Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.bir] | جابير

Definisi : ; berjabir-jabir 1. cobak-cabik, ber­cabiran, koyak-koyak; 2. Id longgar terkulai-kulai (bkn baju yg longgar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.bir] | جابير

Definisi : Kl tempat mengisi barang-barang (di­buat drpd kain, mengkuang, plastik), raga, bakul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jabir
Kata Terbitan : berjabir-jabir,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JABIR UMUM 
SHAYKH JABIR AL-AHMAD AL-SABAH

Shaykh Jabir al-Ahmad al-Sabah (1926– ),

menjadi amir (pemerintah) Kuwait pada tahun 1977.

Dia ialah anak lelaki ketiga Shaykh Ahmad al-Jabir,

yang memerintah Kuwait dari tahun 1921 hingga

tahun 1950.

UMUM 
JABIR BIN HAYYAN

Jabir bin Hayyan (103 H-200 H/721 M-815 M), pakar bidang Kimia pada abad ke-2 H. Nama penuhnya ialah Jabir bin Hayyan bin Abdullah al-Kufi al-Sufi. Beliau lahir di Kufah, Iraq dan berbangsa Arab.

AGAMATokoh
SAMURAH IBN JUNDAB AL-FAZARIY

Samurah ibn Jundab al-Fazariy ( ? –58 H./? –

677 M.) merupakan salah seorang sahabat nabi yang

masyhur. Dia juga adalah ayah kepada Jabir, salah

seorang sahabat nabi. Ketika masih kecil dia

menyeru kaum muslimin supaya berjihad dalam

Perang Uhud bahkan turut menyertai perang

tersebut termasuk juga perang-perang yang lain.

Dia meriwayatkan 130 hadith dengan menulisnya

dalam buku untuk lebih mengingatinya. Selain

itu, dia pernah menulis sepucuk surat untuk

anak-anak lelakinya. Ibn Sirin mengulas tentang

surat tersebut. Surat itu mengandungi ilmu

yang banyak. Samurah pernah menjadi

gabenor Basrah dan Kufah pada zaman

pemerintahan Mu’awiyah. Dia meninggal dunia

di Basrah.

UMUM 
SYEIKH ABDULLAH MAGHRIBI

SYEIKH ABDULLAH MAGHRIBI (1884/1892-1979), ulama. Beliau berasal dari Maghribi, Afrika. Nama penuh beliau ialah Syeikh al-Qadi Abu Jabir Abdullah ibn Ahmad ibn Ibrahim ibn Muhammad ibn Abdullah ibn Ahmad ibn Muhammad al-Qayruwani al-Balawi al-Ghadamisi al-Maghribi. Syeikh Abdullah membesar dalam keluarga yang menitikberatkan pengajian agama. Pendidikan awal beliau bermula dengan menghafal al-Qur'an, seterusnya mempelajari asas ilmu agama dan berjaya menguasai ilmu-ilmu tersebut sebelum mencapai usia remaja.Syeikh Abdullah datang ke Tanah Melayu dan berkhidmat di Madrasah Idrisiyah, Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1924. Ketika itu, beliau berusia 40 tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SHURAYH AL-KINDIY

Shurayh al-Kindiy (? – 78 H./? – 697 M.) ialah kadi

yang terkenal. Nama penuhnya ialah Shurayh ibn

al-Harith ibn Qays ibn al-Jahmiy al-Kindiy al-Kufiy.

Dia berasal dari daerah Mukhdaram di Yaman.

Sebahagian penulis menganggapnya daripada

kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. juga seorang

penyair. Dia dianggap sebagai perawi hadith yang

thiqah atau boleh dipercayai ketepatan riwayatnya.

Dia meriwayatkan hadith daripada ‘Umar, ‘Ali, Ibn

Mas‘ud, ‘Abd al-Rahman ibn Abi Bakar dan lain-lain

lagi. Mereka yang meriwayatkan hadith daripadanya

ialah Abu Wa’il Shaqiq ibn Salamah, ‘Amir al-Sha‘biy,

Qays ibn Abi Hazim, Muhammad ibn Sirin, Mujahid

ibn Jabir, Ibrahim al-Nakha‘iy dan lain-lain.

UMUM 

Kembali ke atas