Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.ti.Öa.dat] | استعادت

Definisi : 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~; mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.ti.Öa.dat] | استعادت

Definisi : 1 peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; adat kebiasaan; resam: Budak itu masih tidak tahu akan ~ raja-raja. adat ~ berbagai-bagai adat yg menjadi kebiasaan. 2 majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa; upacara: ~ penyampaian hadiah telah diadakan pd sebelah malamnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Jalan diasak orang lalu,
     cupak dipepat orang menggalas.

Bermaksud :

Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKAIAN ISTIADAT

PAKAIAN ISTIADAT, pakaian khusus untuk sesuatu istiadat. Tradisi amalan memakai pakaian istiadat ini diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu dahulu.

BUDAYAPakaian
PAIP PERDAMAIAN

Paip perdamaian juga dikenali sebagai calumet,

ialah istiadat menghisap paip tembakau yang

diamalkan oleh masyarakat Orang Asli Amerika di

Amerika Utara sebagai tanda keamanan dan

persahabatan.

UMUM 
KENANG-KENANGAN SELANGOR

KENANG-KENANGAN Selangor, buku salasilah dan adat istiadat pemerintahan Kesultanan Selangor.  Buku ini ditulis oleh Wan Mohd. Amin Wan Mohd. Said, Dato' Amar Diraja Penghulu Istiadat Selangor Darul Ehsan.  Buku ini diterbitkan pada bulan Julai 1937 oleh The New Klang Press, Edisi kedua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1966)) dalam tulisan Rumi, dengan judul Pusaka Selangor dan disunting oleh Abdul Samad Ahmad.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK

ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK, upacara menabalkan Sultan Perak yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Upacara dimulai dengan istiadat mengangkat sumpah di hadapan jenazah almarhum sultan sebelum jenazah dimakamkan. Walau bagaimanapun, istiadat pertabalan yang lain boleh dan biasanya diadakan beberapa bulan atau setahun kemudiannya.

           

BUDAYAKonsep
PAKAIAN PERTABALAN

PAKAIAN PERTABALAN, pakaian istiadat raja atau sultan pada hari pertabalan baginda.   Dalam istiadat Melayu, pakaian yang dipakai pada hari pertabalan tidak dianggap sebagai satu alat kebesaran.  Pakaian yang dijadikan alat kebesaran terpenting ialah tengkolok diraja.

BUDAYAPakaian
PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN

PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN, pakaian yang dipakai oleh seseorang semasa menziarah kematian atau melawat jenazah.  Dalam sesuatu istiadat ziarah dan penghormatan terakhir kemangkatan diraja, pakaian lelaki Islam adalah pakaian seragam atau uniform yang mirip kepada pakaian istiadat yang dipakai oleh pasukan beruniform.  Pakaian lain iaIah sepasang baju Melayu yang lengkap tetapi tidak ditentukan warnanya.  Keluarga diraja pula memakai baju Melayu berwarna putih dan bersongkok.  Bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih, selebar lebih kurang 3.5 cm.

BUDAYAPakaian
MAJLIS ISLAM SARAWAK

MAJLIS ISLAM SARAWAK, badan tertinggi dalam sistem pentadbiran Islam di Sarawak. Badan ini ditubuhkan pada tahun 1954 dengan nama Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu. Pada masa itu, badan ini bukan sahaja mengurus hal ehwal Islam tetapi juga upacara-upacara diraja warisan kebudayaan Melayu. Pada tahun 1971, bahagian ‘Adat Istiadat’ dalam badan tersebut digugurkan dan sejak itu Majlis Islam Sarawak menumpukan perhatian semata-mata kepada hal ehwal agama.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
ADAT PERTABALAN SULTAN KEDAH

ADAT PERTABALAN SULTAN KEDAH, upacara menabalkan Sultan Kedah yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Bagi Negeri Kedah Darul Aman, peraturan istiadat pertabalan dibuat pada zaman pemerintahan Sultan Rijaluddin ibni Sultan Sulaiman (1625-1653) iaitu Sultan Kedah yang ke-13, yang bersemayam di Kota Naga.

           

BUDAYAKonsep
ADAT PERTABALAN SULTAN KELANTAN

ADAT PERTABALAN SULTAN KELANTAN, upacara menabalkan Sultan Kelantan yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Adat pertabalan Sultan Kelantan yang diamal hingga sekarang bermula semenjak zaman pemerintahan Sultan Long Yunus (m.m. 1763-1798). Walau bagaimanapun, adat istiadat pertabalan ini berubah dari semasa ke semasa, terpulang kepada pihak istana.

           

BUDAYAKonsep
ADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

ADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG, upacara menabalkan sultan yang dilantik oleh Majlis Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong. Upacara ini diadakan lima tahun sekali dan penuh dengan adat istiadat diraja.

           

BUDAYAKonsep
123

Kembali ke atas