Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ga] | جاݢ

Definisi : 1. dlm keadaan tidak tidur atau sudah bangun (drpd tidur): kanak-kanak itu masih ~; semalam suntuk saya ~; 2. kawal, awasi (supaya sesuatu tidak hilang dll): Ali, engkau ~ baik-baik barang itu! ~ malam berkawal (pd waktu malam); rumah ~ rumah tempat orang berkawal; wang ~ Id wang cadangan (wang yg disimpan utk digunakan apabila kekurangan wang dsb); 3. orang yg berkawal (mengawas): seorang ~ tercegat di depan bank itu; ~ kereta bp atendan letak kereta; berjaga 1. tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dsb): Ahmad ~ hingga ke pagi; 2. berawas: pihak polis sedang ~ di kawasan perompakan itu; berjaga-jaga 1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dll), merayakan (per­kahwinan dll) beberapa hari berturut-turut: maka raja pun mulai ~ akan mengah­winkan anakanda baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu; men­jaga 1. mengawal, mengawas: Parlimen ~ dan mengawal bagaimana wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; tembok itu dibina utk ~ bahaya bah; 2. memelihara, membela, mengasuh: dia ~ ketiga-tiga orang anaknya; 3. memberi perhatian kpd, me­melihara: tiap-tiap orang patut ~ ke­si­hatan dirinya sendiri; 4. berikhtiar atau berusaha (supaya): kita mestilah ~ ber­sung­guh-sung­guh supaya perkara spt itu tidak akan berlaku lagi; menjagakan membangunkan (drpd tidur), menggerakkan: ibu ~nya pd pukul enam pagi; terjaga 1. terbangun atau tersedar (drpd tidur): dia ~ drpd tidur kerana bunyi bising itu; 2. terkawal, terpelihara: setiap tutur katanya ~; jagaan 1. pengawasan, kawalan: orang itu masih dlm ~ polis; 2. peliharaan, belaan: budak itu di bawah ~nya; kejaga-jagaan tidak dapat tidur semalam suntuk; penjagaan hal atau perbuatan menjaga; penjaga 1. orang yg mengawas (mengawal, memberi perlindungan, dll): sekolah itu sudah dibuka oleh ~nya; 2. penunggu, hantu (atau makhluk halus) yg menunggu sesuatu tempat (spt pohon, batu, sungai, dll): orang kampung itu percaya bahawa pohon besar itu ada ~nya; 3. orang yg sangat cermat (berhati-hati); 4. ark wang jaga-jaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ga] | جاݢ

Definisi : (dlm keadaan) tidak tidur; bangun (drpd tidur): Anak itu sudah ~ drpd tidurnya. berjaga 1 tidak tidur kerana sesuatu hal: Ibu itu ~ sampai pagi kerana anaknya sakit kuat. 2 berkawal utk menjaga keselamatan. berjaga-jaga 1 berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2 tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. menjaga 1 mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2 memelihara; mengasuh: Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3 memberi perhatian yg sungguh-sung-guh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? menjagakan membangunkan drpd tidur; menggerakkan; mengejutkan: Ia ~ suaminya apabila terdengar olehnya bunyi orang mengetuk pintu. terjaga 1 terbangun (drpd tidur); terkejut: Ia ~ pd pukul lima pagi lalu pergi mandi. 2 terpelihara; terlindung: Keselamatan mereka sentiasa ~. jagaan kawalan: Orang salah itu di bawah ~ polis. penjagaan perbuatan menjaga (mengawasi, memelihara dll); pengawalan. penjaga 1 orang yg menjaga (memberi perlindungan, memelihara dll): ~ kedai itu orang India. 2 hantu atau orang halus yg dipercayai menunggu sesuatu tempat (pohon, busut dll); penunggu: Orang-orang di situ percaya bahawa busut itu ada ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kumbang mengejar,
     Jaga-jaga bunga yang di pasu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Berkubu sebelum alah.

Bermaksud :

Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
keep tempojaga tempoKesenianTiadaTiada
keep wicketjaga wiketPendidikanTiadaTiada
ferry watchmanjaga feriKejuruteraanTiadaPengawal keselamatan yang bertugas di atas feri.
saving facejaga maruahSosiologiTiadaTiada
double markingjaga ganda (Polo Air)SukanTiadaTiada
front markingjaga mendepan (Polo Air)SukanTiadaTiada
saving facejaga maruahPsikologiTiadaTiada
minimum caremudah jagaKesenianTiadaTiada
Smilax myosotifoliaUbi jagaPertanianTiadaTumbuhan jenis melilit menggunakan sulur paut dalam famili Smilacaceae. Tumbuhan ini hidup di hutan dan belukar yang separa terlindung. Batangnya kecil dan keras, daunnya keras dengan urat daun selari. Batang dalam tanah menghasilkan ubi. Akar pada ubi keras seperti dawai. Ubi digunakan sebagai afrodisiak oleh kaum lelaki, melancarkan perjalanan darah dan membaiki organ pembiakan.
Smilax myosotifloraubi jagaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Smilacaceae dan jenis melilit dengan menggunakan sulur paut. Tumbuhan ini hidup di hutan dan belukar yang separa terlindung. Batangnya kecil dan keras, serta daunnya keras dengan urat daun selari. Batang dalam tanah menghasilkan ubi. Akar pada ubi keras seperti dawai. Ubi digunakan untuk melancarkan perjalanan darah, membaiki organ pembiakan dan sebagai afrodisiak oleh kaum lelaki.
123

Kembali ke atas