Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ha.nam] | جهنم

Definisi : Ar 1. = neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut pe­rintah Allah menerima hukumannya: orang yg tidak mengikut perintah Allah akan di­masukkan ke dlm neraka ~; 2. orang yg jahat lagi terkutuk: kau boleh pergi dr sini ~; 3. rosak: jam itu telah ~; menjahanamkan 1. membinasakan, me­mus­nahkan: bom yg digugurkan telah ~ be­berapa buah bangunan; 2. merosakkan: me­reka dilarang ~ barang-barang mainan itu; 3. meruntuhkan: kita tidak seharusnya ~ rumah tangga orang lain; 4. mengutuk, menyerapah; penjahanam orang yg menjahanamkan se­suatu (harta benda, kehidupan orang lain dsb), pemusnah: ada antara mereka yg bermuka-muka sbg pembela rakyat, tetapi sebenarnya ~ dlm serba hal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ha.nam] | جهنم

Definisi : 1 tidak dpt digunakan lagi; rosak sama sekali; punah: Barang mainan itu ~ kerana digelek kereta. 2 = neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut perintah Allah dihukum. 3 (orang yg) jahat sekali; terkutuk: Keluar dr rumah ini, anak ~! menjahanamkan menjadikan jahanam; merosakkan; membinasakan: Asid ~ kain baju. penjahanam orang yg menjahanamkan: Mereka hanyalah berpura-pura, sebenarnya merekalah ~ bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jahanam (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan rosak, binasa, musnah, punah, ranap, tumpur, hancur, lingkup, lebur, tengkarap;,
Kata Terbitan : menjahanamkan,

Puisi
 

Anak ayam turunnya tujuh,
     Mati seekor tinggalnya enam;
Hancur luluh seluruh tubuh,
     Dijilat oleh neraka jahanam.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nekeh[n:«.keh]kata adjektif1. berkenaan sesuatu yang rosak, jahanam kerana tidak cermat dan berhati-hati.Basiko tu baru beli dah nekeh pase tak ceremat.[bA.si.k tu bA.Äu b«.li dAh n:«.keh pA.se tA/ tS«.Ä«.mAt]Basikal itu baru sahaja dibeli sudah rosak kerana tidak cermat.

Kembali ke atas