Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itu

Puisi
 

Api siapa di teluk itu,
     Tempat budak membakar kurau;
Anak siapa secantik itu,
     Bolehkah kami menumpang gurau.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(267)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
renggah[Ò«N.gAh]kata namaketawa atau menangis kuat.Ari itu depa gelak renggah tengok orang bersilat telondeh seluaq.[A.Òi itu dE.pA g«.lA/ Ò«N.gAh tE.N/ .ÒAN b«.si.lAt t«.lon.dEh s«.lu.wA)Ö]Hari itu, mereka ketawa besar kerana melihat pesilat itu tertanggal seluarnya.
kerunaeh[k«.Òu.nAEh]kata kerjamenggaru atau mengopek dengan cara yang perlahan dengan hujung jari; kerumit.Dia kerunaeh kerupin kude dia itu sampai bedarah.[di.jA k«.Òu.nAEh k«.Òu.pin ku.dE di.jA itu sAm.pAj b«.dA.ÒAh]Dia mengopek keruping kudisnya itu sehingga berdarah.
cenoram[tS«.no.ÒAm]kata adjektifcuram.Hampa jangan dok maen kat cenoram, tempat tu bahaya.[hAm.pA dZA.NAn do/ mAen kAt tS«.no.ÒAm t«m.pAt tu bA.hA.jA]Kamu jangan bermain di tempat yang curam itu kerana tempat itu berbahaya.
merah bejehang[mE.ÒAh b«.dZ«.hAN] sangat merah, merah menjahang; merah bejahang.Depa sapu cat kereta bomba itu sampai merah bejehang.[dE.pA sA.pu tSAt k«.ÒE.tA bom.bA tu sAm.pAj mE.ÒAh b«.dZ«.hAN]Mereka mengecat kereta bomba itu sampai terlalu merah.
het-het[het.het]kata tugassemenjak itu.Het-het tu depa tak bertegoq sapa lagi.[het.het tu dE.pA tA/ b«.t«.gâÖ sA.pA lA.gi]Semenjak itulah mereka tidak lagi bertegur-sapa.
   2. mencuri atau mengambil kesemuanya, mengebas, kebas.Budak dadah tu rembat semua baju hak depa jemoq tu.[bu.dA/ dA.dAh tu ÒEm.bAt s«.mu.wA bA.dZu hA/ dE.pA dZ«.m)Ö tu]Budak penagih dadah itu mengebas kesemua pakaian di ampaian itu.
tentayu[t«n.tA.ju]kata namaangkuk perahu yang berbentuk jentayu.Perau hak menang tu cantek sunggoh pasai dia guna tentayu.[p«.ÒAu hA/ m«.nAN tu tSAn.te/ suN.goh pA.sAj di.jA gu.nA t«n.tA.ju]Perahu itu menang pun patut kerana angkuknya yang berbentuk jentayu itu sangat cantik.
mam[mAm]kata kerjamengisap susu (menetek).Budak tu teriak pasai nak mam.[bu.dA/ tu t«.Òi.jA/ pA.sAj nA/ mAm]Budak itu menangis kerana hendak menyusu.
maneh silut[mA.nEh si.lut] agak masam.Buah hak depa makan nak maneh silut, pasai buah tu dah lasu.[bu.wAh hA/ dE.pA mA.kAn nA/ mA.nEh si.lut pA.sAj bu.wAh tu dAh lA.su]Buah yang dimakan oleh mereka itu agak masam sedikit kerana buah itu sudah lasu.
nasik tangaeh[nA.si/ tA.NAEh] perbuatan isteri yang jahat untuk membodohkan suaminya dengan cara memperbomohkan melalui nasi yang bercampur najis. Nasi yang dibubuh kotoran najis dengan jampi serapah itu diberi makan kepada suami agar menurut kata, tidak melawan malah menjadi seolah-Bini deraka hak bagi laki dia makan nasik tangas tentu jadi isi neraka.[bi.ni d«.ÒA.kA hA/ bA.gi lA.ki di.jA mA.kAn nA.si/ tA.NAEh t«n.tu dZA.di i.si n«.ÒA.kA]Isteri durhaka yang memberi suaminya makan nasi tangas tentu akan menjadi isi neraka.
12345678910...

Kembali ke atas