Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.hat] | جاهت

Definisi : buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll); orang ~ orang yg berkelakuan tidak baik; buat baik berpada-pada, buat ~ jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, pekerjaan yg bu­ruk hendaklah dihindarkan; sejahat-jahat bagaimana (betapa) jahat se­kalipun: ~ harimau itu tidak akan sanggup me­makan anaknya sendiri; berjahat melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn Tipah; berjahatkan sl memfitnah, memburukkan: maka Laksamana berdatang sembah ~ Ben­dahara; menjahati melakukan perbuatan jahat ter­hadap: kita dilarang ~ orang yg lemah; menjahatkan 1. menyebabkan jahat; 2. mem­fitnah, memburukkan; kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat; penjahat orang yg berbuat jahat (spt pencuri, penyamun, dll); ~ perang a) orang yg menye­babkan (me­nim­bulkan) peperangan; b) askar-askar musuh yg menganiaya tawanan atau penduduk negeri yg diduduki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.hat] | جاهت

Definisi : tidak baik (perangainya, kelakuannya); buruk lakunya: Budak yg ~ itu selalu mencuri duit orang. berjahat 1 melakukan perbuatan yg jahat (berzina dll). 2 berbuat dosa; bercakap-cakap ttg orang lain dgn tujuan memburuk-burukkan namanya. menjahati melakukan perkara jahat kpd: Tak usahlah ~ orang yg lemah. kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat. penjahat orang yg berbuat jahat (penyamun dll): ~ itu dpt ditangkap oleh polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bagaimana ditanam,
     begitulah dituai.

Bermaksud :

Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.

 

Lihat selanjutnya...(163)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
Yolingkong Kd KBsejenis roh jahat.40. Yolingkong – Pembawa penyakit dari roh jahat.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sarongan MSbroh jahat yang merasuk seseorang.Kemungkinan mayat suaminya akan dirasuk oleh roh jahat yang digelar sarongan, biarpun dia telah menghidupkan unggun-unggun api di sekeliling rumahnya sejak semalam.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kopio Kdsejenis semangat jahat.Pada peringkat ini, ketika padi sedang membesar, satu lagi upacara amal dilakukan oleh seorang spesialis upacara amal untuk mententeramkan semangat jahat yang dipanggil kopio.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kotu'an Kdupacara untuk mententeramkan semangat jahat yang ada kaitannya dengan padi.Selepas upacara amal di atas dilakukan, satu lagi upacara amal dipanggil kotu'an dilakukan pada hari atau minggu berikutnya untuk mententeramkan semangat yang jahat dan memaklumkan semangat ini untuk tidak menganggu padi.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ampal Kd KBroh jahat.1. Ampal atau Tompal – Kerjanya memakan orang sakit dan juga mayat orang yang baru mati. Dia tidak boleh menyeberangi air, tempat tinggal di bawah rumah orang sakit dan di kuburan orang baru mati.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
turoi Kd KBsejenis roh jahat.38. Turoi – Kerjanya membawa penyakit guna-guna yang dikirim oleh seseorang kepada orang lain.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tungawak Kd KBsejenis roh jahat39. Tungawak – Roh anak anjing yang mati, tinggal di bawah rumah kosong, suaranya menakutkan di waktu malam.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumotolong Kd KBsejenis roh jahat.37. Tumotolong – Kerjanya menyesatkan orang yang berjalan di hutan rimba.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
tonsotali Kd KBsejenis roh jahat yang menjelma seperti ular sawa.2. Ansoruli atau Tonsotali – Roh menjelma seperti ular sawa berbelang-belang yang berbagai warna.Sepintas Lalu Mengenai Adat istiadat Dusun/Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tonsimong Kd KBsejenis roh jahat.23. Tonsimong – Tinggalnya di kayangan, mencuri roh manusia.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
1234

Kembali ke atas