Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ha.nam] | جهنم

Definisi : Ar 1. = neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut pe­rintah Allah menerima hukumannya: orang yg tidak mengikut perintah Allah akan di­masukkan ke dlm neraka ~; 2. orang yg jahat lagi terkutuk: kau boleh pergi dr sini ~; 3. rosak: jam itu telah ~; menjahanamkan 1. membinasakan, me­mus­nahkan: bom yg digugurkan telah ~ be­berapa buah bangunan; 2. merosakkan: me­reka dilarang ~ barang-barang mainan itu; 3. meruntuhkan: kita tidak seharusnya ~ rumah tangga orang lain; 4. mengutuk, menyerapah; penjahanam orang yg menjahanamkan se­suatu (harta benda, kehidupan orang lain dsb), pemusnah: ada antara mereka yg bermuka-muka sbg pembela rakyat, tetapi sebenarnya ~ dlm serba hal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ha.nam] | جهنم

Definisi : 1 tidak dpt digunakan lagi; rosak sama sekali; punah: Barang mainan itu ~ kerana digelek kereta. 2 = neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut perintah Allah dihukum. 3 (orang yg) jahat sekali; terkutuk: Keluar dr rumah ini, anak ~! menjahanamkan menjadikan jahanam; merosakkan; membinasakan: Asid ~ kain baju. penjahanam orang yg menjahanamkan: Mereka hanyalah berpura-pura, sebenarnya merekalah ~ bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jahanam (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan rosak, binasa, musnah, punah, ranap, tumpur, hancur, lingkup, lebur, tengkarap;,
Kata Terbitan : menjahanamkan,

Puisi
 

Anak ayam turunnya tujuh,
     Mati seekor tinggalnya enam;
Hancur luluh seluruh tubuh,
     Dijilat oleh neraka jahanam.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
damninterj sial, celaka, jahanam; ~ it (all), sial!, celaka!, jahanam!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stuff 6. (sl) dispose of as unwanted, pergi jahanam: I told him he could ~ his offer, I wasn’t interested, saya memberitahunya bahawa dia boleh pergi jahanam dgn tawarannya itu. Saya tdk berminat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
with19. (in exclamatory phrases), [various translations]: Down ~ all dictators!, Jahanam semua diktator!; To hell ~ you, Pergi jahanam kamu; Off ~ his head!, Penggal kepalanya; Come on! Out ~ it!, Cepat! Cakaplah!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goddammitinterj jahanam, celaka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
same“Go to blazes!” “~ to you!”, “Pergi jahanam!” “Engkaulah!”; “You’re a coward!” “~ to you!”, “Kamu pengecut” “Kamu lebih lagi!”; “Happy New Year, George!” “~ to you!”, “Selamat Tahun Baru, George!” “Selamat Tahun Baru!”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perdition n place of everlasting punishment , neraka jahanam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blaze1go to ~s, pergi jahanam; like ~s, bersungguh-sungguh; what the ~s, apa: what the ~ is happening here?, apa yg terjadi ini?, who the ~s, siapa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hang~ /heavy, heavily/, (of time) berlalu begitu /perlahan, lambat/; ~ it (all) see DAMN (damn it all); ~ o’s head, see ~ down o’s head; go ~, (sl) pergi jahanam: I‘ll write what I want and the critics can go ~, saya akan menulis apa yg saya hendak dan pergi jahanam dgn para pengkritik; / I’ll be, I’m / ~ed, see DAMN (/I’ll be, I’m/ ~ed);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tellI ~ you, I can ~ you, let me ~ you, (colloq) kau tahu tak: this is one hell of a place, let me ~ you!, tempat ini macam neraka jahanam, kau tahu tak!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
infernaladj 1. of, rel to hell, neraka: ~ fires, api neraka; ~ regions, neraka; 2. diabolical, hellish, sangat dahsyat; (of scheme) syaitan, iblis: ~ cruelty, kekejaman yg sangat dahsyat; 3. (colloq & old-fashioned) annoying, [various translations]: the ~ car won’t start!, kereta jahanam ini tdk mahu hidup!; it’s an ~ nuisance!, kacau betul!; stop this ~ row!, hentikan pertengkaran dahsyat ini!.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas