Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.dian] | جادين

Definisi : 1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi binatang (ter­utamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
nyadi Ibtanduk jadian (rusa, pelanduk, kijang) yang bertukar menjadi batu dan boleh dijadikan ubat.Pelanduk juga berjanji untuk berpesan kepada cucu-cicitnya supaya menghadiahkan manusia dengan tanduk nyadi untuk dijadikan tangkal.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
taju Ibsejenis umpan, dipercayai disediakan oleh harimau atau buaya jadian bertujuan untuk memerangkap manusia.Kematian yang seperti itu dipanggil kematian mengambil umpan taju harimau. Kerana itulah, kalau menjumpai sesuatu yang anggap pelik di dalam hutan, jangan diambil benda tersebut.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas