Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itu

Puisi
 

Api siapa di teluk itu,
     Tempat budak membakar kurau;
Anak siapa secantik itu,
     Bolehkah kami menumpang gurau.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(267)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ATAVISME

Atavisme, yang juga disebut pengembalian , ialah

kemunculan semula secara tiba-tiba sesuatu ciri pada

haiwan atau tumbuhan. Sebelum ini, ciri itu hanya

pernah terdapat pada nenek moyang kuno haiwan

atau tumbuhan itu. Ciri itu muncul semula disebabkan

gen (unit kewarisan) diasing-asingkan semula menjadi

gabungan yang tidak wujud pada nenek moyang baru

(lihat Gen ). Misalnya, beberapa jenis tikus putih dan

tikus hitam mungkin membiak betul-betul menurut

warna sebenarnya selama beberapa generasi.

Tetapi, jika tikus itu dikacukkan, warna anaknya

mungkin kembali kepada warna nenek moyangnya

dan kelihatan berlainan daripada ibu bapanya.

UMUM 
PSORIASIS

Psoriasis ialah sejenis penyakit kulit, yang

dicirikan oleh tompokan tebal yang timbul dan

berwarna merah, dan dilitupi sisik yang putih

keperakan. Pada kebanyakan orang, hanya

tompokan itu sahaja gejala penyakit itu. Tetapi

tompokan itu mungkin memedihkan, pecah dan

berdarah, terutama jika kulitnya radang kerana

digaru. Tompokan itu biasanya terdapat pada siku

dan pada lutut. Namun dalam kes yang teruk,

tompokan mungkin meliputi seluruh tubuh.

Sejenis artritis dikaitkan dengan banyak kejadian

psoriasis, walaupun tompokan kulit itu tidak

menyebabkan artritis.

UMUM 
SÃO TOMÉ DAN PRÍNCIPE

São Tomé dan Príncipe ialah negara Afrika yang

terdiri daripada dua pulau besar dan beberapa pulau

kecil. Dua pulau besar itu ialah Pulau São Tomé dan

Pulau Principe – yang memberi nama kepada negara

itu. Pulau itu terletak di Teluk Guinea, kira-kira 290

kilometer ke barat Libreville, Gabon, di tanah besar

Afrika.

UMUM 
KELESUAN

Kelesuan ialah istilah lain bagi keletihan.

Seseorang itu sering mengatakan bahawa dia

berasa “lesu” apabila letih. Apabila seseorang itu

bekerja kuat, bermain bersungguh-sungguh,

kurang rehat atau kurang tidur, dia boleh berasa

lesu. Dalam kes seperti itu, kelesuan adalah

normal. Daripada pengalaman, adalah diketahui

bahawa perasaan ini akan hilang selepas berehat.

Tetapi kadangkala, kelesuan merupakan suatu

gejala penyakit. Orang yang mengalami penyakit

jasmani sering berasa lesu walaupun hanya

selepas membuat kerja ringan atau menggunakan

sedikit tenaga. Orang seperti ini memerlukan rehat

yang banyak, sering kali jauh lebih banyak

daripada yang diperlukan sekiranya mereka sihat.

Doktor mendapati bahawa kelesuan sering berlaku

jika seseorang itu menghidap banyak jenis

penyakit.

UMUM 
PUNCA

Punca dalam matematik, bermakna kuantiti yang

menghasilkan kuantiti yang khusus apabila punca

itu diambil sebagai faktor untuk beberapa kali

yang telah ditetapkan (lihat Faktor ). Berapa kali

punca itu diambil sebagai faktor dikenali sebagai

indeks . Punca dinamakan daripada indeks-

indeksnya. Oleh itu, punca empat bagi 81 ialah 3,

kerana 3 X 3 X 3 X 3 = 81. Punca yang mempunyai

indeks 2 dan indeks 3 juga dikenali sebagai punca

kuasa dua dan punca kuasa tiga . Punca yang positif

bagi nombor positif p ditunjuk dengan n √p. Oleh

itu, 4 18 = 3 . Simbol itu dikenali sebagai tanda

radikal . Apabila indeks tidak ditunjuk, maka

indeksnya ialah 2.

UMUM 
PROKSI

Proksi ialah ganti. Andaikan, anda diberi tugas

untuk membentangkan satu laporan penting dalam

mesyuarat kelab. Pada hari mesyuarat itu diadakan,

anda tidak sihat untuk menghadiri mesyuarat

tersebut. Oleh sebab itu, anda meminta seorang ahli

kelab bertindak bagi pihak anda. Ahli kelab itu

menjadi proksi anda, dan dia akan membentangkan

laporan anda dalam mesyuarat kelab itu.

UMUM 
NOMBOR PENYEBUT

Nombor penyebut menjelaskan tentang jumlah

sesuatu kuantiti dengan memberi nombor itu unit

dan jenis unit itu membentuk kuantiti. Nombor

penyebut termasuk satu nombor yang boleh ditulis

dalam bentuk nombor atau perkataan, nama atau

simbol satu unit ukuran. Contohnya, enam meter, 90

paun, 7.51 dolar, 18 kilometer, 23 ° C dan empat hari

merupakan nombor penyebut. Lihat juga Unit.

UMUM 
RETAINER

Retainer ialah satu perjanjian yang formal antara

seorang peguam dengan klien yang peguam itu

bersetuju untuk mengambil kes klien itu. Perjanjian

seperti ini dikenali sebagai retainer khas .

UMUM 
KEBARANGKALIAN

Kebarangkalian. Apabila kita menyatakan

bahawa satu peristiwa itu lebih berkemungkinan

berlaku daripada satu peristiwa yang lain, ini

bermakna bahawa peristiwa itu lebih

berkemungkinan akan berlaku.

UMUM 
LIF

Lif ialah alat pengangkutan yang membawa

orang dan barang ke tingkat-tingkat bangunan.

Perkataan lif, biasanya bermaksud gerabak yang

membawa orang atau barang. Tetapi perkataan

ini juga merujuk kepada keseluruhan sistem yang

mengawal pergerakan gerabak itu. Gerabak itu

bergerak ke atas dan ke bawah dalam syaf yang

mempunyai rel pandu keluli untuk menghalang

pergerakan ke sisi. Di Amerika Syarikat lif dikenali

sebagai “elevator”.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas