Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ti.ne.ra.ri] | ايتينراري

Definisi : program sesuatu perjalanan atau lawatan (termasuk tempat-tempat yg dikunjungi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itinerari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, pohon semak arahan berikut, terima kasih. a. Nyatakan alasan terhadap program pertukaran pilihan anda. atau Nyatakan alasan mengapa anda memilih program tersebut. b.Bincangkan dengan rakan anda dan bentangkan hasil dapatan tersebut. atau Bincangkan bersama-sama dengan rakan anda dan bentangkan hasil perbincangan tersebut. c. Tuliskan Kanji di tempat yang bergaris. atau Tuliskan Kanji pada ruangan yang bergaris. atau Tuliska Kanji di ruang yang bergaris. d. Tahukah anda tentang amalan hidup orang Jepun? Dapatkan maklumat dan lengkapkan jadual berikut. atau Tahukah anda tentang kehidupan seharian orang Jepun? Dapatkan maklumat daripada sumber yang sesuai dan lengkapkan jadual yang disediakan. e. Rakan-rakan anda menceritakan tentang perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian mereka. Bina ayat berdasarkan contoh. atau Rakan-rakan anda menceritakan tentang perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka. Bina ayat berdasarkan contoh. f. Baca itinerari yang disediakan oleh Zul. atau Baca jadual yang disediakan oleh Zul. g. Apabila kita memperkatakan negara Jepun,,,,,, atau Apabila kita memperkatakan tentang negara Jepun....1. Nyatakan alasan terhadap program pertukaran pilihan anda.
2. Bincangkan bersama-sama rakan anda dan bentangkan hasil dapatan tersebut.
3. Tuliskan Kanji pada ruangan yang bergaris.
4. Tahukah anda tentang kehidupan seharian orang Jepun? Dapatkan maklumat daripada sumber yang sesuai dan lengkapkan jadual yang disediakan.
5. Rakan-rakan anda menceritakan perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka. Bina ayat berdasarkan contoh.
6. Lihat jadual yang disediakan oleh Zul.
7. Apabila kita memperkatakan negara Jepun...
Tatabahasa11.05.2014

Kembali ke atas