Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ha.nam] | جهنم

Definisi : Ar 1. = neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut pe­rintah Allah menerima hukumannya: orang yg tidak mengikut perintah Allah akan di­masukkan ke dlm neraka ~; 2. orang yg jahat lagi terkutuk: kau boleh pergi dr sini ~; 3. rosak: jam itu telah ~; menjahanamkan 1. membinasakan, me­mus­nahkan: bom yg digugurkan telah ~ be­berapa buah bangunan; 2. merosakkan: me­reka dilarang ~ barang-barang mainan itu; 3. meruntuhkan: kita tidak seharusnya ~ rumah tangga orang lain; 4. mengutuk, menyerapah; penjahanam orang yg menjahanamkan se­suatu (harta benda, kehidupan orang lain dsb), pemusnah: ada antara mereka yg bermuka-muka sbg pembela rakyat, tetapi sebenarnya ~ dlm serba hal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ha.nam] | جهنم

Definisi : 1 tidak dpt digunakan lagi; rosak sama sekali; punah: Barang mainan itu ~ kerana digelek kereta. 2 = neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut perintah Allah dihukum. 3 (orang yg) jahat sekali; terkutuk: Keluar dr rumah ini, anak ~! menjahanamkan menjadikan jahanam; merosakkan; membinasakan: Asid ~ kain baju. penjahanam orang yg menjahanamkan: Mereka hanyalah berpura-pura, sebenarnya merekalah ~ bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jahanam (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan rosak, binasa, musnah, punah, ranap, tumpur, hancur, lingkup, lebur, tengkarap;,
Kata Terbitan : menjahanamkan,

Puisi
 

Anak ayam turunnya tujuh,
     Mati seekor tinggalnya enam;
Hancur luluh seluruh tubuh,
     Dijilat oleh neraka jahanam.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lorong JahanamMeijil TotongBorneo Mail03.09.1995
Malam Jahanam dan Monyet di Kg. SoehartoSaiful YahyaUtusan Malaysia27.04.1981
Malam Jahanam mengisahkan kejadian nyata masyarakat pincangM. Othman BongsuBerita Harian23.03.1981
Malam Jahanam dan Monyet dipentaskan sekali gusSaifulihiUtusan Melayu27.04.1981
Pinar JahanamHa HaUtusan Zaman04.05.1980
Malam JahanamWebah SallehMingguan Wanita29.10.1986
Hari JahanamZurinah HassanUtusan Zaman01.03.1968
Tamu Jahanam Di Pagi SelasaNoraUtusan Zaman01.11.1964
Tamu Jahanam Di Pagi SelasaNoraUtusan Zaman01.11.1964
Tamu Jahanam Di Pagi SelasaNoraUtusan Zaman01.11.1964
12

Kembali ke atas