Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.ti.mé.wa] | ايستيميوا

Definisi : (istiméwa) 1. khas (utk sesuatu tujuan tertentu), khusus: kami melihat pertunjukan itu dr satu pentas ~; gabungan sel yg ~ utk menghantar utusan ke bahagian-bahagian badan dinamakan tisu saraf; 2. lain drpd yg lain, luar biasa: rombongan muhibah itu telah diberi layanan yg paling ~; soal bahasa Kebangsaan menerima perhatian yg ~ dlm perdebatan Dewan Rakyat; 3. = ~ lagi = ~ pula apa lagi, betapa lagi, lebih-lebih lagi, terutamanya: negeri tuan hamba lagi dikalahkannya, ~ tuan hamba seorang; sedangkan orang tua-tua tidak dapat menyelesaikan perkara itu ~ pula kanak-kanak; mengistimewakan mengekhaskan, mengutamakan, meluarbiasakan: kedudukan Malaya samalah dgn negara-negara lain yg ~ pengeluaran satu atau dua jenis barang utk eksport; tidak ada seorang pun yg diistimewakan dlm undang-undang negeri ini; teristimewa 1. yg sangat khas, yg luar biasa, terkhusus: perkara yg ~ berkenaan dgn keris ini ialah kerana ia mempunyai mata dan hulu seiras; 2. = ~ lagi = ~ pula terlebih lagi, terutama: tersangatlah susah hati Mak Andeh, ~ pula makan pun tiada berlauk; keistimewaan perihal istimewa: ia mempunyai beberapa ~ jika dibandingkan dgn kawan-kawannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.ti.mé.wa] | ايستيميوا

Definisi : /istiméwa/ 1 khas utk maksud tertentu: Utk mereka, telah disediakan sebuah pentas yg ~. 2 tidak sama dgn yg lain; lain drpd yg lain: Kami telah menerima hadiah yg ~ drpd penduduk pekan kecil itu. ~ pula (lagi) lebih-lebih lagi; terutama pula; apa lagi. keistimewaan hal-hal yg istimewa; kelebihan; keutamaan: Satu ~ unta ialah binatang itu dpt berjalan beberapa hari tanpa makan atau minum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
istimewa (adjektif)
1. Bersinonim dengan khas: khusus, tertentu, utama, ulung,

2. Bersinonim dengan luar biasa: tersendiri, unik, unggul,
Berantonim dengan biasa

Kata Terbitan : mengistimewakan, keistimewaan,

Peribahasa

Belum sekuku.

Bermaksud :

Amat sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Istimewa Buat Mak dan AbahUmi Kalsum Haji HusinMingguan Wanita13 April 2007
Istimewa untuk calon tetamu Allah [Ulasan buku Puncak Jihad karya Anismas AR]Saira SalimDewan Sastera1 February 2009
Istimewa Buat IbukuNur Bt ShaariMingguan Wanita2 May 2008
IstimewaNazira Mohd. NoorJelita1 August 2007
Istimewa Buatmu PuterakuHasniza FauziSeri Dewi dan Keluarga1 June 2003
Istimewa Buat GuruRosnah HusseinSeri Dewi dan Keluarga1 June 2003
Terlalu Istimewa juara AJL21TiadaDewan Budaya1 March 2007
Terlalu IstimewaNurhazmaKonsep1 September 2008
hadiah Istimewa UntuknyaMohd Hashim OsmanPelita Bahasa1 July 2008
Hak Istimewa Dilema Pengumpul ModalZulkifli SallehDewan Budaya1 March 2001
123456

Kembali ke atas