin Gergasi, Jong Dong Dang dan Orang Kampung. Muzik memainkan peranan penting dalam persembahan makyung. Alat muzik terdiri daripada alat rebah, sepasang gendang dan sepasang gong dengan tambahan alat serunai, canang dan kesi. Persembahannya bermula dengan upacara �buka panggung� yang diakui dengan upacara �menghadap rebab�. Antara tokoh makyung ialah Primadona Khatijah Awang (Pasir Mas) dan sepasang suami isteri, Ali Ibrahim dan Rahimah Zakaria.

Kembali ke atas