Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.hat] | جاهت

Definisi : buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll); orang ~ orang yg berkelakuan tidak baik; buat baik berpada-pada, buat ~ jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, pekerjaan yg bu­ruk hendaklah dihindarkan; sejahat-jahat bagaimana (betapa) jahat se­kalipun: ~ harimau itu tidak akan sanggup me­makan anaknya sendiri; berjahat melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn Tipah; berjahatkan sl memfitnah, memburukkan: maka Laksamana berdatang sembah ~ Ben­dahara; menjahati melakukan perbuatan jahat ter­hadap: kita dilarang ~ orang yg lemah; menjahatkan 1. menyebabkan jahat; 2. mem­fitnah, memburukkan; kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat; penjahat orang yg berbuat jahat (spt pencuri, penyamun, dll); ~ perang a) orang yg menye­babkan (me­nim­bulkan) peperangan; b) askar-askar musuh yg menganiaya tawanan atau penduduk negeri yg diduduki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.hat] | جاهت

Definisi : tidak baik (perangainya, kelakuannya); buruk lakunya: Budak yg ~ itu selalu mencuri duit orang. berjahat 1 melakukan perbuatan yg jahat (berzina dll). 2 berbuat dosa; bercakap-cakap ttg orang lain dgn tujuan memburuk-burukkan namanya. menjahati melakukan perkara jahat kpd: Tak usahlah ~ orang yg lemah. kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat. penjahat orang yg berbuat jahat (penyamun dll): ~ itu dpt ditangkap oleh polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bagaimana ditanam,
     begitulah dituai.

Bermaksud :

Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.

 

Lihat selanjutnya...(163)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antagonistantagonisKomunikasiTiadaWatak yang jahat dalam sesebuah filem atau lakonan. Watak ini sentiasa memainkan peranan untuk mewujudkan halangan kepada protagonis bagi mencapai matlamatnya. watak jahat.
morality playlakon moralitiKesusasteraanTiadaDrama yang mempersonifikasikan sifat baik dan jahat yang bergelut dalam jiwa manusia. Antara sifat jahat ialah tamak, haloba dan dengki, manakala sifat baik ialah jujur, amanah dan tekun. Drama ini merupakan alegori kepada perjalanan hidup manusia yang terpaksa menghadapi pertarungan, iaitu dari saat kelahiran hingga kematiannya. Drama ini muncul pertama kali pada kurun ke-14 sebagai drama agama, tetapi secara beransur-ansur menjadi sekular. Drama ini berkembang antara tahun 1400 - 1500. Antara contoh drama yang dipentaskan berjudul The Pride of Life (1400), The Castle of Perserverance (1945), dan Everyman (1500).
black and white characterwatak hitam putihKomunikasiTiadaWatak-watak yang digambarkan sebagai jahat atau baik. Perbezaan antara watak-watak ini ditunjukkan secara berbeza dan lazimnya, watak jahat akan mendapat balasan yang buruk dan watak baik akan mendapat balasan yang baik.
maliceniat jahatPendidikanTiadaTiada
malevolenceniat jahatPsikologiTiadaTiada
maliceniat jahatUndang-undangTiadaTiada
malignantlydengan jahatUndang-undangTiadaTiada
arsonbakar jahatKriminologiKeadilan JenayahTindakan membakar sesuatu premis (seperti rumah dan bangunan), struktur atau kenderaan dengan sengaja. Tindakan ini boleh melibatkan tujuan jenayah yang lain seperti penipuan, pelupusan bahan bukti, balas dendam dan sebagainya.
malice aforethoughtniat jahat terdahuluUndang-undangTiadaTiada
prosecution maliciouspendakwaan jahatUndang-undangTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas