Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.ti.Öa.dat] | استعادت

Definisi : 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~; mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.ti.Öa.dat] | استعادت

Definisi : 1 peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; adat kebiasaan; resam: Budak itu masih tidak tahu akan ~ raja-raja. adat ~ berbagai-bagai adat yg menjadi kebiasaan. 2 majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa; upacara: ~ penyampaian hadiah telah diadakan pd sebelah malamnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Jalan diasak orang lalu,
     cupak dipepat orang menggalas.

Bermaksud :

Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
customsadat-istiadatadat-istiadatadat-istiadatAntropologi
ceremonyupacaraistiadat/upacaraistiadat/upacaraAntropologi
ceremonial routelintasan upacaralaluan istiadatlaluan istiadatPertanian
ceremonial gardentaman upacarataman istiadattaman istiadatPertanian
ceremonial calendarkalendar upacarakalindar istiadat/upacarakalendo istiadatAntropologi
ceremonial toolsperalatan upacaraalat istiadat/upacaraalat istiadat/upacaraAntropologi
ceremonial introductiontempat awaltempat mula istiadattempat mula istiadatPertanian
ceremonial entrancejalan masuk upacarajalan masuk istiadatjalan masuk istiadatPertanian
ceremonial approachruang masuk upacararuang masuk istiadatruang masuk istiadatPertanian
moresadat istiadatadat resam/moresadat resam/moresPendidikan

Kembali ke atas