Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itu

Puisi
 

Api siapa di teluk itu,
     Tempat budak membakar kurau;
Anak siapa secantik itu,
     Bolehkah kami menumpang gurau.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(267)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kuasapowerNombor yang menunjukkan berapa kali sesuatu nombor itu didarabkan dengan nombor itu sendiri. Contohnya, kuasa empat bagi 6 ditulis sebagai 64, yang bermakna 6 × 6 × 6 × 6. Lihat ContohMenengah Rendah
anggaranestimatePerkiraan kasar sesuatu yang berkaitan dengan nilai, bilangan atau saiz. Contohnya, harga sebuah televisyen ialah RM999. Harga televisyen itu dikatakan lebih kurang RM1000. Nombor 999 menjadi 1000 apabila dibundarkan kepada ratus yang hampir sebagai anggaran harga bagi televesyin itu.Menengah Rendah
puncarootPerihal nombor yang didarabkan dengan nombor itu sendiri, pada kadar tertentu, akan menghasilkan nombor yang diberi. Contohnya, punca kuasa dua bagi 4 ialah 2 kerana 2 × 2 = 4.Menengah Rendah
punca kuasa tigacube rootPerihal nombor yang didarabkan dengan nombor itu sendiri sebanyak dua kali akan menghasilkan nombor yang diberi. Lihat ContohMenengah Rendah
punca kuasa duasquare rootPerihal nombor yang didarabkan dengan nombor itu sendiri sebanyak sekali akan menghasilkan nombor yang diberi. Lihat ContohMenengah Rendah
kuasa tigacubeNombor yang menunjukkan sesuatu nombor didarabkan dengan nombor itu sendiri sebanyak dua kali. Contohnya, kuasa tiga bagi 4 ditulis sebagai 4³, yang bermakna 4 × 4 × 4.Menengah Rendah
kuasa duasquareNombor yang menunjukkan sesuatu nombor didarabkan dengan nombor itu sendiri. Contohnya, kuasa dua bagi 4 ditulis sebagai 4², yang bermakna 4 × 4.Menengah Rendah
titik tak berubahinvariant point1. Titik yang menjadi nilai kepada titik itu sendiri berdasarkan fungsinya. 2. Titik yang kekal sama kedudukannya selepas proses penjelmaan.Menengah Atas
kuasapowerNombor yang menunjukkan bilangan kali sesuatu nombor perlu didarab dengan nombor itu sendiri. Lihat ContohMenengah Atas
dividendividendNombor yang boleh dibahagi dengan nombor yang lain. Contohnya, 8 ÷ 4 = 2. Oleh itu, 8 merupakan dividen.Menengah Atas
123

Kembali ke atas