Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.tu.lah] | ايتوله

Definisi : demikian halnya (akibatnya): ~ kalau suka main judi, ~ anak yg nakal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itulah

Puisi
 

Ada kerusi ada meja,
     Itulah tempat membasuh kaki;
Ada budi ada bahasa,
     Itulah tempat ditaruh hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Barang yang dikata,
     itulah kota.

Bermaksud :

Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TD Edisi Ketiga m/s 236. Contoh ayat 135. ' Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah termerah'. Sepatutnya' Antara kain merah itu , kain jenis sutera itulah termerah'. Beri pandangan tuan.Terima kasih.

Pihak kami akan memaklumkan perkara ini kepada editor buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga supaya tindakan pembetulan diambil. Pandangan saudara itu betul. Terima kasih atas keprihatinan saudara dalam perkara ini.

Tatabahasa25.03.2010
Salam, Tuan,apakah ayat 1 di bawah mengandungi kesalahan? 1.Barulah saya tahu rupa-rupanya itulah kotak gear. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Barulah saya tahu rupanya itulah kotak gear" - rupanya bermaksud sebetulnya.Tatabahasa15.10.2011
Baiki ayat di bawah jika ada. Bayangkan dunia tempat setiap satu manusia bebas berkongsi hasil kesemua pengetahuan. Itulah iltizam kami.Ayat yang betul ialah:
Bayangkan dunia sebagai tempat berkongsi ilmu pengetahuan sesama manusia. Itulah iltizam kami.
Tatabahasa07.12.2022
Tuan,mohon jawapan tuan adakah penggunaan di bawah konteks ini betul.ini konteks yang sediakan kepada cikgu saya.saya mahu penggunaan bahasa ini betul kerana itulah jasa saya kepada cikgu.tolong. Bahasa melayu kaya dengan ayat dan imbuhan.pada masa yang sama,penutur bahasa melayu menggunakan keindahan bahasa secara betul ia kerana itulah pengorbanan mereke pada bahasa Melayu.Syahadan saya juga menyampaikan rakaman jutaan terima kasih kepada cikgu suguz yang berjaya berkecimpung bidang perguruan selama-lamanya sehingga 20 tahun habis dengan pengalaman manis adapun sebarang peristiwa pahit kata orang tua-tua tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.Saya juga berharap bahawa,anda sudah memanfaatkan cetusan ilmu sebaik-baiknya dibekalkan kepada sebanyak 100 000 pelajar yang hendak belajar kepada cikgu.jutaan terima kasih yang kehormat cikgu suguz.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Penutur bahasa Melayu seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan rakaman jutaan terima kasih kepada cikgu  Suguz atas jasa dan bakti dalam mencurahkan ilmu kepada saya. Cikgu Suguz yang telah berkecimpung dalam bidang perguruan selama 20 tahun telah  mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan seperti  kata orang tua-tua, tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.  Saya amat menghargai segala ilmu yang telah dicurahkan oleh cikgu. Saya juga berharap, pelajar-pelajar lain juga mendapat manfaat sebaik-baiknya. Sekali lagi, ucapan terima kasih kepada Cikgu Suguz.

Tatabahasa20.06.2018
2. Sarina ___menghadapi sesuatu masalah, sebab itulah wajahnya mrung sahaja. A masih B pernah C sudah D barangkali munsyi, jawaban ialah D, adakah munsyi sependapat dengan saya bahawa A juga sesuai? apakah jawaban yang paling tepat dalam konteks ini? TQPada pandangan kami, jawapan yang lebih tepat untuk ayat tersebut ialah masih.Tatabahasa11.03.2012
'Awal PAGI KEESOKANNYA, kami bersedia bertolak.' Itulah ayat yang saya baca dalam sebuah buku, tetapi saya juga pernah baca ayat seperti berikut: 'Awal KEESOKAN PAGINYA, kami...' Saya tertanya-tanya sama ada struktur untuk menyatakan masa telah ditentukan atau tidak?'Awal PAGI KEESOKANNYA, kami bersedia bertolak. - ayat ini betul kerana kerana yang awal ialah pagi (awal pagi) bukan keesokan.Tatabahasa09.07.2010
Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah yang termerah. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga - ms 236) Adakah frasa 'antara kain-kain merah itu' lewah?Pihak kami akan membawa perkara ini kepada pihak berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang perkara ini. Pihak kami akan memaklumkan kepada puan selepas mendapat penjelasan tersebut.Lain-lain08.07.2010
Dato’ Ahmad akan menerima bintang kebesaran yang membawa gelaran datuk. Itulah gelaran kedua selepas dia menerima gelaran dato’ tiga tahun yang lalu. Adakah ejaan datuk dan dato’ dalam ayat ini tepat?Ejaan gelaran dalam kedua-dua ayat perlu diselaraskan kepada Dato'. Berdasarkan kedua-dua ayat tersebut dapat menjelaskan bahawa pingat kebesaran yang diterima daripada negeri yang beraja.Lain-lain13.01.2013
Apakah maksud "berakap"? Saya sedang melakukan kajian manuskrip lama dan terjumpa dalam syair Hamzah Fansuri: "Itulah tempat senentiasa takut // Sebab berakapkan da'im akan perisai malakut". Saya membuat carian web lebih lanjut dan jumpa penggunaannya dalam sebuah pantun: "Sirih kuning sirih berakap" dan juga pantun dalam DBP: "Kelakap terakan-akap". Perkataan "berakap" pada hemat saya merupakan perkataan Melayu Riau. Terima kasih.Soalan tuan memerlukan rujukan khusus dan penjelasan yang lebih terperinci. Pihak kami telah mengemukakan soalan ini kepada bahagian yang berkaitan. Sebarang maklum balas lanjut akan dimaklumkan kepada pihak tuan melalui e-mel.Penyelidikan25.01.2022
1) Apakah maksud “nako” dalam ayat ini? Dia mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela “nako” yang terbuka luas. 2) Apakah maksud “kaulingkup” dalam ayat ini? Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan “kaulingkup”. Terima kasih.1. Nako dalam ayat "Dia mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela nako" ialah (jenama) jenis tingkap kaca yang disusun berlapis-lapis.

2. Kaulingkup dalam ayat "Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kaulingkup" ialah gabungan kata engkau dan lingkup. Kau merupakan pangkasan kata engkau (kata ganti nama diri kedua), manakala lingkup bermaksud gagal atau tidak berhasil.
Makna06.10.2023
123456789

Kembali ke atas