EJAAN BAGI " PUSAT ISTIRAHAT" | Ejaan ISTIRAHAT adalah betul. | Ejaan | 23.12.2011 |
TEMPAT ISTIRAHAT THE AVENUE Dimiliki oleh Mitramas Sdn Bhd (154392-K) | Penggunaan bahasa dalam iklan tuan betul. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 07.07.2015 |
Manakah yang betul? “ruang istirehat koktel” atau “ruang istirahat koktel”? | Frasa yang betul ialah “ruang koktel” atau “ruang istirahat” atau “ruang istirahat dan koktel” mengikut konteks penggunaan dan ayat. | Tatabahasa | 01.05.2024 |
Selamat pagi , 1. Adakah perkataan "isytirahat" betul ???atau istirahat. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah istirahat. | Istilah | 04.08.2010 |
Kenapa perkataan yang betul ialah istirahat sedangkan perkataan asal diambil daripada rehat-berehat. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 28.04.2020 |
Edy Raden. Isu ejaan betul dan ejaan salah. Istirahat tu idea siapa? Dh elok istirehat bukan? Se-Malaysia.. x perlulah bersempang bagai.. dan byk ejaan yg dipaparkn td menunjukkn pengubahnya mempunyai idea dan pendirian yg tidak tetap dan berfantasi yg mengarut.. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu. Ejaan yang betul ialah se-Malaysia. Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Contoh lain: se-Nusantara dan se-Tanah Melayu. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 27.02.2015 |
1) Saya sering diminta penjelasan oleh murid-murid: i)mengapa "istirahat" sedangkan kata dasarnya adalah "rehat". ii) Mengapa ejaan "stoking" tidak "stokin". Mohon tuan bantu saya untuk beri hujah yang dapat meyakinkan murid-murid 12 tahun ke bawah. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan perkataan stoking yang merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris stocking. | Istilah | 13.03.2009 |
releksaksi - adakah perkataan ini wujud ? jika ya apakah maksudnya. terima ksih | Perkataan relaksasi terakam dalam Kamus Dewan tetapi dilabelkan sebagai bp, iaitu bahasa percakapan yang bermaksud istirahat. Oleh itu, dalam konteks rasmi perkataan istirahat yang digunakan. | Istilah | 13.07.2012 |
Isti rahat @ isty rahat | Istirahat | Lain-lain | 13.06.2007 |
Assalamualaikum. 1. Dalam Kamus Dewan perkataan REHAT dan RAHAT boleh digunakan. Tetapi kenapa tidak boleh digunakan untuk perkataan ISTIREHAT dan yang disarankan ialah ISTIRAHAT. 2.Perkataan ISI PADU dijarakkan dan kenapa ISIRUNG dieja rapat? 3. Bagaimanakah untuk mengenal sesuatu perkataan itu dieja rapat atau jarak bagi dua kata dasar. Contohnya LALU LINTAS, JURUAZAN,JURUDALAM, TEMU BUAL, TEMU DUGA dan sebagainya. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Walau bagaimanapun, bagi perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri (yang tidak mempunyai maksud) seperti rung dan juru, kata majmuk dieja rapat. | Tatabahasa | 08.07.2014 |