Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.ti.Öa.dat] | استعادت

Definisi : 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~; mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.ti.Öa.dat] | استعادت

Definisi : 1 peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; adat kebiasaan; resam: Budak itu masih tidak tahu akan ~ raja-raja. adat ~ berbagai-bagai adat yg menjadi kebiasaan. 2 majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa; upacara: ~ penyampaian hadiah telah diadakan pd sebelah malamnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Jalan diasak orang lalu,
     cupak dipepat orang menggalas.

Bermaksud :

Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Keris IstiadatKeris IstiadatKerisTiadaKeris yang digunakan dalam istiadat kebesaran.
court dresspakaian istanaKesenianTiadaPakaian dan alatan yang digunakan untuk adat istiadat harian dan istiadat tertentu di dalam istana semasa menghadap raja.
ceremonial approachruang masuk istiadatLandskapTiadaRuang masuk ke dalam istana yang digunakan ketika berlangsungnya istiadat.
ceremonial entrancejalan masuk istiadatLandskapTiadaJalan masuk utama ke istana yang digunakan sewaktu berlangsungnya sesuatu istiadat.
ceremonial orderperaturan istiadatSejarahTiadaPeraturan atau undang-undang yang ditetapkan dalam hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat.
ceremonial sitetapak istiadatArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak untuk upacara penyembahan yang mempunyai binaan monumen, tugu peringatan, kuil, ukiran kayu dan batu. Sekiranya tapak istiadat besar dan luas, biasanya terdapat kawasan kediaman di tapak ini. Contohnya, tapak yang didiami oleh golongan pentadbir politik dan agama di Teotihuacan, Mexico.
investitureistiadat pengurniaanPentadbiranTiadaTiada
investitureistiadat pengurniaanSains PolitikTiadaTiada
ceremonyistiadat; upacaraUndang-undangTiadaTiada
investitureistiadat pengurniaanSejarahTiadaTiada
1234

Kembali ke atas