Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.hil] | جاهيل

Definisi : 1. Ar tidak mengetahui (ajaran agama Islam, sesuatu hal, dll), bodoh: Dolah ~ dlm hal agama; 2. cetek pengetahuannya; ~ basit (orang yg) jahil tetapi sedar akan kejahilannya; ~ murakab (orang yg) jahil dan tidak pula menyedari kejahilan dirinya; ~ teropong Kl bodoh dan tidak mahu me­nerima ajaran-ajaran orang; ~ tukil Kl terlalu jahil; menjahilkan menjadikan (menyebabkan atau menganggap) jahil: janganlah begitu mudah kita ~ orang lain; kejahilan perihal jahil, kebodohan (dlm hal agama, sesuatu perkara, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.hil] | جاهيل

Definisi : 1 tidak mengetahui hukum atau ajaran agama Islam. 2 tidak mengetahui atau tidak memahami sesuatu hal; cetek pengetahuannya; bodoh: Ada orang yg ~ ttg bahasa, tetapi mengaku ahli bahasa. kejahilan keadaan atau hal jahil (dlm hal agama dll); kebodohan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jahil (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan buta huruf, buta hati, tidak berpendidikan, tidak berpengetahuan, tidak bertamadun.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah penggunaan ayat berikut: "Jangan bersifat jahil seperti saya yang masa dulu." Saya musykil dengan "yang masa dulu" (untuk membawa maksud "like me last time") Bolehkah tuan/puan mengesahkan penggunaannya atau membetulkan ayat tersebut? Terima kasihAyat tersebut ialah rakaman bahasa percakapan, ayat yang gramatis "Jangan jahil seperti perbuatan saya pada masa dulu."Tatabahasa01.09.2016
Assalamualaikum. Penuntut ilmu agama Islam memberi (hadiah/sumbangkan/ sedekah) ilmu kepada orang jahil. Ketiga-tiga perkataan boleh digunakan?Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat perbezaan dan persamaan makna antara ketiga-tiga perkataan tersebut. Kami mencadangkan ayat tersebut diubah (tetapi mengekalkan amksudnya) menjadi "orang yang berilmu bertanggungjawab mengajarkan ilmu yang dipelajarinya kepada orang lain".Tatabahasa21.04.2014
Salam sejahtera, penggunaan kata majmuk 'mengambil berat' agak mengelirukan para pengguna bahasa Melayu. Malangnya, tiada pihak yang berani tampil untuk mengajukan kemusykilan ini ataupun jahil tentang hal tersebut. Sebagai munsyi, saya mengambil berat tentang kemusyikilan bahasa ini. Frasa-frasa yang saya temukan adalah seperti yang berikut: (a). .. mengambil berat tentang kebajikan orang kampung (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga) (b) ... mengambil berat akan keselamatan anak mereka (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (c) ... mengambil berat terhadap tugas (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (d) ... mengambil berat hal orang lain (Kamus Dewan atas talian) Berdasarkan penjelasan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi nama yang sesuai ialah 'tentang'. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, adakah kata sendi nama 'akan' dan 'terhadap' tidak sesuai? Mengapa? Adakah 'mengambil berat' kata kerja transitif? Hal ini saya katakan demikian kerana 'mengambil berat' disertai frasa nama objek. Sekian. Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Salam sejahtera,

Untuk makluman, pihak kami bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan. Akan tetapi, mengikut rumus yang betul, frasa yang tepat ialah ... mengambil berat kebajikan orang kampung. Untuk lebih jelas, boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 282, nombor 337. Sungguhpun begitu, diakuai bahawa kkt lazimnya digunakan oleh masyarakat sebagai kktt kerana telah menjadi kebiasaan.
Tatabahasa20.12.2016
Medan yg dpt meluaskan pemikiran dlm mendefinasikan perkataan.. tpi kenapa definasi literal untuk 'hak' tiada? hanya ad sinonim sahaja.. minta diberi tunjuk ajar kpda hamba y jahil ini..Hak ialah kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dan sebagainya, lihat paparan di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hak.Makna25.07.2012
Salam bahagia, saya telah berinisiatif untuk mencari entri 'banyak' dalam Kamus Dewan atas talian DBP untuk mengenal pasti golongan/kelas kata dan maknanya tetapi tidak saya temukan. Kata 'banyak' kerap digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Malangnya pada pengamatan saya, kata ini acap kali disalahkan kerana jahil akan golongan kata, makna dan penggunaannya. Untuk meleraikan kemusykilan bahasa ini demi kemaslahatan orang ramai, besarlah harapan pihak tuan/puan memberikan penjelasan dari segi morfologi dan semantik. Bahasa Jiwa Bangsa. Sekian. Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Berdasarkan carian kami,  entri "banyak" terdapat pada halaman 9 Kamus Dewan di PRPM.Tatabahasa20.12.2016
apakah maksud fatwa?Fatwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak); berfatwa memberikan (mengeluarkan) fatwa: pemimpin yg jahil itupun ~lah dengan tiada berilmu pengetahuan; memfatwakan memberikan fatwa.Makna18.01.2013
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang penghasilan manuskrip. 1.Apakah yang perlu ada dalam sesebuah manuskrip yang ingin dihantar dan bagaimanakah untuk mendapatkan lampiran yang pihak DBP kehendaki? 2. Jika karya dalam manuskrip yang ingin dihantar pernah disiarkan, adakah saya perlu sertakan kredit (di mana karya itu pernah disiarkan) dan adakah untuk menerbitkannya saya perlu mendapatkan kebenaran penerbit asal? 3. Jika perlu disertakan kredit, bagaimana pula dengan karya saya yang pernah tersiar dalam sisipan Tunas Cipta dalam Dewan Sastera? Adakah saya perlu menyertakan kredit Dewan Sastera atau Tunas Cipta? 4. Bagaimana pula dengan karya siber yang ingin dihantar sebagai manuskrip, adakah perlukan sumber? Diharap soalan-soalan ini dapat dijawab kerana saya sedikit jahil tentang penyediaan manuskrip. Wassalam.

Persoalan sdr. adalah tentang harta intelek dan penghasilan sesebuah karya. Dalam harta intelek, ada disebut idea dan pernyataan idea. Idea boleh diambil daripada mana-mana sumber, tetapi pernyataan idea seperti sesebuah karya orang lain, tidak boleh ditiru kerana dilindungi oleh undang-undang hak cipta.

 Sesebuah manuskrip adalah pernyataan idea, dan pernyataan idea ini mestilah lahir daripada pengarang itu sendiri, bukan dicedok daripada mana-mana karya orang lain.

Tentang karya sendiri yang pernah terbit, tidak perlulah dinyatakan sumbernya kerana itu karya sendiri, bukan karya orang lain.

Tentang kredit atau penghargaan kepada pengarang yang karyanya diambil, itu hanyalah setakat pemakluman, tetapi bukan remedi terhadap pelanggaran undang-undang hak cipta.

Karya yang pernah tersiar dalam Internet pasti ada penulisnya, dan penulis itulah tuan punya hak ciptanya. Karya sedemikian adala seperti karya-karya lain, dilindungi oleh undang-undang harta intelek.

Lain-lain08.11.2008
Assalamualaikum.Saya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut tentang penggunaan beberapa jenis kata keterangan seperti 'juga' dan 'lagi'.Harap dapat dijelaskan..Sekian terima kasihJuga: 1. (digunakan utk menyatakan keadaan yg sama atau serupa) pun: ada ~ orang yg tahu perkara itu; badannya tegap, adiknya ~ demikian; 2. (digunakan selepas kata sifat) agak: gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; 3. (digunakan utk menunjukkan perulangan) lagi: dulu saya yg menolongnya, sekarang saya ~ yg menolongnya; 4. (digunakan utk menunjukkan perbuatan terus-menerus) terus: walaupun dilarang dia masih ketawa ~; Chia telah mati di situ ~; 5. (digunakan utk menunjukkan tolak ansur) meskipun, walaupun: sesiapa ~ yg datang, saya mengalu-alukannya; 6. (biasanya digunakan selepas kata penghubung tetapi atau atau utk menunjukkan tokokan): kamu bukan sahaja mesti belajar dgn tekun tetapi ~ mesti berbaik-baik antara satu sama lain; 7. (digunakan bersama dgn pun sbg penegas): saya berpuasa, dia pun berpuasa ~; jua. Lagi: 1. tambahan kpd yg sedia ada: lima orang ~ telah dirawat di rumah sakit; musim hujan akan datang kira-kira tengah dua bulan ~; 2. masih (berpanjangan), sedang (berbuat sesuatu dll): adapun Chau Pandan itu, ~ di benua Siam; sekarang pun ada ~ negeri itu di benua Keling; 3. dan, serta, tambahan pula: dia hartawan ~ dermawan; 4. (balik) semula, pula: janganlah ~ dicari hamzah di dunia ini; 5. lebih (baik, elok, dll): mati ~ bagus; 6. kata yg digunakan utk menguatkan atau mengeraskan kata-kata sebelumnya: sekaranglah kita amuk, bila ~!; bilal khatib ~ berdosa, ini pula kita yg jahil; ~ pula dan lagi, lebih-lebih, tambahan pula; Lain-lain26.03.2009

Kembali ke atas