Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ba.tan] | جابتن

Definisi : 1. bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu: J~ Perhutanan; J~ Pengajian Melayu di Universiti Malaya; 2. Id kedudukan rasmi (dlm pemerintahan, pentadbiran, organisasi, dll), jawatan: menteri itu telah meletakkan ~nya; 3. Id tugas (dlm ilmu kaji hayat, tatabahasa, dan ilmu hisab), fungsi: imbuhan mempunyai ~ tertentu dlm tatabahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ba.tan] | جابتن

Definisi : bahagian drpd sesuatu badan pentadbiran kerajaan (universiti dll): ~ Perdana Menteri; ~ Pengajian Melayu. ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jabatan (kata nama)
Bersinonim dengan bahagian, cawangan, unit, biro;,
Kata Terbitan : pejabat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon tuan/puan untuk menterjemahkan jabatan-jabatan di bawah dalam bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia: 1.Property & Project Management 2. Compliance 3. Business Support Maklumbalas daripada pihak tuan/puan amat kami hargai. Terima kasih Pertanyaan ini telah diajukan kepada Siti Zubaidah Binti Zainal Abidin pada hari Rabu 21 Ogos 2013 Jam 3:53 petangTerjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. Property & Project Management - Pengurusan Harta dan Projek
2. Compliance - Kepatuhan
3. Business Support - Sokongan Perniagaan
Istilah26.08.2013
Mohon kerjasama meneliti terjemahan Bahasa Melayu bagi jabatan-jabatan ini :- (1) Corporate Affairs & Communications - Hal Ehwal Korporat & Komunikasi (2) Financial & Management Audit - Audit Kewangan & Pengurusan (3) Investment Analysis - Analisa Pelaburan (4) Equity Market Operations - Operasi Pasaran Ekuiti (5) Fixed Income - Pendapatan Tetap (6) Performance & Portfolio Assessment - Penilaian Portfolio & Prestasi (7)Public Equity - Ekuiti Awam (8) Private Investment - Pelaburan Swasta (9) Corporate Planning & Strategy - Strategi & Perancangan Korporat (10) Landbanking - Perbankan Tanah (11) Investment Property - Pelaburan Harta (12) Affordable Housing - Perumahan Mampu Milik (13) Marketing & Sales - Pemasaran & Jualan (14) Agent Management & Customer Relations - Pengurusan Ejen & Perhubungan Pelanggan (15) Unit Trust Strategy & Product Management - Strategi Unit Amanah & Pengurusan Produk (16) Business Solutions - Solusi Perniagaan (17) Branch Management & Supervision - Pengurusan & Penyeliaan Cawangan (18) Unit Trust Operations & Record Administration - Operasi Unit Amanah & Pentadbiran Rekod (19) Investment Processing - Pemprosesan Pelaburan (20) Management Information System - Sistem Maklumat Pengurusan Terima kasih.1. Simbol & perlu dieja penuh "dan".
2. Investment Analysis = Analisis Pelaburan
3. Pelaburan Harta atau Harta Pelaburan? Kerana padanan bahasa Inggeris ialah Harta Perlaburan
4. Business Solutions = Penyelesaian Perniagaan
Penyemakan dan penterjemahan26.01.2017
DARI Jabatan X atau DARIPADA Jabatan X?Frasa "dari jabatan" dan "daripada jabatan", kedua-duanya betul. "Dari jabatan" merujuk tempat dan "daripada jabatan "merujuk sumber.Tatabahasa28.08.2015
Tugas Pengawai Perancang Bahasa.Pegawai Perancang Bahasa adalah nama jawatan yang wujud di Dewan Bahasa dan Pustaka dan mungkin di jabatan-jabatan lain selain DBP. Tugasnya bergantung kepada di mana seseorang pegawai itu diletakkan. Sekiranya di Jabatan Penerbitan (DBP) tugasnya mungkin berkaitan dengan penyuntingan perolehan dsb. Sekiranya diletakkan di Jabatan Bahasa (DBP) bergantung pula di bahagian mana. Contohnya di Bahagian Penyelidikan Bahasa, tugas PPB ialah membuat penyelidikan apa yang berkaitan dengan bahasa (Melayu). Contohnya kajian dialek daerah, kajian leksikal, kajian kata serapan dsb. Sekiranya di Jabatan Sastera, maka berlainan pula tugasnya. Harap maklum.Lain-lain12.11.2008
Salam, Saya ingin menulis artikel berkaitan MEB/ MBE untuk buletin yang akan diedarkan kepada jabatan-jabatan kerajaan Wilayah Selatan. Memandangkan istilah ini kata nama khas, mohon bantu saya pengesahan dari aspek penggunaan istilah yang betul sama ada: i. Model Ekonomi Baru ATAU Model Baru Ekonomi ii. Model Ekonomi BAHARU/ Model BAHARU Ekonomi ATAU yang betul salah satu para (i) Mohon kepastian segera daripada pihak tuan. Terima kasih.Istilah yang betul Model Ekonomi Baru.Istilah18.04.2011
TAKRIF PORTFOLIOTakrif portfolio mengikut Kamus Dewan ialah 1. bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri, contoh: Menteri Tak Berportfolio iaitu Menteri yg tidak mempunyai Kementerian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawab; 2. keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat.Makna08.12.2006
Assalamualaikum....... Apa yang dimaksudkan dengan pertukaran personel antara jabatan? contohnya?

Mualaikum salam wbt,

Maksudnya pertukaran kakitangan/staf/pegawai daripada suatu jabatan kepada suatu jabatan yang lain. Ia mungkin berlaku dalam jabatan yang sama tetapi lokasi yang berbeza atau mungkin juga melibatkan dua jabatan yang berlainan.

Contoh:

-   Pegawai ditukarkan daripada Jabatan Pelajaran Johor kepada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan.

-   Pegawai ditukarkan daripada Jabatan Audit Negara kepada Jabatan Pelajaran.

 Terima kasih.

Lain-lain25.02.2009
Assalamualaikum, Saya ada 2 soalan: 1. Adakah DBP menerbitkan buku yang bekait dengan susunan protokol dalam uca[an sesuatu majlis dan buku yang berikaitan surat rasmi yang diterima pakai oleh jabatan-jabatan kerajaan. Jika ada, saya ingin mendapat maklumat berkaitan judulnya. 2. Saya pernah bertnya tuan berkaitan apitan pemer-...-an dalam BM. Tuan menjelaskan bahawa apitan itu wujud dan meminta saya menyemak Pe;ita Bahasa terbitan 2003. Saya mengajar BM pada peringkat pelajar dewasa dan ada antaranya kalangan bukan Melayu. Dalam Tatabahasa Dewan yang menjadi rujukan utama tatabahsa, tidak pula dinyatakan keujudan apitan ini. Bagaimana saya hendak menjelaskannya kepada pelajar saya?

1. Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri) dan Malaysian Protocol: and Correct Forms of Address (Abdullah Ali). Sudara juga boleh merujuk buku Kesantunan Bahasa, Dr. Awang bin Sariyan dan Bahasa Laporan, Asmah Haji Omar, kesemuanya terbitan DBP.

2. Apitan pemer-...-an wujud dalam bahasa Melayu,  seperti dalam contoh perkataan; pemersatuan, pemerolehan, pemerbadanan dan pemelajaran. Walau bagaimanapun bentuk apitan ini tidak produktif dalam bahasa Melayu dan tidak ada penerangan tentang apitan tersebut dalam buku Tatabahasa. Hal ini telah kami kemukakan kepada editor buku Tatabahasa Dewan untuk dibincangkan dalam mesyuarat sidang editor. 

Tatabahasa27.10.2010
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya samada jabatan tempat saya bekerja sebetulnya menggunakan JABATAN PERANCANG BANDAR atau JABATAN PERANCANGAN BANDAR. Sekian, Terima kasih. Noraidi Bin Omar

Encik Noraidi,

Dalam menentukan nama  sesuatu jawatan atau jabatan, tentulah aspek tatabahasa  (makna) dan fungsi jawatan atau jabatan tersebut akan diambil kira.  Untuk memudahkan tuan membuat pertiimbangan sebelum menamai jabatan tuan, elok kiranya tuan memahami maksud "perancang" dan "perancangan".

Mengikut Kamus Dewan kata "perancang" membawa maksud orang, agensi,  jawatankuasa, dan badan-badan pertubuhan yang merancang: Misalnya  jawatan Pegawai Perancang Bahasa (DBP) iaitu orang yang merancang pembinaan dan pengembangan bahasa, Lembaga Perancang Keluarga iaitu, lembaga yang bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga dan sebagainya. ; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll);

kata perancangan pula membawa maksud perbuatan (tindakan) sesuatu yang telah dirancang.

Dengan penerangan makna kedua-dua kata ini, diharap pihak tuan dapat menentukan yang mana betul dengan berdasarkan  tugas dan fungsi-fungsi jabatan tersebut.

 

Tatabahasa10.06.2009
Salam, dahulu nama 'Kastam Diraja Malaysia' disingkatkan dengan KDRM. Bagi tujuan penjenamaan semula jabatan, Kastam Diraja Malaysia dinamakan 'Jabatan Kastam Diraja Malaysia' atau singkatnya JKDM. Soalan pertama, mestikah nama organisasi dinamakan dengan JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA atau nama KASTAM DIRAJA MALAYSIA boleh berdiri dengan sendiri tanpa memasukkan perkataan JABATAN. Soalan kedua, singkatan JKDM atau JKDRM, mana yang betul. Contoh KDRM sama dengan PDRM, manakala TUDM dan TLDM tidak memasukkan R (Raja) dalam singkatannya. Sekian, terima kasih.

Saudara Anuar,

i. Untuk penamaan semula organisasi adalah lebih sesuai dan tepat  organisasi tersebut dinamai Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Penamaan ini adalah selaras dengan nama jabatan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penyiaran Malaysia, dan sebagainya. ii.  Dari segi singkatan yang hanya mengambil huruf pertama nama organisasi, maka singkatannya ialah JKDM kerana perkataan 'Diraja' dieja sebagai satu perkataan bersesuaian dengan singkatan TUDM dan TLDM.  Walau bagaimanapun saudara bolehlah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) untuk memastikan sekiranya terdapat kaedah penulisan singkatan jabatan di peringakat JPA.          

Lain-lain10.08.2009
12345678910...

Kembali ke atas